Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

》007《


Pagi itu Jungkook membonceng Jaemin ke sekolah.

Sudah berkali-kali Jaemin menolak pelawaan Jungkook kerana bimbang dia akan diserang oleh peminat-peminat Jungkook.

Namun desakan Jungkook membuatkan dia terpaksa pergi ke sekolah dengan Jungkook.

Tepat seperti yang dijangkakannya. Ketibaan mereka di sekolah itu menjadi tumpuan.

Pastinya kerana perempuan hina yang bernama Park Jimin atau lebih dikenali sebagai Park Jaemin sekarang ini sedang berjalan ke sekolah bersama-sama.

Perempuan hina ini juga yang membonceng motosikal Jeon Jungkook. Tempat duduk yang menjadi idaman oleh pelajar perempuan sekolah ini.

Jimin adalah orang pertama yang mendekati mereka dan menyapa mereka berdua.

Lebih tepat lagi, dia ingin memberikan sapaan istimewa kepada Jaemin.

"Seronok bonceng motosikal dengan hot guy huh? Perempuan murah?"

Kata-kata Jimin itu jelas sekali membuatkan Jaemin tersentap.

Dia malas mahu membalas kata-kata Jimin jadi dia hanya mengabaikannya dan terus berjalan ke kelas.

Jungkook juga terus meletakkan helmetnya dan berjalan ke kelas menghiraukan Jimin.

Jimin yang menyedari dirinya dipalau itu hanya mendecit.

'Sentaplah tu... aku cakap benda betul,' desis hatinya sendiri.

🔸🔸🔸

"Hoi betina! Kenapa kau dekat dengan Jungkook hah!"

Jaemin terkejut.

Perjalanannya ke kelas terbantut gara-gara halangan daripada pelajar perempuan yang cemburu dengannya.

Dia tidak boleh meneruskan perjalanannya. Rambutnya ditarik secara tiba-tiba membuatkan dia meraung kesakitan.

"Jangan dekat dengan Jungkook aku..." percakapan gadis itu dipotong oleh seseorang.

Dan ianya adalah Jungkook.

"Bila masa aku ni hak milik kau betina?" Jungkook menyoal kasar.

Kini rambut gadis itu ditariknya.

"Argg... argg... Jungkook... m... mia... mian... " tersekat-sekat perempuan itu merayu.

Jungkook melepaskan rambut gadis itu.

"Kau dengar sini, bagitahu semua perempuan sial kat luar sana yang sibuk nak mengaku aku ni hak milik diorang yang once diorang sentuh yeoja nama Park Jimin ni... aku tak janji kau boleh tahan lama dekat sekolah ni... faham?" Jungkook menjentik kepala gadis itu lalu menarik Jaemin ke dalam dakapannya.

Bengang betul dengan perempuan tak sedar diri ni.

"Are you okay Jaemin?" Jungkook menyoal prihatin.

Tangannya merapikan rambut Jaemin yang serabai akibat ditarik oleh yeoja gangster sebentar tadi.

"Aigoo~ serabai dah rambut yeochin saya," Jungkook memuncungkan mulutnya.

"Yah! Sejak bila pula saya jadi yeochin awak hah?" Jaemin menyoal kasar.

"Sejak awak tidur di rumah saya," Jungkook tersengih lagi.

Jaemin malas mahu melayan kerenah Jungkook. Tidak tahu bagaimana mahu membalas.

Melihatkan Jaemin yang terdiam itu membuatkan Jungkook tertawa.

Kenapa ada manusia sanggup menyeksa gadis secomel awak Jaemin?

'Selagi saya masih bernafas, saya akan berusaha untuk melindungi awak,' desis hatinya sendiri.

Pelajaran dimulakan apabila semua orang telah masuk ke dalam kelas dan Saem Chen memulakan kelasnya.

🔸🔸🔸

Apa yang akan berlaku bila saya dah tiada untuk melindungi awak?

Saya harap awak terus kuat.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro