》002《
Pandangannya meliar memerhati wajah setiap orang yang berada di kelas itu.
Peperiksaan secara mengejut hari itu membuatkan dia dinaikkan ke kelas Alpha.
Pandangannya terhenti pada seorang lelaki yang sedang merenungnya tajam.
'Malangnya nasib aku... kenapa aku sekelas dengan pembuli aku sendiri?' Hatinya bermonolog sendiri.
Walaupun gugup, digagahkan juga dirinya untuk tersenyum.
"Annyeong! Park Jimin imnida... " kini semua pandangan tertumpu ke arahnya.
Terutamanya renungan yang membunuh dari lelaki itu.
Pastinya kerana dia telah salah memperkenalkan diri
Aduh... bagaimana dia boleh lupa bahawa di sekolah ini namanya bukan lagi Park Jimin kerana nama itu milik ahli Bangtan Boys yang merupakan Kingka di sekolah ini.
Dia mengetap bibir. Lupa pula yang dia sekarang sama kelas dengan lelaki itu.
"A... an... aniya- Park Jaemin imnida," bibirnya digigit perlahan. Sungguh dia risau sekiranya dia disakiti oleh lelaki itu.
Dia perlu menunjukkan rekod yang baik supaya dia dapat kekal berada dalam kelas itu.
Menyedari hakikat yang lelaki itu berada di kelas yang sama membuatkan dia membatalkan niatnya untuk kekal berada di dalam kelas ini.
"Park Jaemin? Kamu boleh duduk di sebelah Jeon Jungkook," arah Mrs. Black.
Melihat aku yang masih terpinga-pinga, Mrs. Black menjungkitkan keningnya.
"Ah... Jeon Jungkook! Angkat tangan kamu, yeoja ini tak kenal kamu!"
Melihatkan tiada respon dari sesiapa Mrs. Black menguatkan lagi suaranya.
"Jeon Jungkook!" Suara Mrs. Black yang bagaikan halilintar itu berjaya mengejutkan seorang Jungkook yang sedang enak tertidur.
Dengan paniknya dia berdiri dan mengangkat tangannya.
"Nae songsaenim!"
Tindakan Jungkook itu mengundang tawa seluruh kelas Alpha.
"Kamu tidur masa saya sedang bercakap?" Mrs. Black menguatkan suaranya.
Jungkook menggaru kepalanya yang tidak gatal sambil tersenyum janggal.
Malu kerana dia diketawakan oleh rakan sekelas.
"Park Jaemin, kamu boleh duduk sekarang," kata Mrs. Black sebelum dia melangkahkan kakinya keluar.
"Buat malu kelas Alpha lahh kau ni! Dasar anak Jeon! Boo-!"
"Kamu tidur masa saya bercakap Jungkook?"
"Jungkook? Kamu tidur masa saya bercakap?"
Kelas Alpha kini riuh dengan suara-suara pelajar kelasnya yang sibuk mengejek Mrs. Black dan mentertawakan Jungkook.
Gadis itu mula bergerak ke tempat duduknya.
Akibat tidak perasan dengan kaki lelaki yang sedang menghadangnya, dia tersadung dan jatuh.
Kini semua berhenti mengejek Jungkook dan memandangnya.
"Argh... iskk... " gadis itu mengerang kesakitan.
Lututnya lebam akibat dipukul oleh eommanya semalam.
Lebam dan luka itu tidak dapat disentuh kerana terlalu sakit.
Disebabkan dia tersadung hari ini, dia teramat yakin yang lebam di lututnya bertambah teruk.
Dia bangun dan berjalan dengan terhincut-hincut.
"Macammana kau boleh masuk dalam kelas ni? Malang betul nasib aku sebab kau masuk kelas ni," kata-kata lelaki itu membuatkan gadis itu tersentap.
Dia sendiri tidak mahu masuk ke dalam kelas ni bila dapat tahu yang dia sekelas dengan Park Jimin.
Telinganya menjadi pedih bila mendengar bisikan-bisikan yang mula mengutuk dirinya.
"Mengada-ngadalah yeoja tu... Jimin oppa tak sengaja halang jalan dia sikit je dah jalan macam orang cacat,"
"Dia sengaja nak raih perhatian Jimin oppa tu,"
"Sakit sikit je dah nak nangis,"
Gadis itu mengabaikan apa yang dikutuk oleh pelajar lain dan terus duduk di tempatnya.
"Gwenchana?" Jungkook bertanya.
Gadis itu hanya mengangguk menandakan yang dia okay.
Jungkook mengerutkan keningnya. Raut wajah yang ditunjukkan oleh gadis itu jelas menunjukkan yang dia sakit.
Tangannya gatal menyentuh lutut gadis itu yang dibalut dengan stokin.
"Arghh! "
Pantas Jungkook mengalihkan tangannya. Jelas kelihatan gadis itu mengerutkan dahinya menahan sakit.
"Kau tak okay. Sini aku bawa kau ke bilik sakit." Jungkook bersuara.
Gadis itu hanya menggelengkan kepalanya.
"Aku okay,"
"Sebelum aku gendong kau ke bilik sakit, baik kau setuju je nak ikut aku ke bilik sakit," Jungkook menyoal serius.
Dia memandang gadis itu sambil keningnya dinaikkan.
Menunggu jawapan dari gadis itu.
🔸🔸🔸
Aku bersyukur menjadi orang yang terbaik di sisi kau.
🔸🔸🔸
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro