Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 2

EMIR Adden Fattah menelan air liur kasar.

"Ouhhh okay.....wait what?"

Terdiri Dhia Airisya gara-gara terkejut dengan kata-kata Tengku Yusuf tadi. Ayeen yang duduk di atas ribanya nasib tak terhantuk kat meja yang di tengah-tengah tersebut.

"Daddy ibu betul-betul la?" Tanya Dhia Airisya sambil memuncungkan mulut.

Dia memandang Emir Adden Fattah yang sedang menunduk memandang ke bawah sambil tangan digenggam kemas. Jelas kelihatan urat ditanganya dan juga di leher membuatkan Dhia Airisya yang memandangnya itu kecut perut.

"Betul la. Mana ada daddy dengan ibu main-main hal macam ni."

"Papa ibu suruh Emir balik Malaysia sebab benda ni? Are you kidding me?"

Suasana yang tegang menjadi semakin tegang apabila Emir Adden Fattah membuka mulut. Dhia Airisya yang ingin bersuara tidak jadi bersuara melihat ketegangan suasana tersebut. Buat pertama kali dia melihat keluarga angkatnya tegang macam ni.

"Abang Mir" Aqish yang berada di sebelah Emir Adden Fattah cuba menenangkan Emir Adden Fattah. Dia menggelengkan kepalanya kepada Emir Adden Fattah supaya tidak bercakap sesuka hati.

"Emir"

Kali ini Tengku Sumayyah pula cuba memujuk Emir Adden Fattah. Dicapai tangan Emir Adden Fattah.

"Daddy dan ibu tahukan, I still love Ira even though she died" kata Emir Adden Fattah tegas.

"Emir, that's why daddy and ibu want you to get married. Don't be stubborn Emir"

"But I don't want to get married to a girl that I don't even know" pandangan tajam diberikan kepada Dhia Airisya yang duduk berhadapan dengannya itu. Dhia Airisya pula cepat-cepat mengalihkan pandanganya ke arah lain. Takut untuk bertentangan dengan mata singa itu. Seram semacam! Habis bulunya meromang!

"Emir please sayang. Cinta tu boleh dibina lepas kahwin. Lagipun Icha budak baik. Emir takkan menyesal kahwin dengan dia" pujuk Tengku Sumayyah. Dia sangat berharap Emir Adden Fattah kahwin dengan Dhia Airisya.

"My answer is still no! Don't ruin my life! You are not my real parents."

"Kau cakap baik-baik sikit Emir dengan ibu! Kau tak ada hak nak cakap macam tu dengan ibu!"

Tengku Amar Haqiem yang hanya berdiam diri dari tadi mula bersuara. Dia yang mulanya taknak masuk campur terpaksa juga masuk campur apabila melihat Emir Adden Fattah semakin kurang ajar.

Emir Adden Fattah tersenyum sinis.

"Kau jangan nak masuk campur hal aku Qiem. Disebabkan kau, aku kehilangan Ira!"

"Aku rasa lebih baik Ira mati daripada bersama dengan kau. Kalau dia tahu perangai kau macam ni ingat dia akan suka kau?"

"Kau....."

"Haqiem! Emir! Stop it!" Laung Tengku Sumayyah geram. Kalau mereka dua sudah membangkitkan hal ni lagi memang dia takkan diam diri.

"Korang dua ni kan kalau berjumpa je bergaduh. Peristiwa tu dah 4 tahun and tolonglah terima kenyataan. Please Emir."

"Qiem tak setuju dengan hal ini. Qiem tak nak hidup Icha kucar kacir disebabkan Emir!"

Emir Adden Fattah mengenggam tangannya geram memandang Tengku Amar Haqiem. Bila-bila masa je tumbukan dia boleh melayang ke muka Haqiem. Dia tidak kira kalau Haqiem tu lebih tua darinya.

"Icha don't deserve a jerk man like you"

"Haqiem sudah!"

Seraya dengan itu Emir Adden Fattah melayangkan tumbukannya ke muka Tengku Amar Haqiem. Kolar Tengku Amar Haqiem direntap kasar.

"Kau yang musnahkan hidup aku bangang! Aku takkan jadi macam ni kalau bukan sebab kau! Kau penyebab Ira mati! Kau penyebab kebahagiaan aku musnah Tengku Amar Haqiem!" Jerit Emir Adden Fattah melepaskan kegeraman dia selama ini. Bergema rumah banglo mewah tersebut dengan jeritan Emir Adden Fattah.

Dhia Airisya dari tadi senyap bersama Tengku Balqish Natasha dan Tengku Nurin Qistina. Memang tak la mereka mahu mencelah apabila Tengku Amar Haqiem dan Emir Adden Fattah bertengkar. Dhia Airisya yang melihat Emir Adden Fattah tu pun dah kecut perut apatah lagi mahu menjampuk mereka.

"Sudah!" Jerit Tengku Yusuf.

"Icha, Aqish, Ayeen korang pergi masuk bilik korang and korang dua..." Tengku Yusuf memandang Tengku Amar Haqiem dan Emir Adden Fattah bersilih ganti.

"Korang dua ikut aku masuk bilik study!"

Tengku Yusuf menghilangkan diri dari situ meninggalkan mereka semua. Niatnya mahu membincang hal dengan elok tidak jadi apabila Emir Adden Fattah bertengkar dengan Tengku Amar Haqiem.

"Cepat pergi ikut daddy"

Tengku Sumayyah meleraikan mereka berdua lalu menolak mereka berdua supaya cepat-cepat mengikuti Tengku Yusuf. Dia kenal sangat dengan sikap suaminya itu. Suaminya itu bukan senang nak marah tapi kalau dah marah memang akan marah tahap dewa.

Tengku Amar Haqiem dan Emir Adden Fattah akur lalu mengikuti Tengku Yusuf. Kalau dah Tengku Yusuf membahasakan 'aku' mereka pun kecut perut!

"Korang bertiga pergi tidur"

"Baik ibu"

Tengku Balqish Natasha dan Tengku Nurin Qistina naik ke atas ke bilik mereka. Tinggal Dhia Airisya sahaja bersama Tengku Sumayyah.

"Ibu...yang kahwin tu...."

Tengku Sumayyah tersenyum nipis.

"Kita sambung bincang esok. Mesti Icha terkejut kan dengan apa yang berlaku tadi? Dah Icha pergi tidur"

"O...okay ibu"

Akur dengan Tengku Sumayyah, dia juga turut ke atas. Terganggu fikirannya dengan apa yang jadi tadi. Buat pertama kali dia melihat Tengku Yusuf marah macam tu. Dan pertengkaran Tengku Amar Haqiem dengan Emir Adden Fattah membuatkan dia tertanya-tanya apa yang berlaku antara mereka berdua.

Dia bukan nak masuk campur tapi dia rasa dia seorang je yang ketinggalan di belakang. Sepertinya mereka ada menyorokkan sesuatu darinya.

"Arhhh Icha stop thinking. Tidur okay"

PAGI keesokannya, Dhia Airisya turun ke dapur macam biasa. Dia membantu Tengku Sumayyah dan bibik membuatkan sarapan. Mereka bersarapan macam biasa seperti tidak berlaku apa-apa pun semalam.

Lagipun dia tak nampak Emir Adden Fattah di meja makan. Sama ada Emir Adden Fattah sudah keluar atau masih berada di bilik.

"Icha"

"Ha yee abang Qiem?"

Dhia Airisya memandang Tengku Amar Haqiem yang berdiri di sebelahnya itu. Entah bila Tengku Amar Haqiem itu berdiri disebelahnya.

"Abang nak cakap sikit"

"Kejap"

Dhia Airisya meletakkan piggan yang terakhir yang dibasuh di rak pinggan. Tanganya dilap dengan tuala yang tersangkut sebelum mengikut langkah Tengku Amar Haqiem.

"A...abang nak minta maaf pasal semalam" kata Tengku Amar Haqiem dengan perasaan bersalah. Dia menggosokkan belakang lehernya sambil tersenyum nipis

"Maaf? Abang tak buat salah apa pun kat Icha"

Tengku Amar Haqiem menarik nafas lega.

"Emm Icha setuju dengan papa ibu pasal kahwin?"

Pertanyaan Tengku Amar Haqiem membuatkan Dhia Airisya terdiam. Dia tertunduk memandang lantai. Gara-gara pasal kahwin dia tidak dapat tidur dengan lena semalam.

Keluhan kecil dilepaskan.

"Entahlah abang Qiem. Icha bingung."

"Abang pasti papa dengan ibu faham dengan keputusan Icha"

Dhia Airisya tersenyum kecil.

"Abang pergi kerja dulu. Nak abang hantarkan Icha?"

Kepalanya lantas digeleng. Memang dia malas nak drive hari ini tapi mengingatkan dia perlu pergi ke sesuatu tempat selepas balik kerja nanti terpaksa Dhia Airisya menolak ajakan Tengku Amar Haqiem.

"Ermm tak kut. Icha pergi dengan kereta sendri. Balik kerja nanti Icha nak melawat nenek"

"Hmm okay. Abang pergi kerja dulu. Bye"

"Bye abang Qiem"

EMIR Adden Fattah keluar dari bilik air setelah siap membersihkan dirinya. Dia yang hanya memakai bathrobe duduk di birai katil. Tuala yana berada di lehernya digunakan untuk lap rambutnya yang basah.

Keluhan kecil dilepaskan.

Fikirannya dua tiga ini terganggu dengan kata-kata Tengku Yusuf dan Tengku Sumayyah.

"Aku perlu buat sesuatu"

Emir Adden Fattah bangun dari katilnya lalu menuju ke pintu biliknya. Dia keluar dari biliknya lalu menuju ke bilik Dhia Airisya. Baru dia hendak mengetuk pintu bilik, kebetulan Dhia Airisya mahu keluar. Terperanjat Dhia Airisya melihat Emir Adden Fattah berdiri di depan biliknya.

Tanpa amaran dan tanpa dijemput, Emir Adden Fattah menarik tangan Dhia Airisya lalu masuk ke bilik Dhia Airisya. Pintu bilik dihempas kuat membuatkan Dhia Airisya terperanjat kecil.

"A....apa aw..awak nak buat ni?" Gugup Dhia Airisya mahu bertanya. Seram melihat muka Emir Adden Fattah yang bengis itu. Lagi satu takut pula dia kalau Emir Adden Fattah melakukan sesuatu padanya. Sudah la mereka berdua sahaja di dalam biliknya.

"Aku nak kau batalkan perkahwinan ini" ujar Emir Adden Fattah tegas. Matanya mencerlung tajam mata Dhia Airisya seperti mata singa yang melihat makanan buruannya di depan mata. Tangannya yang masih memegang tangan Dhia Airisya yang berlapik lengan baju itu dicengkam kuat.

"Ta...tapi....."

"Takde tapi-tapi. Aku takkan kahwin dengan kau. Faham?"

Dhia Airisya menelan air liur laju. Kepala diangguk laju. Takut dia mahu melawan Emir Adden Fattah tambah lagi tanganya itu semakin lama semakin dicengkam kuat.

"O...okay. Bo...boleh tak a....awak lepaskan ta...tangan saya? Sakit"

Emir Adden Fattah yang baru perasan dia mencengkam tangan Dhia Airisya terus dilepaskan. Gara-gara kemarahan dalam dirinya, dia tidak perasan dia mencengkam tangan Dhia Airisya.

"Bagus. Tell them that you don't want to get married with me" ujar Emir Adden Fattah lalu menuju ke pintu bilik.

"Kenapa bukan awak je yang bagitahu daddy dengan ibu?" Soal Dhia Airisya dengan berani walaupun jantungnya itu berdegup bagai nak pecah.

Emir Adden Fattah menghentikan langkah. Dia menghampiri Dhia Airisya semula dengan langkah yang perlahan tapi mata yang tajam. Kelakuannya itu membuatkan Dhia Airisya semakin gerun dan berundur ke belakang.

Dalam hatinya tak habis-habis berdoa supaya Emir Adden Fattah tidak melakukan sesuatu yang buruk padanya tambah lagi mereka masih belum halal.

"Arhhhh"

Gara-gara dia berundur ke belakang tanpa melihat ke belakang, Dhia Airisya tersepak kerusi meja solek. Disebabkan kehilangan seimbangan badan, Dhia Airisya hampir-hampir sahaja mahu merempuh meja solek yang dipenuhi dengan alat-alat skincarenya.

Namun Emir Adden Fattah lagi pantas, ditarik tangan Dhia Airisya ke arahnya dan mereka tersemban di atas katil. Dhia Airisya mengangkat wajahnya lalu dahinya digosok kecil gara-gara terhantuk di dada Emir Adden Fattah yang agak sasa itu. Sakit dahi dia dibuatnya.

Namun dia baru sedar bahawa dia sekarang ini berada di atas badan Emir Adden Fattah dan jarak muka mereka terlalu dekat.

Dhia Airisya terkaku begitu juga Emir Adden Fattah.

"Ich....Astaghfirullah"

Emir Adden Fattah lantas bangun dari katil membuatkan Dhia Airisya yang berada di atasnya tadi terus terhumban ke lantai. Dia berdiri tegak di sebelah Dhia Airisya yang jatuh itu sambil matanya memandang Tengku Sumayyah yang berada di muka pintu.

"Arghh punggung aku"

'Haishh mamat ni. Dah dua kali dah dia buat punggung aku sakit' kutuk Dhia Airisya dalam hati.

Perlahan-lahan dia bangun lalu berdiri di sebelah Emir Adden Fattah. Dia memandang Tengku Sumayyah yang berdiri di pintu itu sambil tersengih. Habis lah dia nanti. Confirm Tengku Sumayyah salah faham.

Sempat dia mengerling Emir Adden Fattah yang tiada langsung riak bersalah yang dipamerkan. Hanya berwajah kosong macam tiada apa yang berlaku. Makin dikutuk-kutuk Emir Adden Fattah dalam Hati Dhia Airisya.

"Korang dua ni belum kahwin lagi tau. Tak nyabor betul. Kalau macam ni esok juga korang kahwin"

Dhia Airisya mengetap bibir geram. Emir Adden Fattah dijeling geram.

Ini semua salah Emir Adden Fattah!

"Emir, ikut ibu" bagitahu Tengku Sumayyah sebelum beredar dari situ.

Dhia Airisya menarik nafas lega. Nasib bukan namanya yang dipanggil. Lega sekejap.

"Aku bagi amaran kat kau. Kalau kau taknak nyawa kau dalam bahaya, kalau kau taknak tanggung derita, jangan kahwin dengan aku" ujar Emir Adden Fattah sebelum dia juga beredar dari bilik Dhia Airisya. Sempat lagi dia menghempas pintu bilik Dhia Airisya dengan kuat membuatkan Dhia Airisya terperanjat kecil.

"Ya Allah apa aku perlu buat ni?"

Dhia Airisya menghempaskan badannya di atas katil. Syiling dipandang lama. Kata-kata amaran Emir Adden Fattah betul-betul membuatkan fikiran Dhia Airisya terganggu.

"Tak boleh ni, aku kena buat solat istikharah. Aku kena minta petunjuk dari Allah"

Emir Adden Fattah mengeluh kecil.

Dipandang pintu bilik Dhia Airisya lama.

"Kau masih sama macam dulu Airisya"

♥♥♥♥♥♥♥

Done Bab 2 !!

Misteri betulkan Emir Adden Fattah ni??

Nantikan next episod!

Don't forget to vote and comment.




















Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro