》009《
Suggested song : Hold Me Tight-BTS
Or any sad song.
🔸🔸🔸
Kepala Jungkook diletakkan di ribanya. Darah yang mengalir dihiraukannya.
Air mata Jungkook yang mengalir itu diseka.
"Andwae! Jungkook! Bertahanlah Jungkook! Jungkook!" Jaemin meraung lagi.
Air matanya mengalir lebat. Matanya sudah sembab dan bengkak kerana terlalu banyak mengalirkan air mata dan sekarang air matanya tumpah lagi.
"Hh... haji... hajima... " tergagap-gagap Jungkook bersuara walaupun dia sedang dalam kesakitan.
Jaemin menggelengkan kepalanya tanda dia tidak mahu Jungkook berkata-kata. Tangan Jungkook diambil lalu diusapkan ke pipinya.
Bau darah yang hanyir milik Jungkook langsung tidak dihiraukannya.
Dari jauh Aeri yang menyaksikan peristiwa itu laju sahaja melarikan diri manakala Jimin sudah jatuh terduduk.
Sakit. Itu yang dirasakan oleh Jungkook. Nafasnya seakan tersekat-sekat di kerongkong.
Namun dia masih lagi menggunakan kudratnya untuk bersuara.
"U... ul... uljima... " suaranya tersekat-sekat menahan sakit.
"Jangan bercakap Jungkook... awak kena bertahan," Jaemin bersuara lirih.
Pandangan matanya jatuh pada Jimin yang terduduk.
"Kau tunggu apa lagi bodoh! Call ambulance lah!" Sungguh dia tidak dapat menahan kata-katanya.
Melihat Jungkook dalam keadaan begini membuatkan dia berasa lemah.
Jungkook adalah wiranya.
Jungkook adalah orang yang selalu melindunginya.
Jungkook adalah satu-satunya orang yang prihatin dengannya saat dia kesusahan.
Jungkook adalah satu-satunya lelaki yang dia cinta.
Gadis itu mencium Jungkook tanpa menghiraukan diri Jungkook yang bermandi darah.
Rasa darah yang payau dalam mulutnya diabaikan. Dia hanya mahu Jungkook terus bertahan.
"Ss... sara... saranghae... p... Park Jimin," Jungkook mengukirkan senyumnya lagi buat gadis itu. Meskipun susah buat dia untuk mengukirkan senyuman lagi.
"Nado! Nado saranghae, Jungkook," gadis itu juga tersenyum.
Meskipun air mata dan darah sudah sebati di wajahnya.
"Sampaikan maaf saya pada keluarga dan bangtan," Jungkook bersuara lagi. Nada suaranya tidak ubah seperti berbisik.
"Mm... mian... mianhae," itu adalah kata-kata Jungkook sebelum tubuhnya mulai lembik dan tidak sedarkan diri.
"Andwae!"
🔸🔸🔸
Semua orang yang rapat dengan Jungkook kini berada di hospital. Menunggu keputusan doktor tentang keadaan Jungkook.
Tidak terkecuali Jaemin yang masih menangis seorang diri di bangku hospital.
Tangannya tidak habis memukul-mukul dirinya.
Seandainya dia mengikut sahaja kehendak Jungkook, mungkin dia tidak akan diserang oleh Aeri dan Jungkook tidak akan terlibat dengan kemalangan.
Kepalanya dihantukkan pada dinding. Dia tidak akan sesekali memaafkan dirinya andai ada sesuatu yang buruk berlaku pada Jungkook.
Jimin pula masih lagi terkejut dengan kejadian ini.
Otaknya asyik memainkan babak di mana dia tidak sengaja menolak Jungkook menyebabkan Jungkook terlibat dengan kemalangan.
Tubuhnya bergetar hebat.
Matanya kemudian terpaku pada Jaemin yang sedang menghantukkan kepalanya di dinding.
Timbul rasa bersalah buat gadis itu. Kenapa dia sering menyakiti gadis itu? Apa salah gadis itu padanya?
Melihat Jaemin yang tidak henti-henti menghantukkan kepalanya pada dinding Jimin mengambil keputusan untuk mendekatinya.
"Hey, Berhenti sakitkan diri kau... aku yakin Jungkook taknak tengok kau sakitkan diri sebab dia," Jimin bersuara.
Jaemin berhenti menghantukkan kepalanya.
Matanya merenung Jimin tajam.
"Kau dah kenapa kisahkan perempuan sundal ni?" Jaemin mengetap bibir.
Dia terasa ingin merobek-robek wajah Jimin sekarang ini.
Memandang wajah Jimin membuatkan dia terasa ingin membunuh lelaki itu.
Jimin jelas terkedu dengan kata-kata Jaemin.
Dia terasa sejujurnya.
Perempuan sundal inilah yang sudi menunggu keputusan Jungkook dan masih tidak mandi dari tadi.
Sedangkan, gadis lain yang asyik merebut Jungkook tidak sudi menunggunya.
Dia benar-benar tersilap menilai gadis ini.
Hanya kerana gadis ini pernah mengotorkan namanya di senarai kesalahan, dia langsung memandang hina gadis ini.
Tidak mahu menyakiti gadis itu, Jimin menghulurkan tuala dan baju buat gadis itu.
Gadis itu nampaknya hairan dengan perlakuan Jimin.
"Mandi, aku yakin Jungkook pun nak suruh kau mandi sekarang ini," Jimin bersuara lagi.
"Anggap sahaja Jungkook yang suruh," Jimin menyeluk poketnya dan kembali duduk di kerusi.
Bungkusan yang berisi tuala dan pakaian itu ditenungnya lama.
Tidak lama kemudian dia tersenyum seketika.
Takkan dia mahu berjumpa Jungkook dengan pakaiannya yang berlumuran dengan darah?
Dia kemudian mengatur langkah berat ke bilik air.
Dalam hati dia agak bersetuju dengan kata-kata Jimin. Takkan dia mahu bertemu dengan Jungkook dalam keadaannya yang dipenuhi dengan darah Jungkook.
Pili air dibuka.
"Arkk... " dia mengerang kesakitan sebaik sahaja pancutan air mengena tubuhnya.
Rasa sakit itu dihiraukannya. Dia kemudian meratakan sabun pada tubuhnya.
Sesekali dia merengek kerana kesakitan.
Air matanya mengalir lagi seiring dengan pancuran air yang menghujani tubuhnya.
Teringat saat Jungkook merawat luka pada tubuhnya.
Saat Jungkook beria-ria mengajaknya ke bilik sakit.
Masih terngiang-ngiang betapa gembiranya Jungkook seperti anak kecil apabila lelaki itu selesai merawat lututnya.
"Yeay! Dr. Jungkook dah selamatkan pesakitnya!"
Dia kemudiannya jatuh terduduk.
"Doktor Jungkook... sakit saya belum pulih... siapa nak rawat saya kalau awak takde... " hatinya sungguh risau sekiranya Jungkook meninggalkannya.
Dia berkali-kali cuba menidakkan bahawa Jungkook akan meninggalkannya.
Jungkook akan berada dalam keadaan baik-baik sahaja. Itulah yang didoakannya di dalam hati.
🔸🔸🔸
Bertahanlah sayang, semuanya akan baik-baik sahaja.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro