Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

》EPILOGUE《


"Argh!"

Jeritan itu membuatkan Jimin bergegas lari ke hadapan.

Ya dia risau. Kerana suara itu merupakan suara Jaemin. Dia sudah tidak mahu gadis itu terluka dan dilukai.

Dia sudah berjanji kepada dirinya dan juga Jungkook.

"Gwenchana?" Jimin menyoal cemas melihat Jaemin jatuh terduduk di hadapan rumahnya.

Jaemin mengangguk perlahan. Dia tidak mahu menyusahkan Jimin.

Jimin sudah banyak kali berbuat baik kepadanya. Dia dijaga dengan baik sekali.

Terasa mahu menangis pun ada dengan kebaikan Jimin. Walaupun Jimin sudah membenarkan dia menggunakan nama Jimin namun dia masih canggung.

Biarlah dia menggunakan nama Park Jaemin di sekolah. Sekurang-kurangnya tidak ada orang yang akan keliru.

Kehidupannya sudah jauh berubah. Dan dia sangat berterima kasih kepada Jimin.

Jimin sudah melakukan yang terbaik bagi menebus semula kesalahannya.

Jimin memapahnya dan membawanya ke hadapan rumah.

Dia didudukkan dan Jimin segera berlari ke bilik untuk mengambil first aid kit.

Luka itu dihembusnya perlahan.

"Jungkook? Apa khabar kau di sana? Eomma juga... Jimin menjaga saya dengan sangat baik lepas pemergian kalian,"

Ketibaan Jimin disambut dengan senyuman. Sedikit rasa bersalah timbul di hatinya. Rasa bersalah kerana menolak lamaran Jimin tempoh hari.

Jimin kelihatan baik-baik sahaja. Mungkin?

Jimin menghembus lututnya yang luka. Kapas diambil dan iodin disapu pada lututnya.

"Auch," Jaemin merengek sedikit. Pedih.

"Tahan sikit Jaemin," Jimin mengerutkan keningnya.

Sungguh dia sudah mencuba sehabis baik untuk tidak menyakiti Jaemin.

Melihatkan Jimin yang terkerut-kerut untuk tidak menyakiti dirinya.

Jaemin tertawa kecil. Walaupun matanya sudah mula berair.

Terharu dengan kebaikan Jimin. Dia bersungguh-sungguh mengotakan janjinya kepada Jungkook.

Dia juga telah menyerahkan hatinya kepada Jaemin. Meskipun Jaemin tidak menyambut perasaannya.

Sejujurnya dia teragak-agak dengan lamaran Jimin. Dia sudah memaafkan lelaki itu.

Setelah selesai Jimin meletakkan tapak tangannya di atas kepala Jaemin.

"Macammana awak boleh terjatuh tadi? Risau saya... nasiblah luka sikit je," Jimin memuncungkan mulutnya.

Jaemin senyum lagi. Kenapa kau berubah menjadi sebaik ini terhadap aku Jimin?

"Saya tersadung pasu bunga awak tadi... takde apalah... sikit je,"

"Aigoo, kesian awak terjatuh sebab pasu bunga saya... dahlah dulu saya pernah buat awak tersadung sekarang pasu bunga saya pulak," Jimin memuncungkan mulutnya.

Mendengar pernyataan Jimin membuatkan Jaemin menggigit bibir. Kenapalah dia tak tengok betul-betul. Tak pasal-pasal dia telah menambahkan rasa serba salah Jimin.

"Nanti saya buang pokok tu... nanti awak dah tak tersadung lagi, OK?" Jimin bersuara lagi.

Jaemin ketawa lagi. Lawaklah Jimin ni.

"Gumawo Jiminnie," selepas sahaja mengucapkan terima kasih Jaemin mencium sekilas bibir Jimin dan dengan pantas bangun masuk ke dalam rumah.

Tindakan Jaemin membuatkan Jimin terkejut. Terbuntang matanya dengan tindakan Jaemin itu.

Otaknya tidak dapat memproses tindakan Jaemin sebentar tadi.

Jaemin yang memerhati Jimin dari dalam rumah itu tertawa sendiri melihat reaksi Jimin.

Tipulah kalau dia tidak mempunyai apa-apa perasaan terhadap Jimin selama dia dijaga dengan penuh kasih-sayang selama hampir dua tahun ini.

🔸🔸🔸

Siapa kata derita itu akan berpanjangan?

Bukankah selepas turunnya hujan akan munculnya pelangi 😉💕

🔸🔸🔸

Maaf sekiranya terdapat kesilapan typo. Mata ni tak boleh nak nampak. 😅😅

Masa baca jumpa tapi bila dah cari tak jumpa.

Kalau rajinlah komen dekat tempat typo... senang nak betulkan.

Dengan ini cerita
If you were me
Melabuhkan tirainya.

Terima kasih kepada yang sudi membaca😉

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro