》004《
Hati ini benar-benar sakit. Air mata mula mengalir.
Kenapa?
Kenapa semudah itu dia kalah dengan kata-kata?
Jaemin menggigit bibirnya. Dia tidak sepatutnya menangis. Dia tidak boleh nampak lemah. Dia ditakdirkan untuk menjadi seorang gadis yang kuat.
Dia masih teringat pesanan ibu kandungnya bahawa dia perlu menjadi seorang gadis yang kuat.
"Jaemin? Kau okay?" Suara Jungkook yang baru sahaja tiba di kelas itu diabaikannya.
Dia hanya tersenyum. Bagaimana dia boleh terlupa nama Jungkook juga termasuk dalam senarai ahli Bangtan merangkap kawan baik Jimin.
"Aku okay... aku tak terkesan pun dengan kata-kata," mulutnya mengukir senyum.
Jungkook hanya mengangguk. Walaupun dia tahu yang gadis itu berbohong.
Biarlah gadis itu berbohong.
"Aku ada belikan makanan dekat kau... makanlah," tangannya meletakkan roti di atas meja gadis itu.
Melihatkan reaksi Jaemin yang seakan mahu menolak pemberiannya Jungkook menambah.
"Aipp... pemberian aku tidak boleh ditolak... kau kena makan sekarang juga... atau... "Jungkook membiarkan ayatnya tergantung.
"Atau?" Jaemin menyoal.
"Atau aku sebarkan rumor yang mengatakan kita dah official... " Jungkook tersenyum.
Oh... janganlah menyeksa ruang hati Jaemin wahai Jungkook.
Dia tidak mahu diseksa oleh peminat-peminat Jungkook. Juga dia tidak mahu diseksa oleh Jimin.
Melihatkan Jungkook yang seakan serius dengan kata-katanya membuatkan Jaemin seakan tiada pilihan.
Bungkusan roti itu dibuka dan dimakannya di hadapan Jungkook.
Tindakan Jaemin membuatkan Jungkook tersenyum. Tangannya mengusap perlahan kepala Jaemin. Tidak mahu menyerabaikan rambut gadis itu.
"Good girl,"
"Baru tahu ke?" Jaemin menyoal.
Soalan Jaemin itu membuatkan Jungkook tertawa kecil. Comel.
Nampaknya gadis itu berjaya melupakan sejenak kata-kata Jimin yang sangat berbisa sebentar tadi.
Melihatkan Jaemin yang berselera makan dengan roti pemberiannya membuatkan Jungkook tertanya-tanya.
Perempuan ni makan dia macam jarang makan.
Sambil memerhatikan Jaemin, Jungkook tertanya-tanya sendiri. Apa sebenarnya yang dilalui oleh gadis ini.
🔸🔸🔸
"Argh! Eomma! Appo! Eomma!" Jeritannya sama sekali tak dihiraukan.
"Aku hantar kau ke sekolah untuk belajar bukannya untuk menggatal!" Buluh rotan yang digantung itu dicapai.
Wanita tua yang berusia dalam 50-an itu melibas anak perempuannya sekuat hati.
Geram.
Jaemin meraung kesakitan.
"Eomma! Mianhae eomma... appo!" Jaemin merayu lagi.
Tubuhnya menggigil bagaikan terkena renjatan eletrik. Libasan buluh itu terlalu kuat sampaikan dia tidak boleh buat apa-apa.
Setiap pergerakannya menyakitkan. Darah mengalir di atas lantai.
"Eomma! Dahlah... Jimin unnie dah sakit sangat tu... kesian tu eomma," dia si anak kandung wanita itu merayu.
Park Aeri. Itulah nama adik angkatnya. Dia sangat yakin dan pasti adiknya yang mengadu pada eomma angkatnya.
Mendengarkan rayuan anak gadisnya membuatkan wanita itu berhenti melibas Jaemin dengan rotan buluh.
"Kau berterima kasihlah dekat Aeri yang baik hati ni huh! Kalau ikutkan hati aku, nak je aku libas kau sampai mati kat sini!" Wanita itu melempar batang buluh itu dengan kuat ke atas Jaemin membuatkan gadis itu mengerang lagi.
Sakit di tubuhnya belum hilang, dia terkena pula balingan yang sangat kuat dari ibu angkatnya.
Melihatkan wanita itu beredar ke bilik, Aeri pantas mendekatkan dirinya kepada Jaemin.
"Eyy sundal! Jangan sesekali kau dekatkan diri dengan BTS! Ingat tu! Kalau tak... " Aeri menendang tubuh Jaemin sekuat hati membuatkan gadis itu meraung lagi.
"Terutamanya Jungkook aku. Huh! " Aeri menghadiahkan tendangan terakhir sebelum melangkah pergi ke biliknya.
Tidak lama kemudian dia berpatah balik.
"Bersihkan darah kau yang jijik dekat lantai ini sengal! Lepastu jangan lupa basuh baju aku. Jangan rosakkannya!" Dan dia terus melangkah pergi ke biliknya.
Dan Jaemin dibiarkan bersendirian di ruang tamu itu sambil menahan tangisnya.
Ingin sekali dia meraung mengatakan yang dia teramat sakit sekarang ini.
Mengapa dia diperlakukan seperti binatang? Sememangnya orang seperti dia tak layak dilahirkan ke dunia ini?
Perlahan-lahan dia bangun. Langkahnya perlahan.
Sungguh dia sakit. Setiap pergerakannya bagaikan pisau yang terhunus di kaki dan menyiat-nyiat kulitnya.
Dia menangis perlahan. Tidak mahu mengeluarkan sebarang bunyi.
Dia cuba mengangkat baldinya namun baldi yang berat itu umpama mengoyakkan lagi kulitnya.
Kulitnya sudah terlalu lembik seakan-akan boleh terkoyak bila-bila masa sahaja dan dia tidak mampu untuk melakukan sebarang kerja berat.
Dia mengalirkan air matanya. Sakit. Pedih. Sekiranya dia tidak mencuci lukanya dia akan dihukum dan dipukul sekali lagi.
Cukuplah, dia tidak tahan.
Dia berjalan berjengket-jengket ke arah pintu lalu menyarung seliparnya.
Dia takut.
Takut sekiranya dipukul. Dia perlu melarikan diri dan bersembunyi sehingga dia lega dari kesakitan ini.
Walaupun langkahnya terhincut-hincut gara-gara menahan sakit, namun digagahkan juga kakinya untuk berlari.
Lebih malang nasibnya sekiranya dia dijumpai oleh eomma atau Aeri.
Dia akan didera dan lukanya akan bertambah teruk.
Darah yang mengalir akibat lukanya yang mengalir membuatkan orang lain memandang pelik ke arahnya.
Dia langsung tidak menghiraukan pandangan itu.
Fokusnya adalah untuk berlari sejauh mungkin daripada eomma dan Aeri.
Secara tidak sengaja dia terlanggar seseorang dan terjatuh.
"Arg... argh... ss... ssakit," Jaemin merintih kesakitan.
Luka-luka dan lebamnya akibat dipukul dan ditambah dengan dirinya yang terjatuh bagaikan menambahkan lagi segala kesakitan yang ada.
"J... jae... Jaemin?"
"Jebal... aa... appo... ja... jangan sakitkan aku... jebal... " dan Jaemin menangis lagi.
Sungguh dia sangat sakit.
Air matanya yang mengalir membuatkan dia tidak nampak siapa yang dilanggarnya.
Namun tangannya terketar-ketar memegang kaki orang yang dilanggar itu.
Mengharapkan orang itu tidak akan menambah kesakitannya.
🔸🔸🔸
Kenapa sampai begini sekali seksaan kau? Kenapa kau tak beritahu aku?
Jeongmal Mianhae... 😢
🔸🔸🔸
nabati_0412 😇🙆💕
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro