》011《
Pusara Jungkook itu diperhatikannya.
Tenanglah kau di sana Jungkook
Jimin mengeluh kecil. Sungguh di hatinya menggunung dengan perasaan serba-salah.
Kerana sikap egonya dia telah mengheret Jungkook kepada maut. Dan sekarang dia tidak tahu ke mana Jaemin menghilang.
Dia meletakkan mawar putih pada pusara Jungkook sebelum keluar dari kawasan perkuburan.
Teringat kembali pada surat yang diberikan Jungkook oleh adik Jungkook iaitu Sarang.
Annyeong!
Jimin-hyung, aku selalu berasa tak sedap hati sejak kebelakangan ni. Seolah-olah aku dapat merasakan sesuatu yang tidak baik akan berlaku nanti.
Aku ingin beritahu kau. Jaemin atau nama sebenarnya Jimin itu langsung tidak seperti yang kau sangkakan.
Dia teraniaya hyung.
Aku dah tahu semuanya.
Kau tahu? Hari dimana kita terserempak dengan dia dalam keadaan dia tercedera?
Aku nampak semuanya hyung.
Kau tahu kenapa dia tidak beritahu kita?
Semuanya sebab dia takut kau akan sakitkan hati dia dengan kata-kata. Dia tahu yang kau takkan pernah percaya pada dia.
Gadis yang kau katakan cantik dan baik adalah puncanya. Adik angkat dia si Park Aeri.
Kenapa aku beritahu kau semua ni hyung?
Sebab aku mahu kau menjaganya dengan baik. Dia dah terlalu banyak merasai kesakitan
Andai kata, apa yang dirasakan aku ini betul.
Jaga dia untuk aku hyung.
Golden Maknae,
Jeon Kookie 😉💕
Jimin mengenggamkan tangannya erat. Dia tidak nampak ke mana menghilangnya gadis itu saat ini.
Gadis itu juga tidak menghadiri upacara pengebumian Jungkook.
"Aku akan jaga gadis itu untuk kau, Jeon Jungkook,"
🔸🔸🔸
Jimin menelan air liurnya berat. Sungguh dia panik saat ini.
Matanya masih lagi fokus pada gadis yang sedang berdiri di atas rooftop itu.
Orang ramai sudah riuh rendah melihat kejadian itu. Masing-masing tidak tahu mahu melakukan apa-apa.
Mereka hanya memerhati dari jauh pihak bomba yang sedang cuba memujuk gadis itu supaya tidak membunuh diri.
"Korang buat apa lagi? Pergi carikan tilam supaya gadis ni selamat!" Jimin menjerit lagi.
Sungguh dia risau. Ini kerana yang sedang cuba untuk membunuh diri itu adalah Jaemin.
Dia sudah berjanji dengan Jungkook untuk menjaga gadis itu, namun gadis itu sekarang dalam cubaan untuk membunuh diri.
Jaemin dapat memerhati semuanya dari atas.
Dia juga dapat melihat wajah kelat dan panik milik Jimin.
Hatinya sekarang seakan sudah mati. Fikirannya teringat pada Jungkook, teringat pada ibu bapa kandungnya.
Menurut fikirannya yang berkecamuk dengan masalah sekarang, dia harus mengikut jejak langkah Jungkook dan ibu bapa kandungnya.
Apa sahaja yang dikatakan oleh bomba itu langsung tidak didengarinya.
Matanya kini fokus memandang wajah Jimin.
"Yah Park Jimin! Puaslah kau kan? Lepas ni perempuan sundal ni dah takde untuk memburukkan nama kau!" Jaemin menjerit lagi.
Jimin di bawah hanya diam. Dia tidak mampu berkata-kata. Ini semua adalah salahnya. Dia orang yang bertanggungjawab kepada semua ini.
Dia telah menyebabkan kematian Jungkook dan dia tidak akan sesekali membenarkan Jaemin membunuh dirinya sendiri.
Air matanya tumpah lagi. Dia sudah tidak mempunya kekuatan saat ini.
Melihatkan Jimin yang mendiamkan diri, Jaemin menangis sendiri.
"Eomma... appa... Jungkook, mianhaeyo," tangannya digenggam erat sebelum dia melangkah ke hadapan.
Kakinya terketar-ketar juga melihat ketinggian bangunan itu. Air liurnya diteguk perlahan.
"Cik, bertenang cik! Jangan buat macam ni, ramai orang sayangkan cik!" Encik bomba itu berkata lagi.
Dia lihat kaki si bomba itu juga terketar-ketar seperti dirinya. Dia mendecit kecil.
"Kau diam! Kau taktau apa-apa pasal aku! Semua orang yang aku sayang dah pergi!" Jaemin menjerit histeria.
Dalam kepalanya hanya menyangkan momen dia dipukul oleh ibu dan adik angkatnya, dihina oleh Jimin.
Bayangan Jungkook ditimpa kemalangan di depan mata.
"Semua orang tak sayang aku!" Jaemin menjerit lagi. Tangannya yang luka ditayangkan pada khalayak ramai.
"Kau tengok luka ni! Ni kau kata ada orang sayang aku? Aku dilayan tak ubah macam binatang!"
"Arghh!" Dia jatuh terduduk. Sungguh hatinya berasa sakit saat ini.
Siapa lagi yang akan merawatnya selepas ini. Dia mengusap perlahan tubuhnya yang penuh dengan luka dan calar balar itu.
"Kita jumpa di sana ya? Doktor Jungkook? Eomma? Appa?" Jaemin berdiri dan perlahan-lahan melangkah ke hadapan. Meskipun dia sedikit takut untuk terjun namun dia tekad.
Apalagi pilihan yang dia ada? Nafasnya ditarik sedalam-dalam yang mungkin bagi memperoleh sedikit keberanian.
Jikalau dia masih hidup pun, dia akan dilayan dengan teruk oleh keluarga angkatnya.
Matanya dipejam dan dia terus melompat turun. Suara-suara orang yang menjerit itu langsung hilang dari pendengarannya.
Dalam situasi yang cemas itu, Jimin terus meluru ke hadapan untuk menyambut tubuh gadis itu sambil hatinya berharap agar dia menyasarkan pada tempat yang betul.
🔸🔸🔸
Kenapa kau bertindak bodoh? Kau dah kecewakan semua orang!
Jaemin menggigit bibir. Sungguh lidahnya terasa kelu untuk berkata-kata.
"M... mianhae Jungkook,"
Kau patut belajar memaafkan Jaemin,
Dan bayang-bayang Jungkook semakin pudar.
Jaemin menjerit memanggil-manggil nama Jungkook.
Tubuhnya tiba-tiba terasa seperti ditarik.
Kepalanya berdenyut-denyut pening dan dunianya bagaikan berputar. Matanya dipejam erat bagi menahan kesakitan yang dialaminya.
Perlahan-lahan dia membuka matanya kembali apabila merasakan bahawa keadaan kembali tenang.
Perkara pertama yang menjamah matanya adalah pemandangan dalam sebuah wad di hospital dan juga wajah Jimin yang sedang tersenyum ke arahnya.
Jaemin mengerutkan dahinya.
Tangannya menyentuh balutan di kepala. Dia masih ingat dengan jelas bagaimana semua itu terjadi.
Yang menjadi tanda tanya ialah kenapa dan bagaimana Jimin menyelamatkannya.
"Kenapa kau selamatkan aku?" Jaemin menyoal sinis.
Matanya terpaku pada tangan Jimin yang dibalut dengan simen
Mungkin tulang tangannya retak
"Kenapa dengan tangan kau?" Jaemin bersuara lagi.
Jimin tersenyum kecil.
"Retak sikit je, tak berbaloi dengan hati kau yang dah retak aku kerjakan," Jimin menjawab.
Sungguh keretakan pada tulang tangannya seakan tidak berbaloi untuk Jaemin memaafkannya.
Dia telah menambahkan kesakitan yang dialami oleh gadis itu.
Hatinya mengeluh sendiri. Kenapalah dia terlalu buta untuk menilai?
Jaemin menggigit bibirnya. Sekarang dia merasakan tindakannya adalah sangat tidak wajar. Teringat kata-kata Jungkook padanya sebelum dia sedar tadi.
"Kenapa kau selamatkan aku? Yang dah kotorkan nama kau ni?" Jaemin mengulang kembali pertanyannya.
"Kerana kau adalah amanat aku... dan... " kata-kata Jimin terhenti.
Dia menarik nafas dalam sebelum menyambung semula kata-katanya yang terputus tadi.
"Aku cintakan kau, dan mulai harini kau akan tinggal dengan aku lepas sahaja kau discharged,"
🔸🔸🔸
"Kalau kau letakkan diri kau di tempat aku, adakah kau akan mencintai diri kau setelah apa yang kau dah buat?"
"Aku tak minta kau balas balik cinta aku, perasaan itu tak boleh dipaksa, biarlah aku yang berusaha memupukkan cinta dalam diri kau,"
"Kerana aku tahu, kalau aku berada di tempat kau juga tak mungkin aku akan memaafkan diri aku... apatah lagi untuk mencintai diri aku,"
🔸🔸🔸
_THE END_
Terima kasih kepada yang vote dan komen cerita saya.
Kini cerita saya telah tamat ke penghujungnya.
Seperti yang dijanjikan, ini adalah short story.
Cukuplah tu 11 chapter.
Maafkan kesilapan yang saya lakukan dalam cerita ini.
Maaf juga kalau tak cukup sedih atau over.
Maklumlah ini short story pertama pya yang sedih so, masih belum pandai nak buat cerita sedih.
Cerita ini diinspirasikan dari lagu
'If you were me'
Ost Hwayugi part5'
100% idea ialah daripada otak saya sendiri.
Saya harap tidak ada copycat yang membaca cerita saya 😉💕
Vomment adalah sangat dialu-alukan.
Sebarang persamaan adalah kebetulan.
Epilogue akan menyusul kemudian,
Kerana adanya prologue mestilah wujudnya epilogue.
Salam sayang,
pyaball💕
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro