Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 13

DHIA Airisya termenung lama memandang langit yang gelap yang disinari dengan bintang dan bulan.

Keluhan kecil dilepaskan.

Dia masih teringat akan kejadian tembak menembak 3 hari yang lepas. Fikirannya kebelakangi asyik terganggu. Banyak yang difikirnya.

Adakah kejadian tempoh hari disebabkan oleh dia?

Adakah penjahat 4 tahun yang lepas datang kembali kepadanya?

Dia takut.

Sangat takut.

Peristiwa 4 tahun lalu masih menghantuinya dan dia sangat takut kalau peristiwa itu berlaku lagi.

Emir Adden Fattah yang sedar akan Dhia Airisya yang termenung itu dihampiri. Jujur dia kata, sejak kejadian tempoh hari Dhia Airisya menjadi senyap, tak banyak cakap dan tak banyak mengusiknya. Asyik termenung je.

"Airisya" panggil Emir Adden Fattah sambil menghampiri Dhia Airisya namun tiada respon.

"Airisya" panggilnya sekali lagi namun masih tetap sama. Dhia Airisya masih hanyut dengan dunianya. Entah sudah sampai ke mana. Mungkin sudah sampai ke Korea?

"Nur Dhia Airisya" panggil Emir Adden Fattah geram kali ini.

"Ad...Adden"

Dhia Airisya berpaling memandangnya. Emir Adden Fattah yang bengang tadi bertukar jadi rasa bersalah apabila melihat air mata Dhia Airisya yang mengalir di pipi. Risau melihat Dhia Airisya itu dia makin mendekati Dhia Airisya.

"Kau....kenapa menangis?" Soal Emir Adden Fattah sambil tangannya naik mengelap air mata Dhia Airisya tanpa disedarinya.

Dhia Airisya yang baru sedar air matanya mengalir terus dilap dengan hujung lengan bajunya. Dia berdehem seketika.

"Err tak ada apa" tipu Dhia Airisya. Dia menayangkan senyuman paksa. Taknak Emir Adden Fattah risau melihatnya.

"Kau fikir tentang kejadian tempoh hari kan?"

Dhia Airisya diam. Tidak angguk dan tidak geleng kepalanya.

Emir Adden Fattah yang melihat Dhia Airisya diam, dia mengeluh kecil. Betul kata hatinya. Dhia Airisya kebelakangi berfikir tentang kejadian tempoh hari.

"Adden saya.....emm sebenarnya...."

Dhia Airisya mahu menceritakan kejadian 4 tahun yang lepas tapi dia tidak tahu mahu mula dari mana. Lagipun tak semua kejadian silam itu dia ingat. Hanya separuh sahaja.

"Aku tahu. Aku tahu kau terlibat dengan kejadian tu. Aku tahu kau satu-satunya selamat. Aku tahu semua tentang kau" tutur Emir Adden Fattah membuatkan Dhia Airisya memandangnya dengan terkejut. Melihat wajah Emir Adden Fattah yang kosong itu sukar untuknya menggambarkan apa yang ada difikiran Emir Adden Fattah.

Jadi selama ini Emir Adden Fattah tahu yang dia terlibat dengab kejadian 4 tahun yang lepas yang menjadi perbualan hangat dulu?

Dan adakah Emir Adden Fattah tahu yang dia menghidap penyakit PTSD iaitu Post Traumatic Stress Disorder disebabkan kejadian 4 tahun yang lepas?

Dhia Airisya menunduk memandang bawah.

Dia tak tahu nak cakap apa. Fikirannya kosong.

"Kejadian tempoh hari bukan sebab diorang nak kau sebab diorang nak aku"

Dhia Airisya memandang Emir Adden Fattah dengan dahi yang berkerut. Tidak faham apa yang dikatakan oleh Emir Adden Fattah.

"Aku banyak enemy Airisya. Orang sekeliling aku akan dalam bahaya disebabkan aku. So that's why aku taknak kau kahwin dengan aku. Nyawa kau akan dalam bahaya dan kau akan jadi weakness aku"

Dhia Airisya menundukkan kepalanya.

Dia akan jadi kelemahan Emir Adden Fattah?

Emir Adden Fattah pula hanya memandang kosong Dhia Airisya. Dia tahu kata-katanya sedikit kasar tapi dia nak Dhia Airisya faham yang menjadi isteri kepadanya adalah keputusan yang paling bahaya.

"Lepastu kenapa awak setuju nak kahwin?" Soal Dhia Airisya dengan kepalanya masih menunduk.

'Sebab kau akan tetap dalam bahaya walaupun tak kahwin dengan aku. Kau akan tetap dalam bahaya disebabkan aku.' Bisik hati kecilnya.

Emir Adden Fattah mengeluh kecil.

"Sebab daddy ibu"

Dhia Airisya menggigit bibirnya. Rambut panjangnya yang ditiup oleh angin malam hanya dibiarkan. Dia mengenggam hujung bajunya.

"Kalau....kalau Ira kekasih awak tak mati, awak akan pilih saya atau dia?" Soal Dhia Airisya dengan nada yang perlahan.

Dia nak tahu siapa dia di mata Emir Adden Fattah.

Dia nak tahu perasaan Emir Adden Fattah kepadanya.

"Kenapa kau tanya macam tu?"

"Saja nak tahu"

Emir Adden Fattah mengeluh kecil.

Dia tidak tahu nak cakap apa. Dia takut yang kalau dia kata dia akan pilih Ira instead Dhia Airisya, nanti Dhia Airisya akan sakit hati. Tapi dalam masa yang sama dia taknak Dhia Airisya makin jatuh cinta dengannya.

Arhh so complicated!

"I will choose a girl that i love"

'And it's you, Airisya. Aku dah lama cintakan kau' sambung Emir Adden Fattah dalam hati.

Dhia Airisya tersenyum hambar. Dia sudah agak. Dia tahu Emir Adden Fattah akan pilih Ira berbanding dia tapi dia masih berdegil nak tanya.

Air mata yang tak dapat ditahan akhirnya mengalir jua.

Dhia Airisya mengeluh kecil.

Air matanya dikesat kasar.

Dia mengangkat kepalanya memandang Emir Adden Fattah lalu tersenyum paksa.

"Haha mestilah awak pilih dia kan? Bodoh kan saya tanya soalan macam tu?"

Dhia Airisya pura-pura ketawa walaupun hatinya hancur dengan kata-kata Emir Adden Fattah. Dia berpaling daripada memandang Emir Adden Fattah.

Langit yang gelap namun disinari bintang dan bulan dipandang.

Emir Adden Fattah mengenggam tanganya geram.

Dia tahu Dhia Airisya terluka.

Dia mahu menarik Dhia Airisya ke dalam pelukannya namun dia tak mampu.

"Aku nak keluar kejap lagi. Jangan tunggu aku" tutur Emir Adden Fattah seraya itu dia beredar. Dia mahu menenangkan fikiranmya sekejap. Dia taknak tengok Dhia Airisya yang terpaksa senyum. Dia taknak tengok Dhia Airisya sakit sebab dia pun akan sakit juga.

'Maafkan aku Airisya. Aku tak mampu jadi suami yang baik untuk kau' bisik hatinya lagi.


TENGKU Sumayyah tersenyum lebar dari tadi. Segala makanan yang dimasak dihidangkan di meja makan. Setelah memastikan semua siap dia membersihkan tangannya. Apron yang dipakai disangkut di tempatnya.

Pong pong

Bunyi hon dari luar menambahkan keterujaannya.

Dengan pantas dia keluar dari dapur lalu menuju ke pintu utama.

"Abang, Emir dengan Icha dah sampai!" Jerit Tengku Sumayyah memanggil Tengku Yusuf yang berada di atas.

Emir Adden Fattah dan Dhia Airisya keluar dari kereta lalu menghampiri Tengku Sumayyah yang menanti mereka di pintu.

"Ibuuuuuu"

Dhia Airisya berlari anak memeluk Tengku Sumayyah.

"Rindunya kat ibu"

"Rindu tapi bukan nak datang melawat ibu pun. Hmm!"

Dhia Airisya ketawa kecil melihat Tengku Sumayyah yang mencebik bibir.

"Ala awak ni Icha dengan Emir kan busy kerja. Mana la sempat nak datang melawat" tutur Tengku Yusuf yang baru sahaja turun dari atas. Mereka bertiga dihampiri.

"Ishh abang ni. Suka back up diorang"

Dhia Airisya tersenyum melihat Tengku Yusuf dan Tengku Sumayyah yang bergaduh manja itu. Bahagianya kedua-dua parents angkatnya itu.

Bila dia dapat bahagia macam tu juga?

Gaduh manja.

Usik-usik.

Dia memandang Emir Adden Fattah lama.

Keluhan kecil dilepaskan.

"Ehh jom jom makan" tutur Tengku Yusuf.

"Jom Emir, Icha"

Dhia Airisya kembali senyum. Tangan Tengku Sumayyah dipeluk lalu mereka menuju ke dapur.

Emir Adden Fattah yang berada di belakang mengeluh kecil. Bukan dia tak perasan Dhia Airisya memandangnya tadi. Wajah yang redup yang cuba dihias dengan senyuman itu.

Selesai sahaja makan malam, Dhia Airisya naik ke biliknya yang lama setelah selesai apa yang patut. Malam ini mereka akan bermalam dia rumah keluarga angkatnya.

Pintu bilik lamanya dibuka. Dia menapak masuk ke dalam lalu menutup pintu. Saja mahu masuk ke sini sekejap. Rindu akan bilik lamanya.

Dia menghampiri katil lalu duduk di situ. Melihat biliknya yang kemas dan tiada habuk itu tahula dia pasti Tengku Sumayyah yang menyuruh bibik mengemaskan biliknya.

Badan dibaringkan atas katil.

Penat.

"Icha boleh ibu masuk?"

Dhia Airisya bangun daripada baring. Tengku Sumayyah yang bediri di pintu dipandang. Dia menangguk kepala dan tersenyum kecil.

Tengku Sumayyah menghanpiri Dhia Airisya. Dia duduk di sebelah Dhia Airisya. Tangan Dhia Airisya dicapai dan diusap lembut.

"Icha ada masalah kan?"

Dhia Airisya terdiam.

Dia mengeluh kecil.

Kalau dia ada masalah mesti Tengku Sumayyah itu dapat meneka. Memang dia tidak dapat mengelak daripada Tengku Sumayyah.

"Pasal Emir kan?"

Dhia Airisy hanya diam.

Ketara sangat ke dia dan Emir Adden Fattah ada masalah?

Sejak kejadian semalam, dia tak banyak cakap dengan Emir Adden Fattah. Pandang pun kadang-kadang. Sepanjang perjalanan ke sini pun dia tak bercakap dengan Emir Adden Fattah. Dan mungkin masa kat meja makan tadi, Tengku Sumayyah dapat mengagak apa yang berlaku antara mereka.

"Emir ada sakitkan hati Icha ke?"

Dhia Airisya hanya diam.

Yaa. Dia masih sakit hati dengan kejadian semalam. Namun dia sedar siapalah dia pada mata Emir Adden Fattah.

"Tak adalah ibu. Icha ada masalah sikit kat tempat kerja" bohong Dhia Airisya.

Dia taknak Tengku Sumayyah risau akan mereka berdua. Dia taknak Tengku Sumayyah susah hati.

"Icha jangan tipu ibu. Ibu tahu yang Icha ada masalah dengan Emir kan?" Soal Tebgku Sumayyah lembut. Walaupun Dhia Airisya menipunya, dia langsung tak ambil hati.

"Ibuuuuu"

Air matanya yang ditahan akhirnya mengalir juga.

Tengku Sumayyah menarik Dhia Airisya ke dalam pelukannya.

"Shh ibu ada. Cuba cerita kat ibu, apa yang jadi?" Pujuk Tengku Sumayyah sambil menggosok lembut belakang Dhia Airisya.

"Icha....Icha tak tahu nak buat macam mana lagi. Icha...Icha nak give up ibu" tutur Dhia Airisya dari lubuk hatinya. Kalau Emir Adden Fattah masih akan memilih Ira, dia rasa mahu give up. Mungkin dia takkan dapat memenangi hati Emir Adden Fattah.

"Icha jangan lah macam ni. Icha jangan lah give up. Keep going okay?"

Pipi Dhia Airisya dipegang. Mata Dhia Airisya dipandang lembut. Dia mengusap pipi Dhia Airisya.

"Tapi ibu...."

"Nak dengar rahsia ibu tak?"

Dhia Airisya terdiam. Dia memandang Tengku Sumayyah yang sudah tersenyum-senyum itu dengan pelik.

"Rahsia?"

Tengku Sumayyah menangguk kepalanya.

"Tunggu sini jap"

Dhia Airisya hanya memandang Tengku Sumayyah yang keluar dari biliknya itu. Tidak lama Tengku Sumayyah kembali dengan album di tangan. Tengku Sumayyah duduk semula di atas katil bersebelahan dengan Dhia Airisya.

"Kalau Icha nak tahu, ibu dengan daddy pun dikahwinkan sebab ibu bapa kitorang." Tutur Tengku Sumayyah sambil memmbelek helaian pertama albumnya yang masih disimpan sehingga hari ini.

"Macam Icha dengan Emir ke ibu?"

"Haah tapi lain sikit. Dulu daddy ada girlfriend masa kitorang dikahwinkan. Icha untung sikit sebab Emir cintakan orang yang dah meninggal"

Dhia Airisya berkerut memandang Tengku Sumayyah. Tidak fahan akan kata-kata Tengku Sumayyah. Apa yang untungnya?

Tengku Sumayyah tersenyum kecil melihat muka blur Dhia Airisya.

"Macam ni, Daddy dulu dia cinta sangat kat girlfriend dia. Walaupun dah kahwin dengan ibu, diorang masih keluar bersama. Diorang dah janji nak bertunang tapi....."

"Tapi apa ibu?" Tanya Dhia Airisya tidak sabar apabila Tengku Sumayyah berhenti bercerita di tengah jalan.

Tengku Sumayyah tersenyum sinis.

"Tapi ibu tekad! Ibu taknak bermadu! Jadi macam-macam ibu buat supaya daddy jatuh cinta dengan ibu. Memang mula-mula ibu rasa nak give up tapi ibu motivate kan diri ibu yang ibu taknak bermadu. Ibu masak sedap-sedap, ibu usik daddy, ibu pakai seksi-seksi, ibu goda daddy...opps hihi"

Tengku Sumayyah menutup mulut dengan tangan apabila sedar terlanjur cakap. Dia tersenyum kecil ke arah Dhia Airisya yang sudah terbuntang mata.

"Hahaha ibu ni comel la"

Tengku Sumayyah tersenyum kecil.

"Lepastu akhirnya daddy jatuh cinta juga kat ibu dan daddy tak jadi nak bertunang dengan girlfriend dia. Ibu dan daddy banyak kena tempuh dugaan nak sampai ke hari ini. Macam-macam berlaku bila kami mula nak bahagia. Tapi percayalah, kalau kita tidak give up kalau kita terus maju ke depan pasti akan ada hasil yang memuaskan. Sehingga hari ini ibu tak menyesal kahwin dengan daddy."

"Jadi Icha jangan mengalah okay? Kita sebagai seorang perempuan kena kuat! Jangan mengalah!"

Dhia Airisya tersenyum. Kagum dia dengan ibu angkatnya itu. Dia bersyukur sangat yang dia dipertemukan dengan Tengku Sumayyah. Kalau tidak entah apa jadi dengan dia kalau tak berjumpa dengan Tengku Sumayyah.

"Kalau ibu boleh pikat daddy, Icha mesti boleh juga. Lagipun Icha nak Emir tu cinta kat orang yang sudah meninggal buat selamanya? Taknak kan?"

Dhia Airisya menggelengkan kepala.

Dia taknak.

Dia nak jadi macam Tengku Sumayyah.

"Good. Jadi jangan give up okay? Ibu tahu suatu hari nanti Icha akan berterima kasih kat ibu"

"Okay ibu. Icha akan cuba pikat hati suami Icha. Icha janji"

Tengku Sumayyah tersenyum kecil. Kepala Dhia Airisya diusap lembut.

"Jom tengok gambar daddy. Ibu tangkap senyap-senyap. Hahaha"

Dhia Airisya ketawa kecil. Baru dia tahu yang Tengku Sumayyah ni nakal juga masa muda-muda dulu. Memang Tengku Sumayyah akan jadi idolanya buat selamanya!

'Adden, i will make you fall in love with me! I'm promise!'

♥♥♥♥♥♥♥

Ayuh Icha!!!

I support you Icha!

Haa jom kita support Icha.

Don't forget to vote n comment!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro