38
Dahyun memandang Jeno yang berada disebelahnya sekilas. Bibirnya mengukirkan senyuman apabila melihat sisi wajah lelaki itu yang sedang fokus melakukan kerjanya itu.
Badannya dilenturkan ke hadapan dan meletakkan wajahnya diatas meja beralaskan tangan. Pandangan matanya tidak putus daripada merenung wajah kacak lelaki itu.
Jeno yang sedang menulis itu tersenyum nipis, dia sedar Dahyun sedang merenung kearahnya. Sebelah tangannya naik diatas kepala gadis itu dan mengusapnya.
"Kenapa?" Jeno bertanya lembut. Matanya masih fokus pada bukunya, dia sedikit pun tidak terganggu dengan renungan itu, sebaliknya dia suka.
"Bosan." jawab Dahyun ringkas. Dia mencebik bibir dan mengeluh perlahan. Menyesal pula dia mengikuti Jeno pergi ke perpustakaan untuk membuat kerja.
Sekarang dia seperti tunggul yang tidak tahu mahu melakukan apa. Daripada tadi dia hanya meneliti sekeliling perpustakaan sehingga dia sendiri sudah jemu.
"Pandang muka aku lama-lama. Mesti tak bosan." kata Jeno tenang, terselit tawa kecilnya pada hujung ayat itu.
Dahyun meluruskan semula tubuhnya dan berpaling menghadap Jeno lalu mendongak dagu untuk memandang wajah lelaki itu dengan lebih jelas. Matanya tidak lari daripada meneliti wajah lelaki itu.
Jeno yang perasan akan tindakan itu terus meletakkan pen hitamnya dan menoleh kearah Dahyun sambil tertawa. Pipi gadis itu dicubit.
"Apa. Tadi suruh tengok lama-lama." Dahyun merungut tidak puas hati. Dia memegang pipinya yang baru dicubit tadi.
"Nah ambil ni. Baca." Jeno menghulurkan sebuah buku yang berwarna merah padanya. Dahyun memandang buku itu kosong. Dia bukannya minat untuk membaca buku.
Dahyun memandang Jeno semula. Pada mulanya dia tidak mahu, tetapi setelah Jeno mengangguk padanya, huluran Jeno itu dicapai. Lebih baik dia membaca buku daripada terus mengacau Jeno. Kalau dia asyik mengacau, memang tidak siaplah kerja lelaki itu nanti.
Badannya kembali disandarkan pada kerusi. Muka surat pertama di buka. Permulaan cerita ini seperti menarik sahaja. Kepalanya disengetkan sambil membaca buku itu.
Jeno menoleh memandang kearah Dahyun. Jeno tersenyum kecil sebelum dia menarik kepala gadis itu untuk dilentokkan pada bahunya. Dahyun mendongakkan wajahnya, memandang Jeno yang sudah kembali fokus pada kerjanya. Dia tersenyum nipis.
Dahyun mendekatkan kerusinya dengan Jeno dan kembali meletakkan kepalanya diatas bahu lelaki itu.
--
"Lena tidur?" soal Jeno, dia memandang kearah Dahyun yang masih dalam keadaan mamai itu. Semasa di perpustakaan tadi, dia terlelap. Akhirnya buku yang dibaca olehnya tadi hanya sempat dibaca pada 10 muka surat pertama sahaja. Dia dah kata, jodohnya dengan buku memang tidak berpanjangan.
"Mmh." Dahyun mengangguk malas. Dia menyandarkan tubuhnya pada kerusi kereta itu dan memejamkan kedua-dua belah matanya rapat.
"Letih ke? Aku hantar kau balik jela Dahyun." kata Jeno prihatin. Laju Dahyun menggeleng dan kembali meluruskan tubuhnya. Dia tidak mahu pulang ke rumah terlalu cepat. Lagipun dia sudah berjanji dengan Haeyoung dan Jihyun.
"Taknak, saya nak pergi sana juga." Dahyun bersuara. Jeno mengangguk pasrah dan memandu keretanya keluar daripada kawasan universiti.
--
"Wassup!" Haechan menegur Dahyun dan Jeno yang baru sahaja melangkah masuk ke dalam rumahnya. Dahyun melangkah mendekati Haechan dan menepuk tangannya sebelum dia melabuhkan punggungnya disebelah lelaki itu.
Manakala Jeno meneruskan langkahnya untuk ke dapur, meninggalkan Haechan dan Dahyun yang berada di ruang tamu. Mereka telah berjanji untuk menonton movie bersama-sama seperti sebelum ini.
"Awal kau sampai Jihyun." Dahyun menegur Jihyun yang baru sahaja menuruni tangga bersama dengan Renjun itu.
"Injun bising suruh datang cepat." jawab Jihyun, dia menoleh kearah Renjun yang berada di belakangnya. Lelaki itu hanya mengangkat bahu dan membuat muka tidak bersalah.
Lama dia memerhatikan pasangan itu. Renjun tidak berhenti merungut dan Jihyun hanya melayan dan mendengarnya. Memang berbeza dengan Renjun yang dia kenali. Renjun yang bersama Jihyun ini lebih manja seperti budak kecil.
"Aku duduk sini. Haechan turun." arah Jihyun apabila dia sudah berada di ruang tamu.
"Banyak lagi tempat!" jawab Haechan tidak puas hati.
"Tak kisah, aku nak duduk sini juga." Jihyun menjelirkan lidahnya pada Haechan dan menolak lelaki itu supaya beralih ke tepi. Terkejut Haechan dibuatnya apabila dia ditolak oleh Jihyun begitu sahaja.
"Renjun kau tengok Jihyun ni." Haechan merungut tidak puas hati. Kecil besar kecil besar saja dia pandang Jihyun sekarang.
"Jihyun duduk sinilah." Renjun memanggil Jihyun untuk duduk disebelahnya, dia duduk di kerusi lain. Jihyun mencebik bibir apabila Renjun langsung tidak membantunya.
"Aku gurau je. Haechan pendek." ejek Jihyun, sempat dia memukul bahu lelaki itu sebelum melarikan dirinya untuk duduk disebelah Renjun.
"Eh- teman lelaki kau lagi pendek daripada aku." bidas Haechan. Renjun mengerutkan dahinya.
"Korang yang gaduh, aku yang kena kenapa." kata Renjun, dia memandang Jihyun dan Haechan bersilih ganti. Dia hanya mendiamkan diri, tetapi tiba-tiba namanya terlibat.
"Benda ni pun nak gaduh ke?" Jaemin muncul daripada belakang diikuti dengan Yangyang. Dia mengambil tempat duduk di bawah kerusi memandangkan kerusi sudah penuh. Disebelah Dahyun kosong, tetapi tempat itu sudah pasti akan diduduki Jeno.
"Kau diam. Kau pun sama je gaduh pasal benda kecil." balas Haechan, serentak Jihyun dan Haechan menjeling lelaki itu tajam.
"Bomin dengan Heejin datang ke?" tanya Yangyang, menghentikan pergaduhan yang berlaku di antara mereka.
"Tak kot." jawab Haechan ringkas. Hubungannya dengan Bomin lama-kelamaan menjadi semakin baik. Walaupun pada mulanya dia susah mahu menerima lelaki itu.
"Chaerin...?" Yangyang memandang kearah Jaemin. Jaemin yang sedang bermain dengan telefonnya itu mengangkat wajahnya dan memandang rakannya itu.
"Macam biasa. Tak." Jaemin tersenyum nipis. Mereka kembali mendiamkan diri. Chaerin memang tidak rapat dengan kawan-kawannya yang lain, padahal Dahyun yang mereka baru kenali ini pun sudah menjadi rapat, tetapi tidak bagi Chaerin.
Bagi Chaerin dia lebih suka hanya meluangkan masanya bersama Jaemin berduaan. Ataupun dia hanya keluar bersama kawan-kawannya. Secara jujurnya mereka tidak terlalu suka dengan perangai Chaerin yang suka mengongkong Jaemin itu.
Jaemin tahu tentang hal itu. Disebabkan itu juga, Jaemin tidak mengajak Chaerin untuk meluangkan masa dengan kawan-kawannya. Dia tahu Chaerin akan menolak.
"Korang kenapa?" suara Jeno kedengaran, menegur mereka daripada dapur apabila dia sudah tidak mendengar suara kawan-kawannya lagi. Jeno melangkah keluar daripada dapur bersama semangkuk bertih jagung karemel dan dua tin air minuman. Dia melabuhkan punggungnya disebelah Dahyun.
"Nah." Jeno menghulurkan air tin itu kepada Dahyun. Sebelum sempat Dahyun mengambil huluran Jeno itu, Yangyang yang duduk di bawah itu terlebih dahulu merampas air tin itu.
"Aku tak ada ke?" soal Yangyang. Jeno mengeluh perlahan dan mengambil semula air tin itu pada pegangan Yangyang lalu diberikan pada Dahyun semula.
"Tak ada."
"Jap aku baru perasan. Jihyun itu bukan hoodie Renjun ke?" Mereka semua memandang kearah Jihyun.
"Apa... barang Renjun barang aku juga." jawab Jihyun selamba. Dia menunduk memandang hoodie kelabu yang tersarung pada tubuhnya. Baju itu telah menjadi baju kegemarannya jadi tidak salah dia terus mengambilnya daripada Renjun kan? Lelaki itu pun tidak kisah.
"Betul juga." jawab Dahyun, dia tertawa mendengar jawapan Jihyun itu.
"Sebab tu kau masih tak pulang dua jaket aku tu kan." Jeno mencelah sambil tertawa. Tawa Dahyun itu terhenti dan segera dia menoleh kearah Jeno dengan terpinga-pinga. Dia sendiri sudah lupa tentang jaket Jeno itu. Ya, jaket itu sudah menjadi hak miliknya sekarang.
Jeno mengusap rambut kelabu gadis itu apabila melihat raut wajah terpinga-pinga gadis itu. Manakala yang lain memandang mereka berdua meluat.
"Aksi-aksi sweet tidak dibenarkan dalam rumah ni." Haechan mencelah daripada sebelah Dahyun. Dia tidak tahan melihatnya.
"Mana Haeyoung dengan Sicheng hyung?" tanya Renjun setelah lama mendiamkan diri. Matanya meliar mencari kelibat dua orang itu. Tetapi tiada.
"Sicheng hyung pergi jumpa Sooyun noona dekat hospital. Haeyoung tak datang lagi ke?" balas Haechan. Dia memandang kearah Dahyun dan Jihyun bersilih ganti, meminta jawapan daripada mereka.
"Dia kata dia datang kejap lagi." jawab Jihyun.
"Dia datang dengan siapa? Dia bukannya reti bawa kereta." celah Jaemin. Jihyun hanya mendiamkan diri dan mengangkat bahu. Dia tidak terfikir pula tentang hal itu.
"Haeyoung baru datang." Mereka semua menoleh ke belakang, memandang suara garau itu. Hendery baru sahaja masuk ke dalam rumah bersama Haeyoung.
"Siapa hantar kau?" tanya Jaemin sebaik sahaja dia melihat wajah gadis itu.
"Sunwoo." jawab Haeyoung, dia melarikan pandangan matanya daripada terus bertembung dengan anak mata Jaemin. Tangannya memegang lengannya yang sudah kedinginan itu.
"Sunwoo...? Kenapa dia hantar kau? Macam mana kau tiba-tiba boleh keluar dengan dia?" tanya Jaemin bertubi-tubi. Jaemin bangun daripada duduknya dan berdiri menghadap Haeyoung daripada jauh. Sebelah tangannya dimasukkan dalam poket.
"Dia teman lelaki aku."
--
"Awak nak jumpa diorang lagi ke?" Dahyun memandang kearah Jeno dengan tatapan sayu. Jeno mahu berjumpa dengan ibu bapanya sekali lagi. Selepas sahaja mereka menonton movie bersama-sama, Jeno mengajaknya untuk pergi ke tasik yang sering dia pergi itu.
Sebelum ini, Jeno sudah berjumpa dengan ibu bapanya untuk beberapa kali. Pastilah ia tidak mendapat sambutan baik daripada mereka untuk kali pertama. Banyak juga kata perlian yang Jeno dapat daripada ibu bapanya.
Itu membuatkan Dahyun berasa bersalah dengan Jeno. Rasa bersalahnya makin bertambah setiap kali ibu bapanya mengeluarkan kata-kata yang tidak baik pada lelaki itu. Tetapi yang lelaki itu lakukan hanyalah tersenyum.
"Tak apa Dahyun, aku okey je." Jeno mengenggam erat tangan gadis itu untuk menenangkannya. Wajah Dahyun yang penuh dengan kerisauan itu ditatapnya.
"Saya tak yakin... macam mana kalau kita putus-" Dahyun menunduk, memandang tangan Jeno yang sedang mengenggam tangannya itu. Dia mengeluh perlahan. Dia takut Jeno sudah tidak tahan dengan semua ini. Dia takut Jeno akan meninggalkannya nanti.
"Dahyun, aku dah cakapkan kita kena usaha." balas Jeno lembut. Dia cuba memujuk gadis itu untuk membuang segala pemikiran negatif di dalam fikirannya.
"Daehyun hyung pun ada kan." sambung Jeno lagi. Sedikit sebanyak Dahyun kembali tersenyum apabila nama Daehyun disebut. Abangnya itu sering membantunya setiap kali Jeno datang ke rumahnya. Tanpa sedar, Jeno sudah menjadi rapat dengannya.
Jeno menarik kedua-dua belah bahu Dahyun supaya menghadapnya, dia faham apa yang dimaksudkan oleh Dahyun itu.
"I need you Kim Dahyun. For sake of my life, i really love you. So don't ever said that again. I really need you." Matanya memandang tepat ke dalam anak mata gadis itu. Dia mengukirkan senyuman.
Perlahan-lahan, bibirnya mula tersenyum manis. Mendengar kata-kata lelaki itu cukup membuatkannya dihargai dan jantungnya berdegup kencang.
Tanpa berkata apa-apa, gadis itu terus memeluk lelaki itu, tangannya melingkari pada leher lelaki itu. Jeno membalas pelukan itu dan mengusap rambutnya.
"Terima kasih Jeno." ucap Dahyun. Dia cukup berterima kasih pada lelaki ini kerana telah hadir di dalam hidupnya.
"Kenapa?" soal Jeno semula, tiba-tiba sahaja Dahyun mengucapkan terima kasih padanya.
"For everything love."
The End.
▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄
1819 + !
habis yey! mekasih pada siapa yang selalu baca, vote dengan comment ♡
daripada mula kena kejutan sebab heejin bukan heroin dan stress dengan watak jeno dan heejin HAHAHAHAHA.
sebenarnya aku tak puas hati dengan ending ni, tapi otak aku tak berfungsi dah nak keluar idea shshshs, aku terlebih cringe masa tulis ni ಠ∀ಠ
cerita ni habis lagi awal daripada yang aku jangka, ingatkan bulan empat habis.
jadi tunggu bulan empat nanti, aku akan publish fanfic jaemin macam yang korang jangka 😂 resonance series 4!
dalam jangka masa tu, aku mungkin akan publish special chapter Say Yes untuk birthday Renjun! (aku dah lupa sebenarnya tentang special chap tu ;-;)
btw have a nice day and goodnight !
『 I Don't Need You | Lee Jeno 』
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro