Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

13

"Yah Dong Sicheng!" Sicheng menoleh kearah Jaehyun yang menjerit namanya tadi. Dia menggeleng perlahan, menyedarkan dirinya daripada mengelamun tadi.

"Kenapa?" Jaehyun mengeluh perlahan. Dia menutup bukunya dan berpaling menghadap Sicheng.

"Kau ada masalah ke?" Jaehyun bertanya. Sicheng merenung kosong kearah pokok tua yang berada di hadapan mereka.

"Aku... pun tak tahu." Sicheng mengeluh. Kepalanya makin berserabut. Di dalam kepalanya asyik terfikirkan tentang Sooyun, Sooyun dan Sooyun. Gadis itu memang membuatkannya hilang fokus.

Sicheng meramas rambutnya kasar dan meletakkan wajahnya beralas dengan tangan diatas meja, bertentangan dengan Jaehyun. Jaehyun menggeleng perlahan sebelum kembali membuka bukunya.

"Jaehyun hyung." Sicheng mendengar suara yang memanggil Jaehyun dibelakangnya. Tetapi dia langsung tidak ingin mengambil tahu. Dia sudah kenal akan suara itu.

"Prof nak jumpa dengan hyung." Jaehyun mengangguk dan mengemaskan buku-bukunya yang sudah bertaburan diatas meja. Sicheng masih lagi tidak mengangkat wajahnya daripada meja.

"Aku pergi dulu, lepas ini kau cerita dekat aku." kata Jaehyun dan menepuk bahu Sicheng perlahan sebelum dia meninggalkan kawasan taman itu.

Sicheng tidak menjawab dan terus merenung benda yang berada di hadapannya. Dia pun tidak tahu apa yang dia fikirkan sekarang.

"Kau okey tak hyung?" lelaki itu bertanya, tetapi masih tidak mendapat balasan daripada Sicheng.

"Nak apa Haechan..." Sicheng menjawab lemas setelah melihat Haechan yang sudah bangun, ingin berpindah ke sebelahnya. Haechan kembali duduk di tempat Jaehyun tadi.

"Noona ada dekat taman yang Renjun dengan Jihyun selalu date tu." kata Haechan selamba. Sicheng terus mengangkat wajahnya dan memandang Haechan.

"Noona? Siapa?"

"Sooyun noona."

"Aku- aku tak tanya pun!" Sicheng menjawab gagap. Dia melarikan pandangan daripada Haechan.

"Aku cakap je. Tak suruh hyung buat apa-apa pun." Haechan menjawab dan mengangkat bahu. Ada betulnya juga kata Haechan. Haih Dong Sicheng!

"Kenapa bagitahu aku..." soal Sicheng perlahan. Haechan tersenyum kecil sebelum mematikan kembali senyumannya, tidak mahu Sicheng menyedarinya.

"Aku cuma cakap, mungkin hyung nak jumpa dia." Haechan mengangguk - ngangguk.

"Jadi aku pergi dulu." Haechan bangun daripada duduknya dan melangkah meninggalkan Sicheng berseorangan.

--

Dirinya berdiri tegak di luar tempat itu, memerhatikan figura gadis yang sedang menikmati pemandangan seorang diri. Kenapa dia ada disini?

Dia pun tidak tahu. Agaknya otaknya sudah tidak waras sekarang.

Tangannya memegang pintu kaca itu dan menolak pintu itu, dia melangkah mendekati Sooyun perlahan-lahan dan melabuhkan punggung disebelah gadis itu.

Sooyun dapat merasakan kehadiran seseorang yang disebelahnya membuatkannya berpaling. Dia terkejut. Tidak pernah dia sangka Sicheng yang akan dilihatnya.

"Kau buat apa dekat sini?" tanya Sooyun terkejut.

"Aaa aku... aku..." Fikirannya kosong, tidak tahu apa yang perlu dijawab. Dia pun tidak tahu kenapa dia berada disini. Kepalanya yang tidak gatal itu digaru.

Sooyun tertawa kecil melihat Sicheng yang cemas untuk menjawab soalannya tadi.

"Tak payah jawab." kata Sooyun. Sooyun kembali memandang ke hadapan. Sicheng mengangguk dan mengigit bibirnya.

"Kau buat apa dekat sini?" soal Sicheng.

"Em... berfikir?" Sooyun tersenyum kecil dan mengeluh perlahan. Sicheng menoleh kearah gadis itu dan menatap wajah gadis itu lama.

"Kau- nak pergi ambil udara tak?" soal Sicheng. Sooyun terus berpaling kearah Sicheng, memandang tepat ke dalam anak mata coklat lelaki itu. Dia mengumam tidak percaya. Sicheng baru mengajaknya keluar kan?

Dengan laju Sooyun mengangguk, menerima ajakan Sicheng itu. Sicheng tersenyum lega melihat jawapan daripada Sooyun. Entah kenapa hatinya meloncat kegembiraan sekarang.

Mereka berdua bangun daripada bangku itu dan bergerak keluar daripada banggunan itu.

Tanpa mereka sedar, dua pasang mata setia memerhatikan mereka berdua keluar daripada taman itu.

"Rasa-rasanya Sicheng oppa akan terima Sooyun unnie ke?" Jihyun menoleh kearah Renjun yang berada disebelahnya. Renjun mengangkat bahu dan tersenyum kecil melihat Sicheng dan Sooyun.

"Dahlah, cepat saya nak date." Renjun menarik tangan Jihyun memasuki kawasan taman itu apabila kelibat dua orang itu sudah keluar daripada taman itu.

--

Suasana sunyi antara mereka itu membuatkan Sicheng menjadi semakin kekok. Kebiasaannya pasti Sooyun yang akan memulakan perbualan, tetapi pada kali ini tidak. Gadis itu hanya mendiamkan diri.

"Sooyun kau lapar?" soal Sicheng tiba-tiba, memecahkan kesunyian diantara mereka berdua. Sooyun tersedar daripada lamunannya dan berpaling kearah Sicheng.

"Tak lapar sangat."

"Ambil bekas yang ada bawah kerusi kau tu." arah Sicheng, matanya masih fokus dalam pemanduannya. Sooyun hanya mendengar arahan lelaki itu.

Dia membongkokkan badannya dan mencapai bekas yang berada di bawah kerusinya. Bekas yang berwarna biru itu ada pada pegangannya.

"Bukalah." arah Sicheng lagi. Tanpa bertanya lebih banyak, Sooyun hanya membuka bekas itu.

"Wah..." Matanya membuntang apabila melihat bekas biru itu dipenuhi dengan pelbagai coklat. Cukup stok coklat dirumahnya untuk dua minggu!

"Makanlah." kata Sicheng, dia menoleh sekilas kearah Sooyun yang masih terpegun melihat coklat yang banyak itu. Hujung bibirnya ternaik melihat reaksi Sooyun itu.

"Boleh ke?" soal Sooyun, meminta kepastian lelaki itu. Setelah mendapat anggukan daripada Sicheng, Sooyun terus mengambil beberapa coklat daripada kotak itu dan membuka bungkusannya.

Sesekali dia memandang kearah Sicheng yang fokus memandang ke hadapan.

"Buka mulut." Sooyun menghalakan sebatang coklat Kinder Bueno di hadapan wajah lelaki itu.

"Tak apa-" Belum sempat Sicheng menolaknya, Sooyun terlebih dahulu memasukkan coklat itu ke dalam mulut Sicheng. Sicheng terkejut dan memaksa dirinya untuk mengigit coklat itu. Dia memandang Sooyun yang sudah menggelakkannya.

"Nak lagi?" Sooyun bertanya lagi sambil tangannya mengambil satu lagi coklat di dalam bekas itu. Sisa tawanya masih ada. Dengan laju Sicheng menggeleng.

Sedikit sebanyak, dia berasa lega apabila dia dapat membuatkan gadis itu tersenyum semula.

jap nak cerita, harini aku terlajak tidur dan terlepas class online HAAHAHAHA. mampus haku nak jawab apa ngan cikgu ;-;

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro