22
"Dahyun, aku nak tengok boleh kan?" Haeyoung bertanya pada Dahyun teruja. Anggukan daripada Dahyun itu membuatkan Haeyoung tersenyum lebar.
Dia sememangnya berminat di dalam bidang architecture ini, tetapi disebabkan keluarganya, dia terpaksa mengambil jurusan undang-undang.
Ibu dan bapanya merupakan peguam, jadi mereka mahu Haeyoung mengikut jejak langkah mereka termasuklah abangnya.
Dahyun membuka pintu bilik kerja itu dan melangkah kearah meja yang berada di tengah. Matanya meliar ke arah sekeliling bilik itu. Seperti yang dia fikirkan, memang tiada ramai pelajar pada waktu seperti ini. Hanya ada dua orang pelajar yang berada di sini.
( keadaan dalam bilik ini )
Dahyun melarikan pandangannya pada Haeyoung yang sedang memerhati keadaan sekeliling bilik itu. Mereka tidak boleh bising memandangkan bukan hanya mereka berdua yang berada di dalam bilik ini.
"Haeyoung." Dahyun memanggil Haeyoung perlahan, menyuruh gadis itu mendekatinya. Haeyoung melangkah kearah Dahyun dan menarik kerusi untuk duduk disebelah Dahyun.
Dia hanya memerhati Dahyun yang sedang mengeluarkan segulung kertas daripada beg hitam yang berbentuk silinder itu, beg yang memang dikhaskan untuk meletakkan kertas lukisan.
"Wah..." Haeyoung mendekatkan dirinya dengan meja itu, memerhatikan lukisan yang dilukis oleh Dahyun itu dengan lebih jelas. Dahyun tersenyum kecil melihat reaksi teruja Haeyoung.
"Yang ni kerja kumpulan aku dengan Jeno." Dahyun menunjukkan kearah model rumah yang hampir siap. Mereka hanya perlu menyiapkan beberapa bahagian dengan lebih terperinci.
Haeyoung bangun daripada duduknya dan memerhatikan model rumah lama itu. Telefonnya dikeluarkan daripada poket seluarnya dan mengambil beberapa keping gambar.
Dahyun memandang kearah dua orang pelajar yang duduk di meja hujung tadi sedang mengemaskan barang-barang mereka, mereka mahu keluar. Setelah Dahyun memastikan mereka berdua keluar daripada bilik itu, dia melepaskan nafas lega.
"Dah boleh cakap kuat kan?" soal Haeyoung sambil tertawa kecil. Dahyun mengangguk. Mereka hanya berbual kosong di dalam bilik itu sehinggalah mereka mendengar bunyi tolakan pintu yang kasar daripada luar.
Serentak Dahyun dan Haeyoung bangun daripada duduknya dan memandang kearah pintu itu. Terbuntang matanya apabila melihat Chaerin memasuki bilik itu. Wajah gadis itu jelas kelihatan marah.
Sebaik sahaja Chaerin melihat Haeyoung yang sedang berdiri bersama Dahyun, dia tersenyum sinis. Gadis itu berjalan mendekati mereka berdua.
Haeyoung melepaskan keluhan kasar sebelum dia berjalan sedikit ke hadapan dan menarik tangan Dahyun untuk berdiri di belakangnya.
"Apa lagi kau nak Chaerin?" soal Haeyoung malas. Kalau boleh dia tidak mahu berurusan dengan teman wanita Jaemin ini. Tetapi gadis itu tidak habis-habis mengacaunya.
"Aku dah suruh kau berhenti dekatkan diri dengan Jaemin kan?" kata Chaerin mendatar. Anak matanya mencerlung tajam ke dalam anak mata Haeyoung.
Haeyoung tertawa sinis dan membalas pandangan mata tajam Chaerin itu.
"Aku dah berhenti jumpa dengan dia. Kau kenapa? Tak percayakan teman lelaki kau ke?" kata Haeyoung sarkastik. Chaerin mengenggam erat kedua-dua belah tangannya.
Jantungnya mengepam darah dengan lebih pantas, dia terlalu geram. Chaerin menarik nafas dalam, tidak mahu amarahnya terlepas.
"Kau jangan tipu aku. Aku nampak Jaemin cari kau dekat rumah kau hari itu!" suara gadis itu naik seoktaf. Haeyoung mendiamkan diri. Jaemin benar-benar mencarinya lagi?
"Tch, kau memang perempuan murahan kan?" Chaerin tersenyum sinis pada Haeyoung. Bahu Haeyoung ditolak perlahan oleh Chaerin.
Haeyoung menggigit bibirnya geram. Dia mengenggam erat bajunya bagi menahan amarah. Haeyoung menunduk lantai sebelum dia mengangkat semula wajahnya untuk memandang Chaerin.
"Aku tak nak gaduh dengan kau. Jadi sementara aku boleh tahan, baik kau pergi." kata Haeyoung perlahan, tetapi jelas kedengaran suaranya sedang bergetar.
Dahyun yang memerhatikan pergaduhan mereka ini mulai meremang. Dia tidak tahu mahu masuk campur atau tidak.
"Park Haeyoung."
"Jauhkan diri kau daripada Na Jaemin."
"Kalau aku taknak." balas Haeyoung selamba. Dia menyilangkan tangannya pada dada dan memandang Chaerin dengan senyuman sinis. Sengaja dia mahu mencabar kesabaran gadis itu. Membuntang mata Chaerin mendengar kata-kata Haeyoung itu.
"Kau!" Chaerin menolak kuat bahu Haeyoung menyebablan tubuh Haeyoung terdorong ke belakang dan melanggar Dahyun. Secara tidak sengaja, tangan Dahyun yang berada diatas meja tadi turut tertolak model rumah yang dibina olehnya dengan Jeno.
Dahyun yang sudah jatuh terduduk itu mengaduh kesakitan. Dahyun tersentak apabila dia memandang model rumahnya yang sudah hancur berkecai diatas lantai. Matanya membuntang dan dia melutut di hadapan model rumah itu untuk mengutipnya.
"Dahyun!" Haeyoung terus mendapatkan Dahyun yang sudah terjatuh itu. Dia memandang Dahyun risau tetapi Dahyun sudah tidak kisah tentang dirinya sendiri. Fikirannya sudah dipenuhi dengan model rumah yang sudah hancur itu.
"Yah Chaerin!" Haeyoung menjerit kuat. Chaerin merengus kasar dan keluar daripada bilik itu dengan perasaan yang tidak bersalah.
"Dahyun... aku..." Haeyoung memandang Dahyun dengan perasaan serba salah. Dahyun terkaku, sehinggakan dia langsung tidak bersuara dan hanya merenung kearah model rumah itu. Dia masih tidak berganjak daripada tempatnya.
"Jeno..." Haeyoung yang berada di belakang Dahyun tadi terus bangun apabila dia menangkap figura Jeno yang sedang berdiri di hadapan pintu bersama Jaemin.
Jeno dan Jaemin memandang pelik kearah raut wajah Haeyoung yang cemas itu. Matanya terhenti pada model rumahnya yang sudah hancur diatas lantai itu dengan Dahyun yang masih berlutut di hadapan model rumah itu.
Matanya membuntang dan terus mendekati Dahyun, dia juga turut duduk melutut di hadapan Dahyun.
"Jeno-" Dahyun terkejut dengan kehadiran Jeno yang berada di hadapannya. Rasa bersalah mulai menguasai dirinya apabila melihat raut wajah Jeno yang terkejut itu. Dia langsung tidak memandang kearah Dahyun.
Tanpa berkata apa-apa, lelaki itu hanya mengutip serpihan kayu-kayu itu. Dahyun menggigit bibirnya resah. Jeno sangat kelihatan marah sekarang. Haeyoung dan Jaemin hanya memerhatikan mereka berdua daripada belakang.
Baru sahaja tangannya ingin menyentuh serpihan kayu itu, mahu membantu Jeno mengutip serpihan yang sudah hancur itu tetapi Jeno terlebih dahulu memegang pergelangan tangannya.
"Tak payah." kata Jeno mendatar, nada suaranya jelas kedengaran dingin. Jeno terus melepaskan pegangan tangannya daripada Dahyun dan kembali mengutip serpihan kayu itu. Dia tersentak, hatinya seakan-akan dicucuk sekarang.
Dahyun mengangguk perlahan dan menarik semula tangannya. Dia memerhatikan raut wajah Jeno yang kosong itu. Jantungnya berdegup laju. Dia terlalu takut dan rasa bersalah dengan Jeno sekarang.
Akhirnya setelah Jeno siap mengutip semua serpihan kayu itu, dia hanya bangun daripada duduknya dan melangkah keluar daripada bilik itu tanpa berkata apa-apa.
Dahyun memandang kelibat Jeno yang sudah berlalu keluar daripada bilik itu. Dahyun menunduk memandang lantai.
"Dahyun aku betul-betul minta maaf. Kalau Chaerin tak datang tadi mesti semua ni tak jadi." Haeyoung datang mendekati Dahyun dan memeluk bahunya. Dia menepuk lembut belakang gadis itu untuk menenangnkannya. Dahyun hanya melepaskan keluhan berat.
"Chaerin datang sini?" soal Jaemin pelik. Oh lupa, lelaki ini masih berada di dalam bilik ini.
dah bai, kelas dah panggil 😂
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro