》006《
Darah yang mengalir dari tubuh gadis itu membuatkan dia terdiam seribu bahasa.
Apa yang sebenarnya telah terjadi kepada gadis ini.
Jimin menggigit bibir.
Kasihan melihat gadis itu terketar-ketar memeluk kakinya untuk meminta perlindungan.
Dia menyentuh tangan gadis itu untuk menariknya supaya berdiri.
"Argh! J... jja... jangan sakiti saya jebal," Jaemin merayu.
Sungguh kulitnya sangat sensitif sekarang ini.
Libasan rotan buluh itu menyebabkan seluruh bahagian tubuhnya berbirat dan calar.
Hanya bahagian wajah sahaja yang masih elok. Kulitnya yang lain semuanya calar-balar dan lebam.
Jungkook yang menyaksikan keadaan gadis itu sangat terkejut.
"Jimin-ahh! Bawak dia pergi rumah kau,aku nak call bangtan yang lain... kita cancel," Jungkook mencempung tubuh Jaemin dan diletakkan dalam kereta Jimin.
"Aku bawa moto, nanti dia sakit... palli hyung! Kita kena rawat dia!" Jungkook segera bergerak ke motosikal berkuasa tinggi miliknya.
Cemas.
Manusia kejam mana yang mendera Jaemin seperti binatang?
🔸🔸🔸
"Siapa yang buat kau macamni Jaemin?" Soal Jungkook serius.
Dari tadi mereka bertanyakan soalan yang sama namun jawapan dari Jaemin masih sama.
Hanya gelengan dan tangisan.
"Hey! Jungkook dah tanya tu kau tak reti nak jawab ke? " Jimin sudah mula naik rimas melihat air mata perempuan ini.
Jungkook menggelengkan kepalanya pada Jimin tanda dia tidak suka dengan cara percakapan Jimin.
Tubuh Jaemin diselimutkannya.
"Aku hantar kau balik rumah... nae?" Jungkook menyoal lagi.
Mendengar perkataan rumah itu membuatkan Jaemin terketar-ketar. Air matanya mengalir lagi.
Dia tidak mahu pulang ke rumah. Dia tidak mahu dirinya dihukum lagi.
Dia baru sahaja dirawat oleh Jungkook, takkan dia mahu mencederakan tubuhnya lagi.
"Aa... ann... andwae... saya taknak balik... jebal... saya taknak... " makin lebat tangisannya.
"Kau nak jadi perempuan murah ke tidur rumah jantan hah! Kau ni memang tak tahu malu! Orang dah rawat kau, kau taknak balik pula!" Jimin menjerkah lagi.
Sungguh dia bingung dan marah. Kenapa mengada-ngada sangat perempuan bernama Jaemin ni?
Melihatkan situasi yang tegang dan tangisan Jaemin yang makin lebat itu membuatkan Jungkook mengambil keputusan untuk membawa Jaemin ke rumahnya.
"Jaemin nak tidur rumah saya?" Jungkook menyoal lagi.
"Jungkook!" Jimin menjerkah lagi. Dia tidak mahu perempuan kotor itu merosakkan nama baik Jungkook pula.
Jungkook menghiraukan Jimin dan membawa Jaemin ke motosikalnya.
"Hyung, aku rasa dia kena dera dengan keluarga dia... sebabtu dia taknak balik... kau duduklah kat sini tenangkan diri kau... biar hilang baran kau... " Jungkook berkata sebelum meninggalkan perkarangan rumah Jimin.
Jimin jelas terkedu dengan kata-kata Jungkook. Kenapa dia tidak berfikir? Kenapa dia terlalu marah pada gadis itu? Sejak bila dia bersifat baran ni?
Entahlah, bagi Jimin gadis itu telah mengotorkan namanya kerana kerap datang lewat ke sekolah dan sering tidak menyiapkan kerja sekolah.
Jadi perasaan benci buat gadis itu semakin menebal.
Dia menutup pintu pagar rumahnya dan membiarkan sahaja persoalan itu bermain di fikirannya.
Perempuan itu tidak penting dalam hidupnya.
🔸🔸🔸
"Nah... makan bubur ni," Jungkook menghulurkan mangkuk yang berisi dengan bubur ayam kepada Jaemin.
Jaemin disuruh tidur dalam bilik bersama dengan adiknya Jeon Sarang.
Jaemin makan bubur itu dengan berselera sekali.
Sedap sangat. Dah lama dia tidak makan bubur. Serta-merta dia teringat pada mendiang ibunya.
Sewaktu dia masih kecil, apabila dia sakit ibunya selalu memasakkan bubur buatnya. Setelah kematian ibunya, dia dijaga oleh keluarga angkatnya dengan baik sampailah ayah angkatnya terlibat dengan kemalangan.
"Unnie? Sapa yang buat unnie sampai macam ni sekali? Meh sini Sarang pukul dia," Sarang mula mengeluarkan suaranya.
Jaemin hanya tersenyum. Terhibur dengan telatah comel Sarang.
Terasa bahagia sebentar berada di rumah Keluarga Jeon ini.
"Takde sapa Sarang, Unnie memang ditakdirkan untuk dipukul," Jaemin bersuara lirih.
Dia seakan sudah pasrah dengan nasibnya.
"Takde sapa yang patut diperlakukan begini Jaemin," pintu bilik Sarang dibuka.
Wajah Jungkook serius.
"Kau patut bagitahu aku apa yang dah berlaku sebenarnya, sebagai balasan aku selamatkan kau,"
Jaemin memandang wajah Jungkook. Jungkook mungkin tidak akan percaya kata-katanya.
Siapalah akan percaya Park Aeri ahli Amethyst yang paling baik dalam sekolah adalah dalang terhadap kecederaan dan kelewatannya ke sekolah setiap hari.
"Ss... saya... saya... " Jaemin terdiam.
Takkan dia mahu beritahu sebab utamanya adalah Jungkook dan Bangtan.
Adiknya cemburu dia dibawa ke meja Bangtan dan adiknya mengadu pada eomma.
"Awak kena beritahu saya sebab apa awak dipukul oleh eomma awak dan sebab apa yeoja bedebah nama Aeri tu tendang awak!" Jungkook meninggikan sedikit suaranya.
Dia betul-betul serius.
Dia nampak Jaemin dipukul dan dilibas dengan rotan sewaktu dia menunggu Jaemin sampai tadi.
Dia mendengar suara rintihan merayu dan tanpa ragu-ragu dia memanjat pagar untuk memerhatikan apa yang berlaku.
"Aku... aku nampak semuanya Jaemin... jebal... bagitahu aku apa yang sebenarnya sedang berlaku... jebal... " air matanya mengalir.
Melihatkan reaksi Jaemin yang jelas terkedu itu, Jungkook menyambung kata-katanya.
"Aeri tak suka kau dekat dengan aku? Dia cerita benda bohong pada eomma kau?" Jungkook menebak lagi.
Hatinya dipagut rasa bersalah. Tindakannya membuatkan Jaemin didera sebegini dan dia tidak dapat berbuat apa-apa dan hanya mampu melihat dari jauh saja.
Melihatkan Jaemin berlari keluar dari rumahnya, Jungkook mengambil keputusan untuk mencarinya.
Kehadiran Park Aeri bertanyakan tentang Jaemin membuatkan dia sedar apa sebenarnya yang sedang berlaku.
Jungkook menggenggam tangannya. Mujurlah dia mampu bersabar dan berlakon dengan baik apabila Aeri menegurnya sebentar tadi.
Melihatkan Jaemin yang masih lagi terkedu, Jungkook mendekatkan dirinya pada Jaemin.
Matanya kemudia tertumpu pada adiknya Jeon Sarang. Dia tidak dapat membayangkan sekiranya adik dia berada dalam situasi tersebut.
Melihatkan Jaemin yang kelihatan tenang dan terhibur dengan telatah Sarang membuatkan dia berasa sedikit lega.
Sekurang-kurangnya dia telah menggembirakan Sarang.
"Sarang, ni unnie kamu... jaga dia baik-baik masa oppa takde," Jungkook mengelus lembut rambut Sarang.
Sarang hanya mengangguk comel.
Jungkook mengusap pipi Jaemin sebelum melangkah keluar dari bilik Sarang.
Dia tidak perlu jawapan dari Jaemin. Dia sudah dapat meneka sinetron yang sedang berlaku dalam keluarga Jaemin.
🔸🔸🔸
Apa yang aku dah buat?
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro