Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

01

Kelopak bunga yang jatuh berterbangan itu diperhatikan dalam diam. Orang ramai yang lalu-lalang dilihatnya kosong.

"Sicheng sinilah!" lelaki berambut coklat itu mengeluh perlahan. Dia menoleh kearah rakan-rakannya yang berada di meja yang berada di bawah pokok. Dia sengaja duduk berjauhan daripada mereka untuk mencari ketenangan sekejap. Rakan-rakannya terlalu bising.

Dengan malas lelaki yang bernama Sicheng itu bangun daripada duduknya dan melangkah malas kearah rakan-rakannya. Jeno menarik tangan Sicheng untuk duduk disebelahnya.

"Lucas dengan Shotaro tak sampai lagi ke?" tanya Yangyang. Soalan Yangyang itu mendapat gelengan daripada Jaemin.

"Lucas hyung kan tak jadi datang, dia ada perjumpaan sekali dengan Mark hyung. Shotaro dalam perjalanan." Yangyang mengangguk perlahan mendengar penjelasan daripada Jaemin.

Mereka semua bukan berasal daripada universiti yang sama, tetapi mereka mengambil keputusan untuk berkumpul di Universiti Hankuk hari ini kerana Festival Musim Bunga yang diadakan. Orang luar juga boleh menyertai festival ini.

"Semua setuju kan?" kata Hendery, lelaki yang muda dua tahun daripadanya. Sicheng menayangkan wajah pelik. Setuju apa ini?

"Jap-"

"Okey semua setuju!" Hendery memotong percakapan Sicheng sebelum sempat dia bertanya. Sicheng mengeluh. Dia ikutkan jelah apa yng berlaku sekarang.

Hendery meletakkan botol kosong itu di tengah-tengah dan memusingkannya. Sicheng tersedar akan perkara itu, mendengus tidak puas hati.

"Lagi?" Sicheng mengomel perlahan. Entah kenapa kawan-kawannya terlalu suka bermain dengan permainan ini.

Truth or Dare.

"Ha Jaehyun!" Mereka semua menjerit serentak kecuali Sicheng. Dia memerhatikan dalam keadaan diam. Dia tidak suka dengan permainan ini, jadi dia tidak mahu terlalu masuk campur. Permainan ini merepek baginya.

"Truth." kata Jaehyun tenang. Mereka semua terdiam seketika. Nampaknya mereka tidak bersedia dengan soalan lagi.

"Kau pernah ternampak Jihyun dengan Renjun kiss-" Renjun tersedak apabila namanya tiba-tiba disebut. Renjun mengurut dadanya bagi melegakan sedikit rasa perit pada tekaknya.

"Hyung!" Renjun menjerit tidak puas hati pada Xiaojun yang sudah tersenyum sumbing itu. Ini giliran Jaehyun tetapi kenapa dia pula yang diserangnya!

"Pernah." Jaehyun menjawab tenang. Membuntang mata Renjun mendengar jawapan daripada Jaehyun. Wajahnya mulai membahang. Ah mana dia nak sorok muka ini!

Mereka semua mula mengusik Renjun yang sudah kemerahan itu. Renjun menyorokkan wajahnya di belakang Jaemin. Mereka masih lagi tergelak melihat Renjun.

"Injun!" panggilan itu membuatkan serentak sembilan orang lelaki itu menoleh kearah suara jeritan itu. Renjun sudah dapat mengecam suara itu memandangkan hanya gadis itu yang memanggilnya dengan nama itu.

Jihyun berada tidak jauh daripada mereka. Renjun terus bangun daripada duduknya dan mengambil beg galasnya.

"Aku pergi dulu." kata Renjun sebelum berlari mendekati teman wanitanya. Apabila Renjun tiba disebelahnya, tangan Jihyun automatik naik pada lengannya. Tidak sempat mereka merungut pada Renjun. Nampaknya kali ini Renjun terlepas.

"Haih, aku bila nak ada." Xiaojun mencelah. Sengaja dia bercakap dalam nada yang sedih. Mereka memandang Xiaojun pelik. Buang tabiat agaknya Xiaojun ni.

"Aku pula pusing ya." Jaehyun menarik perhatian mereka kembali daripada terus memandang kearah pasangan kekasih itu. Botol itu dipusing kembali. Masing-masing memerhati botol itu berpusing sehinggalah ia terhenti. Mata mereka melirik kearah lelaki itu.

"Sicheng truth or dare ?" Sicheng memandang botol itu tidak percaya. Selama ini tidak pernah dia terpilih, kenapa hari ini tiba-tiba botol ini tertarik padanya!

"Hyung jangan salahkan botol tu." Haechan mencelah, seakan tahu apa yang difikirkan lelaki itu sekarang.

"Dare." Sicheng menjawab malas. Dia hanya mahu permainan ini dihabiskan secepat mungkin. Dia mahu pulang ke rumah secepat mungkin dan berbaring diatas katil. Festival seperti ini sangat tidak bermanfaat baginya.

Yangyang dan Haechan memandang antara satu sama lain dengan senyuman nakal. Sicheng mengeluh. Nampaknya dia dah buat pilihan yang salah. Dia tidak boleh mengambil ringan pada Haechan dan Yangyang ini. Mereka berdua kalau bersatu-

Senang cerita dia tidak sanggup menghadap dua orang lelaki yang lebih muda daripadanya itu.

"Haechan, kau nak bagi ke?" tanya Hendery setelah mereka berdiam diri selepas mendapat jawapan daripada Sicheng itu. Haechan mengangguk laju dan menoleh memandang Sicheng.

"Hyung, perempuan itu." Anak matanya mengekori kearah tempat yang baru ditunjukkan oleh Haechan. Matanya membuntang apabila melihat gadis yang sangat dikenalinya sedang bergelak tawa dengan rakannya. Sicheng menggeleng laju. Dia dapat merasakan dare ini sesuatu yang sangat buruk.

"Cakap I love you dekat dia."

Bermula daripada sini, semuanya berlaku. Dia perlu melakukan dare itu terhadap perempuan yang pernah disukainya semasa di sekolah menengah.


uwu hai !

yeaaa ini dia winwin sebagai main cast! kemungkinan cerita ni akan lebih pendek daripada say yes, memandangkan aku tengah fikir plot lagi 😂

sesiapa yang belum baca say yes, lebih baik baca dulu. mungkin dia akan berkait sikit nanti.

yeah ini kisah cliché aku AHAHAHA.

nct whipped for winwin :D

✓ resonance series book two.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro