Bab 12
TEMBAKAN yang tepat dilepaskan pada tayar kereta musuhnya itu menyebabkan kereta musuhnya itu bergolek terhumban ke gaung kerana tayar yang pancit itu.
Emir Adden Fattah tersenyum.
"Wanna play with me huh?"
Namun masih banyak lagi kereta musuh yang mengekorinya walaupun sudah banyak musuhnya ditewaskan oleh Emir Adden Fattah, Firash Arfan, Harriz Adham dan juga Razul Hakimi.
"Ghost, kanan" arah Emir Adden Fattah kepada Firash.
"Alright"
Sementara itu, Emir Adden Fattah membetulkan kedudukan rifle. Tingkap kereta dibuka sikit untuk melepaskan tembakan.
"Shadow how?"
"Give me 30 seconds"
Razul bertungkus lumus dalam menekan papan kunci laptopnya. Dia yang sebagai hacker dalam team tersebut sedaya upadaya untuk hack semua musuh-musuhnya. Sebab itu dia diberi nama samaran Shadow iaitu bayang-bayang.
Bang bang
Bunyi tembakan dari pihak musuh langsung tidak menggetarkannya. Bahakan Firash sudah mengambil alih untuk menumpaskan mereka sementara menunggu Razul iaitu Shadow melakukan kerja mereka.
"Okay done"
Emir Adden Fattah tersenyum.
"Eagle back up aku"
"Okay King"
Emir Adden Fattah membuka tingkap sampai habis. Dia mengeluarkan badannya melalui tingkap keretanya itu. Rifle dihalakan kepada musuhnya. Tindakannya itu yang mengundang kebahayaan lagsung tidak takut
"Time to die bro"
Bang bang bang
Semua kereta musuh-musuhnya ditembak dengan tepat menyebabkan kereta musuhnya yang berada dibelakang tersasar dari jalan lalu merempuh antara satu sama lain.
Emir Adden Fattah mensasarkan pula pada tangki minyak kereta musuhnya.
Bang
1
2
Bommm
"You are the best King!" Jerit Firash. Tembakan Emir Adden Fattah tak pernah tersasar. Memang akan kena dengan tepat. That's why nama samaran Emir Adden Fattah ialan King. Bagi mereka, Emir Adden Fattah dapat melakukan semua benda.
Emir Adden Fattah tersenyum melihat kereta musuh mereka itu meletup bersama-sama. Jangan main-main dengan Emir Adden Fattah kalau taknak mati.
"1 more" bagitahu Razul.
"Give it to me" ujar Harriz mahu mengambil alih.
"Aku join" tutur Firash pula.
Emir Adden Fattah masuk semula ke dalam kereta. Tingkap dinaik ke atas semula. Biarlah Harriz dengan Firash mengambil alih. Tugasnya sudah selesai.
"Woi pahal kau bawa slow" jerit Den, musuh Emir Adden Fattah apabila terasa kereta mereka semakin lama semakin perlahan. Dipandang kereta Emir Adden Fattah yang sudah jauh meninggalkan mereka.
"Aku dah tekan pedal kereta dah. Kereta ni problem" jerit Leo pula mempertahankan dirinya.
"Alolo bergaduh yaa?" Tutur Firash sambil tersenyum sinis ke arah mereka berdua. Keretanya cuba diseiring dengan kereta musuh mereka itu.
"Bergaduh nanti yaa? Masa untuk mampus" datang pula Harriz di sebelah kanan. Keadaan kereta musuh mereka sekarang ini dihimpit oleh kereta Firash dan Harriz. Harriz di kanan manakala Firash di kiri dab masing-masing memegang pistol.
"Ka....."
Bang
Bang
Serentak Harriz dan Firash melepaskan tembakan mereka ke arah dua malaun itu. Tepat mengena di kepala. Firash dan Harriz tersenyum sesama mereka.
Razul yang mengawal kelajuan kereta musuhnya itu, dilajukan semula kelajuan kereta musuhnya itu menyebakan kereta musuhnya itu melanggar tembok lalu meletup.
"All done"
Emir Adden Fattah menarik nafas lega. Dhia Airisya yang masih duduk di bawah dipandang. Dipegang bahu Dhia Airisya yang kelihatan terhinjut-hinjut itu.
"Airisya"
Dhia Airisya yang berasa bahunya disentuh mengangkat mukanya yang sembab menangis itu. Walaupun dia audah memakai headphone tapi masih mendengar bunyi tembakan. Cuma tak sekuat sangat. Bertapa kuatnya bunyi tembakan sehingga dia juga dapat mendengar.
"Dah" tutur Emir Adden Fattah seraya iti dia membuang headphone dari kepala Dhia Airisya.
Dhia Airisya bangun lalu memeluk Emir Adden Fattah. Tersedu-sedu dia menangis dalam pelukan Emir Adden Fattah. Takut dengan kejadian tadi.
"Shhh aku ada ni. I'm here"
Emir Adden Fattah mengusap lembut belakang Dhia Airisya. Cuba menenangkan Dhia Airisya yang masih dalam ketakutan itu.
"Uhuu our King sweet orangnya" usik Firash apabila melihat dan mendengar adegan tersebut.
"Tergoda I" usik Harriz pula dan ditambah pula dengan ketawa Razul.
Emir Addeh Fattah menggigit bibir geram. 3 malaun ni memang nak kena betul. Suka sangat mengusik dia!
"Shut up" balas Emir Adden Fattah lalu mematikan talian mereka. Tergeleng-geleng kepala Emir Adden Fattah. Apa nak jadi 3 orang malaun itu? Makin lama makin suka mengusik. Tak tenang dia dibuatnya.
SEORANG lelaki yang sedang menyilangkan kaki di atas meja sambil memegang rokok di tangan mendengus geram mendengar berita daripada anak buahnya itu.
"Huh tak guna. Korang ni memang lembik!" Bentaknya geram apabila misi untuk membunuh Emir Adden Fattah itu gagal. Dia bangun berdiri lalu menghampiri anak buahnya itu. Tanpa isyarat apa-apa, diangkat pistolnya tepat pada kepala anak buahnya itu.
Bang
Tembakan dilepaskan tepat pada anak buahnya yang satu-satunya selamat. Lelaki tersebut tersenyum sinis lalu ketawa kecil. Tanpa rasa bersalah dia melepaskan tembakan kepada anak buahnya.
"Why it's so hard to kill you huh Emir Adden Fattah?" Ujar lelaki itu yang merupakan musuh ketat Emir Adden Fattah. Dia juga dikenali dengan nama samaran Alex.
Sedang dia melayan perasaannya, anak buahnya menghampirinya bersama satu dokumen.
"Boss we got the information about that girl" ujar anak buahnya itu dengan bangga bersama senyuman lebar. File yang dipegang itu dihulurkan kepada Alex.
Alex mencapai huluran anak buahnya. Dibelek file tersebut dengan tidak sabar. Dia membaca isi kandungan file tersebut dengan penuh teliti. Satu senyuman sinis terukir di bibirnya.
"Dhia Airisya kau rupanya that girl. How can i'm not recognize you?"
Alex tersenyum lebar. Dia menghampiri tempat duduknya itu sambil bersiul. Bertapa gembiranya apabila dia mendapat berita yang perempuan dicari selama ini adalah orang yang dia kenal. Mungkin sudah lama tidak berjumpa membuatkan dia tidak mengenali gadis itu ketika peristiwa tersebut berlaku.
"Boss kita ada bad news"
"What?"
"She is Emir Adden Fattah's wife"
Alex terdiam namun tidak lama ketawanya bergema dalam bilik itu.
"You call it as a bad news? Well it's a good news to me"
Tersenyum kepuasan Alex. Walaupun agak terkejut juga mendapat tahu Dhia Airisya berkahwin dengan musuh ketatnya itu, namun ia membuatkan dia lagi seronok untuk main game.
"I will take everything from you Emir Adden Fattah. Termasuk wife kau. She is mine and only mine" gumam Alex. Sudah tidak sabar mahu menyerang Emir Adden Fattah. Kali ini dia akan guna cara lain pula untuk jatuhkan Emir Adden Fattah. Well dia takkan duduk diam tengok Emir Adden Fattah bahagia.
FIRASH melangkah masuk ke dalam rumah dengan langkah yang perlahan. Dari tadi dia asyik termenung benda yang sama. Ariana yang menyambut kepulangannya itu hanya dipandang kosong.
Dia melabuhkan punggung di sofa. Necktie yang dipakai dicabut lalu dibutangkan 3 butang atas. Kepala disandarkan di sofa lalu mata dipejam rapat.
Ariana menghampiri Firash dengan dahi yang berkerut. Pelik melihat keadaan Firash begitu. Sepanjang dia kahwin dengan Firash selama 2 minggu, suaminya itu akan balik dengan senyuman. Tapi kadang-kadang ada juga dengan muka yang penat.
Namun tak adalah macam hari ini. Tidak bercakap pun. Selalunya akan menyapa dia dahulu. Ni pandang dia pun taknak.
Ariana mengambil tempat di sebelah Firash.
"Awak naik air?" Tanya Ariana sambil membuang stoking Firash.
Namun Firash hanya diam sahaja.
"Ra...Rash?"
Tetap Firash tidak bersuara.
Ariana mengetap bibir. Dah tidur ke atau buat tak dengar? Dia tidak tahu mahu buat apa sekarang ni. Takut kalau dia buat apa-apa kan Firash melenting pula.
Ariana membiarkan Firash dalam keadaan macam tu. Dia hanya memerhati sahaja Firash begitu di sebelah. Sudah hampir 10 minit Firash begitu. Tidak bercakap sepatah apa dan mata masih memejam.
Ariana bangun. Mahu pergi ke dapur untuk ambil air. Namun tangannya ditarik oleh Firash menyebabkan dia terduduk atas paha Firash dan hampir tersemban atas Firash. Dia ingin bangun sekali lagi tapi Firash menahan pingganya. Tangannya pula secara automatik menahan dada Firash.
"Ana" Firash membuka mata lalu merenung mata Ariana lama membuatkan isterinya itu tidak tenang.
Firash mengeluh kecil. Mahu bagitahu atau tidak?
"Ana"
"A...awak ke..kenapa?" Tanya Ariana gugup. Tidak betah dengan pandangan redup Firash kali ini. Macam banyak masalah je.
Soalan Ariana diabaikan. Namun, Firash melentokkan kepalanya di bahu Ariana membuatkan Ariana tergamam seketika. Tergamam kerana Firash yang dia kenal bukan seperti Firash sekarang. Seolah-oleh Firash yang sekarang ini memerlukan seseorang untuk bersandar.
"Firash"
"Let me stay like this for a while"
Ariana membiarkan Firash begitu buat beberapa minit. Tangannya mengusap lembut belakang badan Firash. Entah masalah apa yang dihadapi oleh Firash.
"Ana kalau aku cakap ni jangan bencikan aku"
Firash mendongak kepalanya memandang Ariana. Pipi Ariana diusap perlahan dengan pandangan yang redup.
"A...apa dia?"
Firash mencium bibir Ariana lama. Dipandang Ariana lama.
"Daddy aku......"
Firash memberhentikan kata-katanya lalu dia mengeluh kecil. Ariana hanya sabar menunggu kata Firash. Tidak mahu memaksa Firash untuk memberitahunya.
"Take your time" Ariana tersenyum kecil kepada Firash untuk memberikan semangat kepada Firash.
Firash menarik nafas seketika. Dia kena bagitahu juga benda ini. Lambat laun Ariana akan tetap tahu jadi baik dia bagitahu sekarang.
"Daddy aku suruh aku kahwin dengan anak rakan bisnesnya" tutur Firash dengan sekali nafas. Muka Ariana tidak dipandang. Takut untuk melihat reaksi Ariana.
Ariana pula hanya mendiamkan diri. Entah mahu gembira atau sedih? Dia sendiri tidak tahu. Dia masih belum mengenal pasti perasaannya pada Firash. Adakah dia menyayangi Firash atau tidak? Namun dia agak terkilan sedikit dengan kata-kata Firash.
"A...awak terima?"
"Hmmm. I have"
Firash mengeluh kecil. Dia terpaksa menerima. Kalau tidak semua kemewahan dia akan ditarik.
"Bila?"
"Next month"
Ariana menggigit bibirnya. Next month? Maksudnya dalam 2 minggu lagi?
"Ce...cepatnya" ujar Ariana perlahan dengan kepala yang tertunduk. Walaupun dia masih belum mengetahui perasaannya pada Firash, namun isteri mana sanggup bermadu? Tak ada isteri yang mahu berkongsi suami.
Firash mendongak kepalanya memandang. Tangannya memegang dagu Ariana lalu didongak supaya memandangnya. Mata mereka bertentangan. Dua-dua dengan pandangan yang redup.
"Ana, jangan risau. Aku hanya akan sayang kau. Only kau, Ana"
Firash tersenyum nipis. Dicium bibir Ariana sekilas.
"I only want you, Ana"
♥♥♥♥♥♥♥
Done Bab 12 !
Don't forget to vote n comment!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro