33
"Dahyun kamu-" kata-kata ibunya terhenti apabila Dahyun terus berlari menaiki tangga dan masuk ke dalam biliknya.
"Budak ini-"
"Eomma janganlah kacau dia." Daehyun mencelah kata-kata ibunya. Dia mengeluh perlahan dan bangun daripada kerusi untuk menaiki tangga. Bilik tidur Dahyun menjadi tujuannya.
Daehyun mengetuk pintu bilik itu. Tetapi senyap. Tiada jawapan daripada gadis itu seperti selalu. Daehyun terus memulas tombol pintu bilik Dahyun itu dan menolaknya.
Sebaik sahaja pintu bilik itu dibuka, matanya terhenti pada Dahyun yang sedang duduk di beranda biliknya sambil merenung ke luar, memandang langit.
Perlahan-lahan dia menutup pintu bilik itu dan melangkah mendekati Dahyun. Dia melabuhkan punggungnya pada kerusi kosong yang berada di sebelaj Dahyun itu.
Gadis itu memang sudah sedar akan kehadiran Daehyun di dalam biliknya semasa dia mendengar bunyi pintu dibuka itu. Tetapi dia hanya membiarkannya. Dia tidak mahu bercakap dengan sesiapa sekarang.
"Kau ada masalah ke?" tanya Daehyun. Tetapi dia hanya diam. Dia tidak mahu bercakap tentangnya.
"I don't need you Kim Dahyun!"
Setiap kali dia teringat kata-kata Jeno itu, hatinya berasa sangat sakit. Air matanya juga pasti bertakung pada tubir matanya. Dia sedaya upaya untuk tidak menangis dan menahan tangisannya. Kata-kata Jeno itu bagaikan memori pahit baginya.
"Kau nak aku buat apa-apa tak untuk buat kau rasa lagi baik?" soal Daehyun berhati-hati. Melihat keadaan Daehyun sekarang membuatkan Dahyun tertawa kecil. Sekurang-kurangnya abangnya tetap ada disisinya untuk membuatkan dia tertawa.
Jika melihat keadaan Daehyun sekarang, dia kelihatan terdesak dan sedaya upaya untuk menenangkannya dan membuatkannya berasa lebih baik. Walaupun dia kasar dan dingin, dia selalu ada dengannya pada waktu-waktu seperti ini.
"Boleh ke?" Dahyun tersenyum kecil, meminta kepastian daripada Daehyun. Segera abangnya mengangguk laju. Dia juga turut tersenyum apabila melihat Dahyun sudah tersenyum.
"Aku nak keluar boleh?"
"Okey jom." kata Daehyun. Dia terus bangun daripada duduknya dan menarik tangan Dahyun untuk bangun sekali. Membuntang mata Dahyun dibuatnya. Daehyun tengah buat kerja gila ke? Pasti ibu dan ayahnya tidak membenarkan dia keluar selepas pukul 8.30 malam.
"Jangan risau." Daehyun tersenyum kecil padanya. Dahyun mengangguk perlahan dan mencapai jaket hitam pada almarinya secepat mungkin apabila Daehyun terus menarik tangannya menuruni tangga.
"Kim Daehyun! Kim Dahyun! Nak pergi mana-" panggilan daripada ibunya langsung tidak dijawab oleh Daehyun. Dahyun mula berasa bersalah, tetapi hatinya tetap mahu keluar daripada rumah itu sekarang. Dia berasa sesak apabila hanya duduk di dalam biliknya sahaja.
Dahyun menyarungkan jaket hitam pada tubuhnya dan masuk ke dalam perut kereta. Kereta itu terys meninggalkan kawasan perumahan setelah Daehyun menghidupkan enjin keretanya.
"Jaket lelaki hari tu kan?" Daehyun melirikkan matanya pada Dahyun dan kembali memandang ke hadpaan untuk fokus pada pemanduannya.
Kening Dahyun bertaut. Dia menunduk ke bawah unyuk melihat jaket hitam yang dipakainya. Dia mengigit bibirnya apabila tersedar, dia sedang memakai jaket Jeno yang dia masih tidak pulangkan.
"Kau mesti suka lelaki tu kan?" Dahyun hanya tersenyum nipis. Ya, dia sukakan Jeno.
--
Sebaik sahaja Jeno masuk ke dalam rumah, dia terus menaiki tangga dan masuk ke dalam biliknya tanpa membalas teguran kawan-kawannya. Pintu biliknya dihempas kuat menyebabkan Renjun, Jaemin dan Sicheng yang duduk di ruang tamu terkejut.
"Siapa tu?" soal Yangyang yang baru keluar daripada biliknya disebabkan mendengar bunyi kuat daripada luar.
"Jeno..." balas Sicheng perlahan. Meremang bulu romanya tadi apabila mendengar hempasan pintu bilik Jeno.
Jeno membuka tingkap biliknya luas dan terus menghempaskan badannya diatas katil. Tangannya direhatkan pada matanya bagi menutup pandangannya.
Sekali lagi dia melepaskan keluhan berat. Dia sememangnya teruk. Tanpa sengaja, dia telah melepaskan marahnya pada Dahyun.
"Kau memang bodoh Jeno..."
--
Jeno, Jaemin dan Yangyang berjalan di sepanjang koridor itu. Sepanjang perjalanannya itu, dia dapat mendengar beberapa orang pelajar yang sedang berbisik tentangnya.
Jaemin dan Yangyang juga turut pelik apabila mereka asyik mendengar nama Dahyun dan Jeno dipetik daripada beberapa orang pelajar itu.
"Ada apa-apa terjadi antara kau dengan Dahyun ke?" Yangyang bertanya. Mereka berdua memandang Jeno serius. Jeno mengeluh perlahan. Wajahnya ditunduk memandang lantai.
"Apa maksud diorang kau bergaduh dengan Dahyun?" Jaemin memegang pergelangan Jeno membuatkan mereka bertiga serentak berhenti berjalan. Padahal sebelum ini elok sahaja hubungannya dengan Dahyun.
"Aku gaduh dengan Heejin dan... Aku terlepas marah dekat dia." kata Jeno perlahan. Yangyang memandang Jeno terkejut manakala Jaemin mengeluh perlahan mendengar tindakan bodoh kawan baiknya itu.
Dia melepaskan amarahnya pada gadis yang tidak bersalah? Jeno memang tersilap langkah. Patutlah tadi dia perasan Dahyun langsung tidak cuba menegur Jeno. Semuanya disebabkan tindakan bodoh Jeno.
"Jeno, kalau aku ketuk kepala kau boleh tak? Kau lepas marah dekat dia kenapa?" Yangyang menggeleng perlahan. Dia pulak yang tertekan dengan masalah mereka berdua ini.
Ha eloklah, Jaemin masih bergaduh dengan Chaerin. Ditambah pula Jeno bergaduh dengan Dahyun- serta Heejin. Dia mendengar perkara itu daripada Renjun. Jeno hanya terdiam, dia tidak mampu membalas apa-apa. Dia tahu dia yang salah.
Tetapi dia langsung tidak mencuba mendekati Dahyun tadi. Dia nampak, Dahyun hanya mengabaikannya tadi. Termasuklah dirinya. Semuanya disebabkan oleh egonya. Walaupun hatinya berkeras menyuruhnya untuk menegur gadis itu, tetapi dia tetap tidak melakukan apa-apa.
"Kau tak cakap benda yang buat dia terasa kan...? tanya Yangyang pula. Jeno mengangkat wajahnya dan menggaru kepalanya yang tidak gatal. Sudah semestinya ayatnya semalam membuatkan Dahyun terasa!
"Dia cuba tolong aku dan..."
Mereka berdua fokus memandang Jeno, menunggu ayat yang seterusnya keluar daripada mulut Jeno.
"Aku cakap aku tak perlukan dia untuk tolong aku..." Serentak dengan itu, Yangyang dan Jaemin menepuk dahi mereka dan mengeluh.
"Lee Jeno kau memang..." Mereka berdua mengeluh dan terus berjalan meninggalkan Jeno di belakang.
--
"Dahyun? Kenapa kau duduk sini?" Haesoo bertanya pelik, dia memandang Dahyun yang sudah melabuhkan punggungnya disebelahnya. Yuta yang berada disisi kiri Haesoo juga turut memandangnya.
"Aku nak duduk sini boleh?" tanya Dahyun. Soalan daripada Haesoo itu sengaja tidak dijawab. Sejak kejadian itu, memang dia cuba untuk mengabaikan Jeno. Ayat yang dituturkan oleh Jeno itu terlalu mendalam baginya.
"Boleh je... tapi bukan kau selalu duduk dengan Jeno ke? Dia kan partner kau." kata Haesoo lagi. Dahyun mengemamkan bibirnya dan tersenyum nipis.
Dia hanya mendiamkan diri. Haesoo mengangguk faham, apabila Dahyun tidak menjawab persoalannya itu. Pasti ada sesuatu yang berlaku diantaranya dengan Jeno.
Matanya memandang ke hadapan. Seketika kemudian, matanya menangkap figura Jeno yang baru sahaja memasuki kelas. Tanpa sedar, anak mata mereka bertembung lama. Sehinggalah Dahyun menundukkan wajahnya.
Pada sisi lain, Jeno melepaskan keluhan. Hatinya berasa sedikit kecewa dan sakit apabila Dahyun memutuskan tautan mata mereka. Gadis itu sudah tidak tersenyum padanya seperti biasa. Dia juga sudah tidak dapat mendengar suara gadis itu tertawa.
Dengan langkah yang berat, dia mengambil tempat duduk yang selalu didudukinya bersama Dahyun. Cuma sekarang, disebelahnya kosong. Tiada Kim Dahyun.
aku update esok pulak 🤣 aku pasti lepasni korang tak maki jeno dah AHAHAHAHA *kot*
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro