》003《
Melihatkan raut wajah kacak milik lelaki itu membuatkan dia mengigit bibir.
Sekiranya dia digendong oleh lelaki itu pasti dia akan dicemuh oleh peminat-peminat lelaki itu.
Dia tersadung gara-gara kaki si Jimin juga menjadi tumpuan apatah lagi sekiranya digendong oleh lelaki kacak bernama Jungkook ini.
Dia akhirnya mengangguk menandakan yang dia bersetuju.
"Great choice," tangan lelaki itu menyerabaikan rambut si gadis.
Sambil tersenyum, lelaki bernama Jungkook itu menghulurkan tangannya.
Huluran itu disambut oleh Jaemin dan mereka terus ke bilik sakit.
Dan Jimin, hanya memerhatikan mereka berdua dengan pandangan yang jijik.
"Huh, sundal rupanya perempuan ni... menggatal dengan kawan aku... "
Tangannya mengepal penumbuk.
"Aku takkan benarkan perempuan kotor macam kau dekat dengan kawan aku,"
🔸🔸🔸
Stokin Jaemin yang panjang itu dilurutkan ke bawah dengan berhati-hati.
Alangkahnya terkejutnya si Jungkook melihat luka dan lebam pada lutut gadis itu.
"Yah! Takkan kau kena tolak sampai luka macamni sekali?" Jungkook menyoal serius.
Jaemin mengetapkan bibirnya. Dia tidak akan sesekali memberitahu apa yang sebenarnya berlaku.
Tindakan itu hanya akan menyusahkannya kelak.
"Aku... erm... mungkin Jimin tak perasan... " tergagap-gagap gadis itu cuba mencari alasan.
Jelas sekali bahawa dia menipu. Jungkook tersenyum kecil.
Bukan mudah untuk menipu seorang Jungkook.
"Kau taknak bagitahu aku? Jimin sakitkan kau selamani?" Suaranya dinaikkan sedikit berpura-pura menunjukkan yang dia bakal memarahi Jimin.
Dia tahu Jimin takkan memukul seorang yeoja seteruk ini, sengaja dia ingin menduga gadis di hadapannya ini.
"Aa... an... ani... Jimin tak buat apa-apa... er... saya.... saya kena... "
Melihatkan reaksi Jaemin yang kalut itu membuatkan Jungkook berdecit perlahan.
Gadis itu tidak akan sesekali memberitahunya.
Nampaknya dia perlu mencari tahu sendiri kenapa sampai seteruk ini luka gadis itu.
"Hmm... tak payahlah bagitahu... aku taknak ambil tahu pun... sini aku sapukan ubat dekat lutut kau," tangannya perlahan-lahan menyapu iodin pada lutut gadis itu.
Setelah selesai Jungkook menepuk kedua-dua tangannya.
Tindakannya membuatkan Jaemin memandangnya pelik.
"Yeay! Dr. Jungkook dah berjaya selamatkan pesakitnya!" Dia kemudiannya memegang tangan Jaemin dan membuat gaya tepuk tangan.
"Yeay! Dr Jungkook dah selamatkan Jaemin!"
Kedua-dua mereka tertawa.
Aigoo~ Kiyowo 😍
Hampir sahaja gadis itu ternganga. Mana tidaknya, baru sebentar tadi dia kelihatan seperti jejaka idaman dan secara tiba-tiba dia berkelakuan seperti kanak-kanak.
"Gumawo, Jungkook-ssi selamatkan lutut saya,"
Jungkook tersenyum. Nampaknya dia perlu melindungi gadis ini dari amarah Jimin.
Melihatkan tindakan Jimin di kelas tadi membuatkan dia yakin bahawa gadis ini adalah gadis yang diceritakan oleh Jimin.
Gadis yang mempunyai nama yang sama dengan Jimin dan kononnya telah mencemarkan nama baiknya dalam rekod kesalahan.
Jimin masih belum matang agaknya.
💩
Sanggup dia sakitkan perempuan secomel itu hanya kerana perempuan itu datang lewat dan membuat kesalahan di sekolah.
Jungkook menggeleng perlahan. Tingkah Jaemin diperhatikan. Ada sesuatu yang perlu dia tahu tentang luka dan lebam di lutut gadis itu.
"Jungkook? Sekarang ni pukul berapa?" Jaemin menyoal.
Jungkook memandang jam di tangannya sekilas.
Ouh... sudah masuk waktu rehat.
Jungkook menarik pergelangan tangan gadis itu dan membawanya menuju ke kantin.
Kakinya segera melangkah ke meja milik Bangtan Boys.
Pandangan Jimin yang tajam itu dihiraukan. Reaksi Jaemin yang jelas kelihatan tidak selesa itu juga diabaikannya.
Tidak dilupakan juga, bisikan-bisikan yang penuh dengan nada cemburu oleh pelajar-pelajar perempuan di sekolah itu.
Mana tidaknya, bukan calang-calang gadis boleh duduk bersama dengan geng BTS pada waktu rehat.
Buat masa sekarang hanya yeojachingu Hoseok sahaja yang duduk rehat bersama mereka.
Pastinya kehadiran perempuan bernama Park Jaemin atau nama sebenarnya Park Jimin ke meja BTS menimbulkan ketidakpuasan hati semua pelajar-pelajar perempuan di situ.
Jaemin pantas sahaja merentap tangannya dari tangan Jungkook.
Oh... Jungkook juga ahli BTS? Itulah yang bermain di fikiran Jaemin saat itu.
Jaemin kelihatan terkejut. Sungguh dia terlupa bahawa lelaki ini merupakan ahli BTS.
"Takpa... Jungkook... saya tak makan waktu rehat... saya pergi dulu... " pantas sahaja kakinya mengatur langkah untuk kembali ke kelas.
Dia juga perasan akan jelingan tajam dari adik angkatnya yang bersekolah di situ.
Habislah dia...
Jimin mengukir senyum sinis.
"Hey dwaeji! berani kau buat Jungkook aku macam tu? Kau tu dahlah tak lawa, tak payahlah nak berdiet-diet bagai, " melihatkan Jaemin yang masih lagi berdiam Jimin menyambung kata-katanya.
"Kau tu dah murah, tak payah nak jual mahal, and Jungkook are you kidding me? Bawa perempuan murah ni ke meja Bangtan?"
Jaemin menggigit bibir. Jelas dia sakit hati dengan kata-kata Jimin.
Jungkook pula hanya mampu terdiam. Melihatkan Jaemin yang melangkah pergi membuatkan Jungkook mengeluh.
Dia tersilap percaturan.
"Hyung... dia tak murah hyung... kau siapa nak kata dia murah?" Pantas sahaja Jungkook mengejar langkah Jaemin yang semakin menjauh.
Kata-kata Jungkook membuatkan Jimin terdiam. Siapa dia hendak menghina perempuan itu?
Namun persoalan itu terus ditepis olehnya jauh-jauh. Gadis itu adalah orang yang memulakan masalah ini menurut kata hatinya.
Semua ahli Bangtan hanya mendiamkan diri. Tidak tahu mahu memberikan reaksi yang bagaimana.
Bagi mereka, seeloknya mereka tidak mencampuri urusan Jimin dan Jungkook.
🔸🔸🔸
Andai sahaja masa ini boleh diputarkan, aku tidak akan sesekali menyakiti kau dengan kata-kata.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro