Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

18

"Hyung nak tumpang!" Mark dan Lucas menjerit memanggil Sicheng yang hampir masuk ke dalam kereta itu. Sicheng berpaling kearah dua orang lelaki yang sedang tergopoh-gapah memakai kasut.

Sicheng hanya mengangguk dan terus masuk ke tempat duduk pemandu sementara menunggu mereka berdua masuk ke dalam kereta. Enjin kereta dihidupkan.

"Jom hyung." Sicheng memandu keluar daripada kawasan rumah setelah Lucas dan Mark sudah masuk ke dalam kereta.

Dia tidak membuka radio memandangkan Lucas dan Mark sedang rancak berbual. Dia pun tidak tahu tentang apa yang mereka bualkan. Fikirannya tidak dapat fokus.

Bunyi gelak tawa daripada Mark kedengaran apabila Lucas membuat lawaknya tetapi tidak mendapat reaksi daripada Sicheng. Dis hanya fokus pada pemanduannya.

Setelah tiba di dalam kawasan universiti, Sicheng memakirkan keretanya di tempat biasa. Mark dan Lucas turun daripada kereta.

Mark dan Lucas pergi ke universiti mereka kerana mereka mempunyai pertandingan bola keranjang di antara universiti pada hari ini.

"Jaehyun-" Sicheng terus menoleh kearah tempat yang ditunjukkan oleh Mark. Jaehyun daripada jauh sedang berjalan kearah mereka bertiga.

Tetapi Sicheng terlebih dahulu mengambil langkah laju untuk meninggalkan tempat itu. Tidak sempat Jaehyun mahu mengejarnya. Jaehyun terhenti di tempatnya apabila melihat Sicheng sudah melangkah pergi. Dia mengeluh perlahan.

Sicheng memang sudah elakkan diri daripadanya sekarang.

--

Sudah seminggu sejak kejadian itu berlaku, dan sudah seminggu jugalah Sicheng duduk di rumah kongsi rakannya yang lain, yang belajar di Seoul Universiti.

Kadang-kala Mark dan Lucas akan mengikuti Sicheng kerana latihan yang diadakan di universiti mereka.

Selama seminggu itu jugalah Jaehyun cuba mendekati Sicheng, tetapi semuanya tidak berjaya. Laju sahaja Sicheng melarikan dirinya supaya tidak bertembung dengan Jaehyun.

Hendery juga sudah buntu mahu bercakap dengan Sicheng. Apabila dia mahu berbual dengannya, pasti sepatah juga yang dibalasnya.

Memandangkan mereka tidak tahu dengan lebih jelas apa yang berlaku diantara Jaehyun dan Sicheng, mereka hanya boleh mendiamkan diri.

"Hyung." Hendery memanggil Sicheng. Sicheng menghentikan kerjanya dan menoleh kearah Hendery.

"Hyung dah lama tak keluar dengan Sooyun noona." kata-kata Hendery itu kembali membuatkannya sakit hati. Mendengar namanya sahaja dia sudah muak.

Entah bagaimanalah hubungan Sooyun dengan Jaehyun. Mungkin mereka sudah berbaik dan bercinta. Pengakhiran yang bahagia bagi mereka.

Sicheng kembali memandang laptopnya semula sebaik sahaja mendengar nama Sooyun.

"Aku pun dah lama tak nampak Sooyun noona. Haechan cakap dah seminggu dia tak datang kelas." Pergerakan tangan Sicheng terhenti. Hatinya mula terdetik memikirkan tentang Sooyun. Sooyun tidak datang disebabkan dirinya ke?

Ah tidak mungkin.

Alasan yang mengarut.

Sicheng menggeleng perlahan, menghapuskan perkara yang baru difikirkannya tadi. Hendery pasrah apabila dia langsung tidak dilayan oleh Sicheng.

Tangannya ligat bergerak diatas keyboard laptop itu, tetapi fikirannya sudah melayang jauh. Tanpa sedar, dia sudah menuliskan perkara yang terlintas di dalam fikirannya pada laptop itu.

Sicheng mengeluh perlahan dan menutup laptopnya. Dia tidak boleh membuat kerja dalam keadaan begini. Dia mengambil keputusan untuk keluar daripada kelas.

Jangan risau, kelas mereka sudah habis, cuma beberapa orang pelajar termasuk mereka berdua mengambil keputusan untuk kekal disini untuk membuat assignment.

Kakinya melangkah tanpa arah tujuan, tidak tahu ke manakah dia mahu pergi sekarang.

"Sicheng!" Sicheng menoleh kearah suara lunak yang memanggilnya. Haesoo sedang berlari kearahnya. Apabila dia tiba di hadapan Sicheng, Haesoo memberhentikan langkahnya dan mengatur nafasnya semula.

"Aku nak tanya... ada apa-apa masalah ke yang jadi di antara kau dengan Sooyun?" Haesoo bertanya, dia memandang tepat ke dalam anak mata Sicheng. Sicheng terdiam seketika, tidak menjawab.

Apabila dia tidak mendapat apa-apa jawapan daripada Sicheng, dia mengemam bibirnya dan berdehem. Baru sahaja Sicheng mahu pergi meninggalkannya, Haesoo terlebih dahulu menahan lengan Sicheng daripada pergi.

"Aku cuma nak bagitahu kau, Sooyun ada dekat kampung dia sekarang. Jangan risau." Sicheng memandangnya kosong dan mengangguk. Matanya dilirikkan pada pegangan tangan Haesoo pada lengannya, meminta ia untuk dilepaskan.

Haesoo mengeluh perlahan sambil memerhati figura Sicheng yang semakin hilang disebalik banggunan.

Tanpa sedar, kakinya berhenti melangkah di hadapan taman kecil di tingkat dua itu. Tempat yang mengingatkannya tentang Sooyun.

"Sicheng oppa!" Sicheng menoleh ke belakang, dia melihat Jihyun yang sedang berlari anak kearahnya dengan senyuman.

"Buat apa dekat sini?" soal Jihyun, tangannya naik memeluk lengan lelaki itu. Sicheng menggeleng perlahan. Tidak berpuas hati dengan jawapan Sicheng itu, Jihyun menolak pintu taman itu dan dia menarik Sicheng untuk mengikutinya.

Dia memaksa Sicheng duduk di bangku itu. Jihyun turut melabuhkan punggung disebelah Sicheng.

"Jihyun buat apa dekat sini?" tanya Sicheng pula. Matanya memandang kearah pemandangan Seoul yang berada di hadapannya.

"Tunggu Injun." jawab Jihyun pendek. Sicheng mengangguk perlahan, dia baru teringat, tempat ini memang tempat date untuk Jihyun dan Renjun.

"Oppa ada masalah ke?" Jihyun memberanikan diri untuk bertanya. Sicheng terdiam. Dia memang tidak memberitahu sesiapa tentang hal ini. Dia tidak pasti sama ada Jaehyun dan Sooyun ada menceritakan hal ini kepada yang lain.

"Jihyun cakap ini, oppa dengar tahu." sambung Jihyun lagi apabila dia tidak mendapat jawapan daripada Sicheng. Lelaki ini memang susah mahu berkongsi rahsia. Dia memalingkan tubuhnya menghadap Sicheng.

"Dalam apa-apa masalah, dengar penjelasan kedua-dua belah pihak. Jangan terus nak marah dulu." kata Jihyun. Dia yakin masalah ini pasti berkaitan dengan Sooyun dan Jaehyun sekali.

Memandangkan sudah seminggu dia sudah tidak nampak Sooyun hadir dan Renjun pernah bercakap tentang pergaduhan antara Sicheng dan Jaehyun padanya.

"Oppa mesti tahukan, Jihyun pun pernah bagi tanggapan pada Renjun yang dia tu nak pergunakan Jihyun je. Benda tu berlaku sebab Jihyun tak dengar penjelasan dia." sambung Jihyun.

Sicheng terkilan. Perasaan bersalah menguasai dirinya. Sedikit sebanyak kata-kata Jihyun itu membuatkan dirinya tersentap. Dia memang tidak pernah mencuba mendengar penjelasannya.

Tetapi tindakan Sooyun dan Jaehyun di depan matanya itu sudah cukup menjelaskan segalanya kan.

"Jihyun pergi dulu, oppa duduklah dekat sini lama sikit. Jihyun tarik Injun pergi tempat lain." Jihyun tersenyum kecil kepada Sicheng dan menepuk bahunya sebelum melangkah keluar daripada taman itu apabila dia sudah melihat Renjun yang mahu mendekati taman itu.

Fikirannya bercelaru...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro