Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 1

DHIA AIRISYA memakingkan keretanya di sebuah banglo mewah. Setelah mematikan keretanya, dia cepat-cepat keluar dari kereta myvi putihnya itu terus meluru ke arah pintu rumah.

Senyuman yang lekang tidak dapat disembunyikan olehnya sejak tadi apabila apabila Tengku Sumayyah yang dikenali juga sebagai ibu angkatnya menjemput dia makan bersama tengah hari ini.

"Assalamulaikum. Ibuuuu....."

Jerit Dhia Airisya sebaik sahaja membuang sandal yang dipakainya itu.

"Waalaikumussalam. Masuklah Icha. Ibu kat dapur!" Laung Tengku Sumayyah dari dapur yang sedang menyediakan makanan untuk tengah hari.

Walaupun mereka punya bibik, tapi kali ini Tengku Sumayyah mengambil alih untuk masak tengah hari disebabkan hari ini hari yang penting baginya. Kali ini dia akan mengumpulkan seluruh ahli keluarganya untuk mengatakan hasratnya.

Dhia Airisya yang sudah masuk ke rumah terus meluru ke dapur apabila menghidu aroma masakan Tengku Sumayyah. Bau aroma masakan Tengku Sumayyah memang membuatkan air liurnya meleleh. Masakan Tengku Sumayyah memang tip top berbanding restauran kat luar sana.

"Uwahh sedapnya bau" puji Dhia Airisya.

Tengku Sumayyah yang sedang menghiris daun sup itu didekati. Terus dipeluk Tengku Sumayyah itu dari belakang.

"Rindunya kat ibu"

Tengku Sumayyah tersenyum. Dibiarkan sahaja Dhia Airisya nemeluknya kerana dia sudah meanggap Dhia Airisya seperti anak kandungnya sendiri.

"So macam mana kerja? Okay?"

Dhia Airisya angguk kepala.

Walaupun sedikit penat kerana perlu mengurus kerja-kerja di Selangor tapi dia suka kerana di sana semua rakan sekerja baik-baik. Lagipun dia dan kawan-kawannya yang kerja sama dengannya dapat lah juga melawat kawasan menarik kat Selangor tu.

"Meh Icha tolong"

"Aippp no no"

Dhia Airisya yang baru saja memakai apron terus terbantut apabila Tengku Sumayyah mendekatinya lalu mengambil apron darinya dan menyangkut di tempatnya semula.

"Ala ibu.....Icha nak tolong"

"No. Ibu nak kamu tolong ambik ambil seseorang kat airport"

Berkerut dahi Dhia Airisya.

"Ambil sapa?"

Tengku Sumayyah senyum penuh makna melihat muka Dhia Airisya yang bingung itu. Dia mengambil phonenya lalu whatsapp dibuka. Nombor Dhua Airisya dicari lalu dia menghantar gambar seorang lelaki.

"Dah pergi ambil dia kat airport. Nanti lambat"

Tengku Sumayyah menolak Dhia Airisya keluar dari dapur yang sedang membuka whatsapp dari Tengku Sumayyah tadi. Berkerut dahinya melihat gambar yang dihantar oleh Tengku Sumayyah tadi.

"Ibu mamat Korea mana pulak ni?"

"Ibu?"

Dhia Airisya berpaling kebelakang. Tengku Sumayyah sudah lenyap ke dapur semula. Tergeleng-geleng kepala Airisya. Matanya memandang gambar lelaki iti semula. Siapakah lelaki itu? Dan bagaimanakah Tengku Sumayyah boleh kenal dengan mamat Korea?

Bingung!

Setelah selamat sampai di airport KLIA 2, Dhia Airisya segera keluar dari kereta lalu memasuki airport. Matanya liar mencari orang lelaki yang menyerupai dengan gambar yang dihantar oleh Tengku Sumayyah.

Sudah lah nama mamat Korea itu dia tak tahu, nombor pun tak ada juga. Macam mana dia nak cari mamat korea tersebut dalam beratus-ratus orang macam ni?

Nombor Tengku Sumayyah ditekan.

"Ibu....macam mana Icha nak cari mamat Korea?"

Muncung mulut Dhia Airisya apabila mendengar ketawa Tengku Sumayyah di hujung talian sana.

"Haha sorry Icha. Ibu lupa nak kasi nombor"

"Ibu ni. Penat Icha cari"

"Ibu dah hantar. Elok-elok bawa bakal suami balik rumah"

"Hah? Apa ibu merepek ni? Ibu ni buat lawak pula. Haha"

Tergeleng-geleng kepala Dhia Airisya. Bakal suami? Haha lucu amat. Agak-agaklah dia nak kahwin dengan mamat Korea yang entah asal usul dari mana.

"Okay la ibu nak sambung masak.....haa lupa nak cakap Icha nanti  cakap Korea tau dengan dia sebab dia tak reti cakap english dengan melayu..Bye hati-hati muahhh"

Belum sempat Dhia Airisya mahu membuka mulut, Tengku Sumayyah sudah pun meletakkan panggilan. Adoi ibu dia ni.

"Cakap Korea? Tapi aku tak reti"

"Huwarghhh ibuuuuu...."

Dhia Airisya menghentakkan kakinya dengan muka yang muram. Sudah tidak peduli orang sekelilingnya memandangnya pelik. Masalah sekarang ni dia tak reti cakap Korea so macam mana dia nak cakap dengan mamat Korea tu?

"Tak apa Icha. Kau hentam je nanti"

"Err ehem test-test"

"Anyyeonseyo....anyyeongsayur? Anyyeo....errr anyyeongha ARHHHHH"

"Apasal susah sangat nak sebut?"

Jerit Dhia Airisya geram meraih perhatian orang sekelilingnya-sekelilingnya. Menyedari tentang itu, Airisya tersenyum malu lantas meninggalkan tempat itu sambil menutup separuh mukanya.

"Arhh Icha buat malu j....aduh"

Dhia Airisya jatuh terduduk apabila terlanggar seseorang. Itu lah jalan tak tengok depan sangat, dah langgar orang pula. Punggungnya yang jatuh terhentak di lantai digosok dengan muka yang berkerut.

"Neo sigagjang-aein-ini ? (Buta ke?)"

Mendengar bahasa asing terus membuatkan Airisya mendongak kepalanya memandang orang yang dia langgar tadi. Dia yang terduduk di atas lantai tadi terus gelabah bangun apabila baru menyedari bahawa lelaki di depannya itu lah yang dia cari.

"So...sorry"

"You errrr....."

"Apa nama dia ehh? Aduh lupa nak tanya ibu" bisik Airisya seorang diri.

Lelaki Korea itu memandang Airisya pelik. Cakap sorang-sorang dah nampak macam orang gila dah. Punya orang cantik tapi tak betul! Tergeleng kepala lelaki itu

"Tengku Sumayyah. She told m......."

"Tapi ibu cakap kena cakap Korea" bisik Airisya lagi seorang diri.

"Michin (gila)"

Lelaki itu tersenyum sinis sambil menggelengkan kepala. Kata-katanya tadi meraih perhatian Dhia Airisya yang sibuk bercakap seorang diri tadi. Berkerut dahi Dhia Airisya cuba memahami apa yang dikatakan oleh mamat Korea tersebut.

"Kaja (jom)"

Luggage yang dipegang oleh mamat Korea tersebut dihulurkan kepada Dhia Airisya lalu dia berjalan pergi meninggalkan Dhia Airisya yang terkontang-kanting.

"Aku syak dia cakap perkataan buruk kat aku. Wahhh no manners betul!"

"Eee mentang-mentang dia handsome mamat Korea ni suruh aku pula yang heret luggage dia. Huh tak gentleman langsung!" Kata Dhia Airisya dengan suara yang agak tinggi. Sengaja suruh mamat Korea itu dengar apa yang dia kata walaupun dia tahu mamat Korea tersebut sudah tentu tidak faham bahasanya. Haha sebab tu dia berani!

Sampai je mereka di rumah Tengku Sumayyah, mamat Korea tersebut dan juga Dhia Airisya terus meluru masuk ke dalam rumah. Macam tadi, luggage mamat Korea tersebut,Dhia Airisya yang heret masuk ke dalam rumah. Dari tadi Dhia Airisya tertanya-tanya apakah hubungan mamat Korea tersebut dengan Tengku Sumayyah.

Sudah la mamat Korea tersebut berlagak nak mampus! Senyum pun tak!

"Icha!"

"Haa yee ibu?"

"Apa yang Icha termenung tu. Jom makan. "

Laung Tengku Sumayyah apabila dari tadi dia memanggil Dhia Airisya tapi tidak sahut-sahut panggilannya.

"Hehe okay ibu"

Terus Dhia Airisya bergegas ke meja makan yang sudah hampir dipenuhi dengan orang. Hujung sekali sudah tentu ayah angkatnya Tengku Yusuf yang baru balik dari kerja. Setiap hari Tengku Yusuf akan balik untuk makan tengah hari lepastu pergi kerja balik.

Dan disebelahnya ialah Ayeen, Tengku Nurin Qistina anak bongsu Tengku Sumayyah dan Tengku Yusuf yang baru berusia 7 tahun. Di depannya ialah mamat Korea tadi dan sebelah mamat Korea tersebut ialah  Tengku Sumayyah.

"Mana Qiem dengan Aqish?" Tanya Tengku Yusuf apabila dia melihat dua orang anaknya tiada di meja makan tersebut.

Tengku Amar Haqiem merupakan anak sulung Tengku Sumayyah dan Tengku Yusuf. Sekarang Tengku Amar Haqiem bekerja sebagai inspektor di balai polis Kuala Lumpur dan berumur 32 tahun.

Manakala Tengku Balqish Natasha pula merupakan anak sulung perempuan mereka yang berumur 23 tahun dan sekarang tengah belajar sem terakhir di UM.

"Aqish belum balik lagi. Dia cakap dia ada kelas. Qiem pula......"

Kata-kata Tengku Sumayyah terhenti apabila mamat Korea tersebut tiba-tiba bangun untuk beredar.

"Emir Adden Fattah"

Pergerakan mamat Korea itu terbantut apabila namanya disebut oleh Tengku Yusuf dengan tegas.

"Duduk"

Mamat Korea atau nama melayunya Emir Adden Fattah akur lalu duduk di tempatnya semula.Tengku Sumayyah memandang Emir Adden Fattah dengan perasaan bersalah membuatkan Airisya yang menyedari tentang itu mengerutkan dahinya.

Kenapa dia rasa tiba-tiba tegang suasana sekarang?

"Qiem dia cakap dia ada hal"

"Ouhh" hanya itu jawapan Tengku Yusuf. Dia tahu apa sebab anak sulungnya Haqiem itu tidak pulang. Bukan dia tak tahu tapi saja nak tanya.

"Emm Emir so how kat Korea? Okay? Atuk Emir macam mana? Sihat?"

Emir Adden Fattah mengangkat kepalanya memandang Tengku Yusuf.

"Emm okay. Atuk sihat je. Dia kata dia nak datang sini nanti. Nak jumpa daddy" jawab Emir Adden Fattah bersahaja tanpa ada sedikit pun reaksi di mukanya. Macam tadi, tegang je muka. Dengan Tengku Sumayyah dan Tengku Yusuh pun dia tak senyum.

"Okay. Kalau nanti atuk Emir nak dtang bagitahu daddy"

"Okay daddy"

Tapi jap...

Something weird.

'Wait! Dia cakap melayu dengan papa?' Bisik hati Dhia Airisya.

'What the hell ? So dia faham yang aku kutuk dia tadi? Arhh mati lah aku' jerit hati kecil Dhia Airisya.

Dia menggigit bibir geram. Tertunduk- tunduk kepalanya ke bawah. Malu nak bertentangan mata dengan mamat Korea tersebut. Mahu menyorok je bawah meja sekarang ni.

Arhhh ibu tipu!

"Icha. Kenapa tu? Masuk tudung kan dalam nasi tu" tegur Tengku Yusuf apabila menyedari Dhia Airisya tertunduk-tunduk dari tadi.

"Hah? Err hehe"

Sempat Airisya mengerling sekejap Emir Adden Fattah.

Zappp

Terus Dhia Airisya melarikan matanya apabila matanya dengan Emir Addent Fattah bertembung. Dia nampak Emir Adden Fattah tersenyum sinis kat dia tadi.

Haha mesti Emir Adden Fattah tengah gelakkan kat dia sekarang.

'Arhh Icha kau ni memalukan betul' jerit hati kecil Dhia Airisya lagi

SEUSAI makan malam, Dhia Airisya naik ke atas ke biliknya setelah menolong Tengku Sumayyah mengemas di dapur. Baru dia hendak baring namun niatnya terbantut apabila pintunya diketuk.

Dengan malas Dhia Airisya menganbil tudung sarung yang baru disangkut tadi lantas memakainya semula sebelum membuka pintu. Walaupun dia menjadi anak angkat tapi auratnya mesti akan dijaga dengan baik.

"Kak Icha, ibu suruh turun. Ada hal nak bincang."

Dhia Airisya menundukkan badannya menyamai ketinggian Ayeen. Berkerut dahinya mendengar pesanan dari Ayeen tadi.

"Emm mustahak ke?"

"Tak tahu tapi semua ada kat bawah"

"Semua?"

"Haah. Abang Qiem ada, abang Mir ada, Kak Aqish pun ada"

Makin berkerut dahi Airisya. Kalau dah ramai-ramai berkumpul ni mesti ada hal yang penting nak bagitahu. Bukan tak biasa dia dengan kumpul ramai-ramai macam tu. Walaupun dia hanya sekadar anak angkat, tapi kalau ada hal nak bincang dia mesti akan dilibatkan sekali.

"Okay jom turun"

Dhia Airisya memimpin tangan Ayeen turun ke bawah. Dalam hatinya tak habis-habis tertanya apa yang hendak dibincang sampai mamat Korea tu join sekali.

Sebut pasal mamat Korea tu apa sebenarnya hubungan mereka? Kenapa dia panggil Tengku Sumayyah,ibu dan Tengku Yusuf, papa? Bukan nak ambik tahu pasal kain orang tapi dia rasa ketinggalan disini.

Jujur dia kata sepanjang dia jadi anak angkat, dia tidak pernah bertemu dengan mamat Korea tu jadi sebab tu lah dia bingung siapakah mamat Korea tersebut?

"Haa Icha duduk sini"

"Okay ibu"

Dhia Airisya mengambil tempat duduk bersebelahan Aqish. Ayeen pula duduk di ribanya. Sudah biasa dengan sikap manja Ayeen dengannya setiap kali dia balik sini. Lagipun dia tak kesah sebab dia pun sukakan budak-budak.

Sempat Dhia Airisya menjeling sekejap Emir Adden Fattah yang duduk berhadapanya itu lagi. Masih muka yang ketat ditayangkan oleh Emir Adden Fattah.

"Hmm okay memandangkan semua ada kat sini daddy dengan ibu nak bagitahu hal penting"

"Sebelum tu Icha, Emir mesti korang tak kenal lagi kan satu sama lain?"

Dhia Airisya dan Emir Adden Fattah menggelengkan kepala mereka.

"Icha, kenalkan Emir Adden Fattah anak susuan papa ibu yang sudah merangkap macam anak kandung kami. Like you see, Emir ada kacukan Korea sebab ayah dia orang Korea dan mak dia Melayu"

Terangguk-angguk kepala Dhia Airisya mendengar penjelasan Tengku Yusuf. Baru dia tahu Emir Adden Fattah tu siapa. No wonder la Emir Adden Fattah boleh cakap Korea dan Melayu dengan baik. Dan muka Emir Adden Fatth mesti banyak ikut ayahnya sebab tengok muka Emir Adden Fattah tak macam orang melayu langung! 100% macam muka orang Korea.

"And Emir, this is Nur Dhia Airisya, anak angkat daddy ibu yang sudah merangkap macam anak kandung kami juga."

Dhia Airisya memandang Emir Adden Fattah. Tiada langsung reaksi Emir Adden Fattah. Angguk pun tidak.

'Nampak sangat dia taknak ambik tahu tentang kau Icha' bisik hati Dhia Airisya.

"Okay tujuan daddy dengan ibu kumpulkan korang semua ni sebab...." Tengku Yusuf membiarkan kata-katanya tergantung. Dipandang Emir Adden Fattah dan Dhia Airisya bersilih ganti sambil tersenyum.

Dhia Airisya yang sedar akan senyuman penuh makna oleh Tengku Yusuf itu mula tidak sedap hati. Janganlah Tengku Yusuf cakap hal bukan-bukan. Berdebar-debar dia sekarang ni menunggu kata-kata Tengku Yusuf.

"Daddy dengan ibu sudah fikir panjang. Kami nak kahwinkan Emir dengan Icha"

"Ouhh okay.....wait what?"

-------------------

Okay done first chapter!

Harap okay and tak membosankan.

Don't forget to vote and comment!






Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro