》008《
"Awak sure nak balik rumah awak ni?" Jungkook menyoal.
Risau sekiranya Jaemin dipukul lagi.
Jaemin menganggukkan kepalanya. Lagipun, dia sudah tiada baju.
Dia juga tidak mahu dihina oleh Jimin. Kata-kata Jimin itu boleh membuatkan dia tidak tidur seharian.
Kata-katanya yang berbisa membuatkan dia terduduk dan tidak mampu untuk bangun lagi.
Walaupun berulang kali dia menafikannya.
Dia akhirnya akan mengalah dengan kata-kata Jimin.
Biarlah dia pulang ke rumah dan diseksa lagi. Setidak-tidaknya dia tidak akan berasa sakit hati mendengar tuduhan tidak berasas dari Jimin.
Melihatkan Jaemin yang sudah nekad itu Jungkook mengalah.
Jauh di sudut hatinya dia amat bimbang dengan apa yang bakal ditempuhi oleh Jimmy.
"Awak nak saya hantar?" Jungkook menyoal lagi.
Jaemin mengeleng.
Sekiranya dia dihantar oleh Jungkook, adiknya akan berasa marah dan mungkin dia akan dipukul lebih teruk lagi.
Jungkook mengangguk. Dia terpaksa akur dengan kehendak Jaemin. Tangannya menggenggam tangan Jaemin erat. Seolah-olah tidak mahu melepaskan tangannya.
"Walau apapun yang terjadi, saya nak awak terus kuat... jebal... jangan banyak menangis dan buktikan awak kuat... lawan orang yang buat awak terseksa... jebal... " Jungkook menarik Jaemin ke dalam dakapannya.
Air matanya mengalir lagi buat gadis bernama Jaemin ni. Dia tidak sanggup melihat gadis ini terseksa.
Secara jujurnya dia tidak tahu perasaan apa ini. Apakah sekadar rasa kasihan buat gadis itu atau ianya perasaan lain?
Pelukan itu dieratkan lagi. Kedua-duanya mengalirkan air mata.
"S... ssa... saya tak tahu nak lawan macammana kook... ss... ssaa... saya lemah sangat... tsk... tsk... " pelukannya pada Jungkook longlai.
Hampir saja dia terjatuh.
Ke mana perginya keberanian yang dahulu menjadi miliknya?
"Ss... sssa... saya tak kuat Jungkook...ss... saya tak berani melawan... " Jaemin meraung lagi.
Belakang bahu Jaemim ditepuk perlahan. Membiarkan perempuan itu meluahkan perasaannya.
"Meraunglah Jaemin, lepaskan kemarahan kau pada aku... lepaskannya!" Jerkah Jungkook lagi.
Bibirnya laju menyentuh bibir munggil milik Jaemin.
Tangannya mengusap rambut Jaemin yang sudah serabai itu.
Tindakannya jelas membuatkan Jaemin terkedu.
Air matanya masih lagi mengalir meskipun tindakan Jungkook adalah di luar jangkaannya.
"Jebal... lepaskan kemarahan kau pada aku!" Jungkook menempik kuat.
Apa semua ini Jungkook?
Bagaimana seorang gadis yang dilindungi dan dijaga dengan baik oleh kau mampu untuk melepaskan kemarahannya pada kau?
"Biarkan aku merasai sedikit kesakitan yang kau rasa Jaemin," Jungkook bersuara lirih.
Jaemin yang memerhatikan tindakan Jungkook itu hanya mendiamkan diri.
Kesakitan itu biarlah dia seorang yang merasakannya. Orang lain tidak perlu dan tidak layak disakiti.
"Mianhae, Jungkook... sakit ini hanya untuk aku," sambil tersenyum Jaemin melekapkan bibirnya pada Jungkook.
'Mianhae Jungkook, aku faham apa yang kau mahukan tapi aku berpura-pura tidak faham'
Kerana takdir penderitaan ini sudah jelas terukir pada jalan cerita seorang gadis bernama Park Jimin.
Sungguh dia berharap bahawa detik ini adalah untuk selamanya. Detik dia meluahkan perasaannya buat seorang manusia bernama Jeon Jungkook secara tersembunyi.
Ianya jelas kelihatan pada tindakan namun tidak dapat dizahirkan pada kata-kata.
Jungkook memperdalamkan lagi ciumannya. Biarlah momen itu kekal lama.
[ Mianhae, ayat aku sedikit pelik dalam chapter ini, sekiranya ditegur mungkin akan diperbaiki hekhek 😅]
🔸🔸🔸
Jaemim tersenyum kecil. Walaupun dia masih takut dengan keputusannya untuk pulang ke rumah, namun dia agak lega dan mungkin punya sedikit kekuatan untuk melawan.
Dia tidak akan menjadi gadis yang lemah lagi.
Insan bernama Jeon Jungkook telah mengajarnya apa itu erti kekuatan.
"Hey perempuan sundal! Kau pergi tidur rumah jantan mana hah!"
Langkah Jaemin terhenti.
Huh! Belum sampai ke rumah lagi perempuan bernama Aeri ini sudah mengacaunya.
"Kau tahu tak aku nak keluar dengan kawan aku harini! Disebabkan kau aku kurang cantik harini!" Aeri mendengus kasar.
Mahu saja Jaemin membalas balik kata-kata Aeri.
Mahu saja dia menjerit kepada Aeri mengatakan bahawa orang kalau tidak cantik, pakai apapun tetap tak cantik.
Namun yang keluar dari mulutnya?
"M... mia... mianhae,"
Sebuah kemaafan terhadap sebuah kezaliman.
"Bodoh! Maaf kau tak memberi kesan buat aku! Kau tengok aku pakai baju apa ni hah!" Aeri menarik rambut Jaemin.
Melihatkan Jaemin yang tidak memberikan sebarang reaksi, gadis itu menarik rambut Jaemin ke bawah.
"Jebal... app... appo!"
"Baru sekarang kau tahu rasa sakit perempuan?" Aeri bersuara lagi.
Entah kenapa secara tiba-tiba babak itu berubah.
Aeri bijak memanipulasikan keadaan dengan menjatuhkan diri sebaik sahaja menyedari kehadiran Jimin dan Jungkook.
Tindakan Aeri itu membuatkan babak itu jelihatan seperti Jaemin yang menyakiti Aeri.
Dan itu jelas membuatkan gadis bernama Jaemin itu tergamam.
Jelingan dari Jimin membuatkan dia terkedu. Tidak terkecuali pandangan hairan dari seorang Jungkook.
Oh tidak! Ini tidak sepatutnya berlaku.
"Apa yang kau dah buat dekat model sekolah kita ni hah! Sundal!"
Tanpa sebarang penjelasan dia diserang.
Tanpa sempat dia mempertahankan diri dia dilemparkan dengan tuduhan.
Senyuman diukir buat Jungkook dan Jimin. Tidak terkecuali buat adik angkatnya yang lahanat iaitu Aeri.
Dia sudah penat. Dia sudah lama dihamburkan dengan makian dan pukulan. Dia sudah kebal.
Walaupun secara zahirnya dia berasa sakit namun, hatinya telah merelakan kezaliman itu.
'Maaf Jungkook, aku memang tidak mampu melawan,'
Senyuman pahit itu mengendur kembali. Pahitnya menelan sebuah tuduhan.
"Aku memang jahat! Aku jahat sangat! Aku jahat!" Jaemin meraung perkataan itu berulang kali.
"Aku perempuan sundal! Aku hina! Bodoh! Apalagi kau nak kata hah!"
Jelas mereka semua terkedu dengan tindakan Jaemin.
Tangannya terketar-ketar. Ini adalah kemuncak kemarahannya yang selama ini disimpan.
Izinkan tangannya menampar pipi seorang lelaki yang berulang kali menyakitinya dengan kata-kata.
Langkahnya mendekat dan...
Pang!
Sebuah tamparan yang terkandung seribu kemarahan telah selamat mendarat di pipi Jimin.
"Aku tampar kau! Perempuan sundal ni tampar kau!" Nafasnya termengah-mengah.
Kini laju tangannya ingin menampar wajah adik angkatnya.
Namun dihalang oleh Jungkook.
Kenapa?
"Hh... hajima,"
Serentak itu Jaemin jatuh terduduk.
"Argh! Argh!" Jaemin meraung lagi.
Sungguh hatinya sakit.
Air matanya semakin lebat. Kenapa dia diseksa lagi.
"B... bb... berani kau tampar aku sundal!" Jimin menempik.
Tempikannya langsung tidak menggugat keberanian Jaemin.
Gadis itu hanya menghiraukannya dan menangis umpama tiada apa yang berlaku.
Laju sahaja kaki Jimin ingin menendang gadis yang sudah seperti orang gila ini.
Jungkook yang dapat meneka tindakan Jimin itu menghalangnya.
"Ke tepi Jungkook!" Tangannya menolak Jungkook kasar.
Tolakan Jimin itu menyebabkan Jungkook tergolek ke jalan raya.
Maklumlah drama itu sedang berlaku di depan pintu pagar sekolah.
Secara tiba-tiba kedengaran sebuah bunyi hon dari sebuah treler.
Mungkin terkejut dengan kehadiran seorang lelaki yang secara tiba-tiba tergolek di jalan raya.
Bunyi hon itu bergema dan di depan mata Jaemin sendiri tubuh Jungkook terpelanting jauh.
Masa seakan terhenti dan raungan gadis itu seakan bergema di seluruh dunia.
"Jungkook!"
🔸🔸🔸
Jangan selalu menangis kerana aku sudah tiada untuk menyeka air mata itu.
🔸🔸🔸
Aku rasa ayat aku lawaklah dalam chapter ni 😂😂😂
Cerita ini sudab menghampiri penamatnya gaiss...
Maafkan segala kesilapan yang pya buat dalam chapter ini.
Salam sayang,
pyaball💕
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro