36
"Dahyun tunggulah." Dia tertawa kecil melihat Dahyun yang sudah berlari ke hadapan akibat terlalu teruja. Gadis itu tersenyum lebar melihat kanak-kanak yang sedang berlari-lari di hadapannya
"Sini cepat Jeno." Dahyun memanggil-manggil nama teman lelakinya supaya datang mendekatinya.
Dia mengeluarkan kameranya dan menangkap beberapa keping gambar. Dia masih tidak melupakan rumah anak yatim ini. Rumah anak yatim yang pernah menjaganya pada suata ketika dahulu.
"Jom masuk." kata Jeno. Dia mengenggam erat tangan kecil Dahyun itu sebelum menolak pintu pagar itu. Jeno hanya mendiamkan diri, dia membiarkan gadis itu mengambil masanya sendiri. Pasti dia sedang berfikir tentang kenangannya disini dahulu.
"Dahyun?" Serentak mereka berdua menoleh kearah suara manis yang memanggil namanya itu. Dahyun tersenyum lebar apabila dia dapat menangkap susuk tubuh wanita separuh abad itu. Kakinya melangkah ke hadapan dan mendakap tubuh wanita tua itu.
"Lama tak jumpa kamu Hyun..." wanita itu membalas kembali pelukan Dahyun. Rambut panjang gadis itu diusap lembut sebelum dia melepaskan pelukan mereka.
"Hyun pun rindu eomma." ucap Dahyun sambil tersenyum kecil. Semua anak yatim di rumah ini sudah menganggap Puan Im Youngran sebagai ibu kandung mereka disebabkan itu mereka telah terbiasa memanggil dia dengan panggilan eomma.
Puan Youngran tersenyum lebar sebelum matanya terhenti pada Jeno hang masih lagi setia berdiri di hadapannya. Lelaki itu tersenyum manis dan menunduk sedikit tanda hormat apabila matanya bertemu dengan wanita itu.
"Saya Lee Jeno." Jeno melangkah ke hadapan mendekati mereka berdua dan menghulurkan tangannya. Huluran tangan itu disambut mesra oleh Puan Youngran.
"Ah~ siapa dia Dahyun? Sebelum ni kamu selalu datang dengan Daehyun je." Puan Youngran kembali memandang kearah Dahyun. Wanita itu juga sudah cukup rapat dengan Daehyun kerana sering menemaninya datang ke sini.
Dahyun tersengih dan menggaru kepalanya yang tidak gatal Tiba-tiba dia berasa malu untuk memberitahu Puan Youngran tentang Jeno.
"Saya teman lelaki dia." Jeno mencelah apabila Dahyun tidak bersuara membalas soalan Puan Youngran itu. Puan Youngran menekup mulutnua terkejut dan tersenyum nakal pada Dahyun.
"Boleh jadi menantu dahla lepasni kan?" usik Puan Youngran. Jeno tertawa mendengar kata-kata itu.
"Eomma!" Dahyun terkejut mendengar usikan Puan Youngran itu, wajahnya terus membahang kemerahan. Dia baru sahaja bercinta dengan Jeno dan tiba-tiba bercakap tentang kahwin-
--
"Aku tak sukalah Chani asyik hantar dan ambil kau." kata Jeno tidak puas hati, dia mencebik bibir memandang kearah Dahyun yang berada di hadapannya.
"Nak buat macam mana... ibu dan ayah saya percayakan dia je." Dahyun mengangkat bahu. Ibu dan ayahnya memang anti dan langsung tidak membenarkannya keluar dengan lelaki lain.
"Dia sepupu saya je Jeno." sambung Dahyun lagi. Dia tertawa halus apabila melihat wajah cemberut Jeno itu.
Jika ibu bapanya dapat sahaja menangkap Dahyun keluar bersama lelaki, pasti makin teruk kata-kata makian yang keluar daripada mulut mereka padanya. Jadi hanya Chani yang dibenarkan keluar bersamanya memandangkan dia ialah sepupunya.
"Jadi nanti aku datang rumah kau boleh?" soal Jeno. Dahyun mendiamkan diri. Bibirnya digigit resah. Dia risau dengan segala kemungkinan yang berlaku. Boleh sahaja Jeno dihalau keluar-
"Tapi awak mungkin kena halau..." kata Dahyun perlahan. Dia melepaskan keluhan berat. Bukan senang dia mahu melembutkan hati ibu bapanya.
"Sebabtu kita kena usaha Dahyun." kata Jeno lembut, lelaki itu mencapai tangan Dahyun yang berada diatas meja itu dan menggosoknya lembut. Dahyun tersenyum nipis. Sedikit sebanyak Jeno dapat menenangkan hatinya yang gusar. Dia mengangguk. Ya, dia perlu usaha untuk meyakinkan mereka.
"Jadi kita nak buat apa lepasni?" tanya Jeno. Sejak pagi tadi mereka sudah keluar bersama. Pada kebiasaannya, dia akan berasa bosan dan jemu jika berada di luar seharian, tetapi ia berlainan apabila dia bersama dengan Jeno.
Setiap saat yang dia lalui bersama Jeno itu seakan-akan penting dan bermakna baginya.
"Jeno, kalau saya pergi dulu boleh?" minta Dahyun ragu-ragu. Dia memandang tepat ke dalam anak mata Jeno, ingin melihat reaksi lelaki itu.
Jeno menyengetkan kepalanya dan memandangnya pelik. Dia mengangkat kening, meminta alasan daripada Dahyun. Padahal Dahyun memintanya menemaninya pergi ke kedai buku tadi.
"Sebab saya panggil Heejin datang sini." kata Dahyun, dia mengemankan bibirnya gelisah. Senyuman daripada bibir lelaki itu mulai luntur sebaik sahaja mendengar nama Heejin disebut. Keningnya bertaut.
"Kenapa-"
"Heejin!" Dahyun memotong percakapan Jeno apabila melihat figura seorang gadis yang baru masuk ke dalam kawasan kafe itu. Jeno turut menoleh. Langkah gadis itu terhenti apabila dia bertentang mata dengan Jeno. Masing-masing terkaku.
Dahyun bangun daripada duduknya setelah menyedari keadaan yang kekok dan hening di antara mereka. Dahyun menarik tangan Heejin dan menyuruhnya duduk disebelahnya. Jeno terus melarikan pandangan matanya dan bermain dengan telefonnya, tidak mahu memandang Heejin.
"Jeno." panggil Dahyun. Lelaki itu kembali mengangkat wajahnya memandang Dahyun dengan senyuman kecil.
"Saya pergi dulu. Korang bincanglah berdua." Dahyun membalas senyuman Jeno itu dan kembali bangun daripada duduknya. Baru sahaja dia mahu melepasi Jeno, tetapi lelaki itu lebih pantas menangkap tangan gadis itu, menghalangnya daripada pergi.
Dahyun menoleh semula kebelakang, dan menunduk memandang Jeno. Lelaki itu menggeleng perlahan, tidak mahu gadis itu meninggalkannya.
Dahyun tersenyum lembut dan mengusap rambut lelaki itu sebelum mengangguk perlahan. Bahu lelaki itu ditepuk perlahan sebelum dia melepaskan pegangan tangan Jeno dan melangkah keluar daripada kafe itu.
Senyap.
Tiada sesiapa di antara mereka berdua yang bersuara. Kedua-duanya menjadi sangat kekok sekarang. Seperti orang yang tidak dikenali. Heejin hanya merenung ke luar dan Jeno bermain dengan telefonnya. Tetapi itu hanya untuk menyibukkan diri sendiri, mereka berdua tetap gementar.
"Jeno." akhirnya Heejin bersuara, memecahkan kesunyian diantara mereka berdua. Jeno mengangkat wajahnya, memandang Heejin tanpa sebarang reaksi.
"Dahyun dah cerita semuanya dekat aku." sambung Heejin lagi. Gadis itu memandang Jeno dengan penuh perasaan serba salah.
"Maaf sebab tuduh kau macam-macam- aku terlalu emosi masa tu." kata Heejin perlahan. Jeno mendiamkan diri, tidak tahu apa yang mahu dikatakan.
"Aku teruk kan...? aku tuduh kawan baik aku macam-macam." Heejin tersenyum kelat. Dia memandang Jeno yang masih mendiamkan diri itu. Sesekali dia mengeluh perlahan.
Dia rasa sangat teruk semasa Dahyun menerangkan segalanya tentang Jeno. Dia kawan yang teruk. Bukan itu sahaja, dia telah menyakiti perasaan lelaki itu dengan memutuskan persahabatan mereka.
"Aku pun... nak minta maaf. Maaf sebab buat kau rasa terkongkong sebelum ni. Aku tak tahu pun kau akan rasa macam tu." Jeno bersuara. Pada kali ini, dia memandang tepat ke dalam anak mata Heejin. Mereka berdua merenung wajah antara satu sama lain sebelum tawa mereka terletus.
"Jadi kita kawan semula kan?" soal Heejin dengan senyuman nakal di bibirnya. Jeno tertawa dan mengangguk.
dah semua boleh tenang 🤣 two more chapter!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro