Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

20

Pintu pagar rumah itu dibuka, sedaya-upaya mereka cuba membuka pagar itu perlahan-lahan agar tidak membangunkan yang lain.

Sekarang sudah hampir pukul 12 tengah malam. Mereka terlalu lama duduk di sungai itu tadi. Udara segar disitu terlalu menyamankan.

"Korang pergi mana?" teguran suara garau itu membuatkan Jeno dan Dahyun tersentak. Dahyun mengurut dadanya dan mengeluh perlahan sebaik sahaja melihat Yuta yang sedang duduk di luar bilik, nampaknya dia sedang melukis.

Jika difikirkan semula, hanya Yuta merupakan senior di antara mereka. Tidak sangka dia akan menawarkan dirinya sendiri walaupun tiada kawan-kawannya disini.

"Ambil angin kejap." jawab Jeno. Yuta mengangguk kecil. Kemudian matanya terhenti pada tangan Jeno yang masih memegang tangan Dahyun itu. Lelaki itu tersenyum kecil.

"Jangan risau, aku rahsiakan hubungan korang nanti." kata Yuta sambil menahan sengihannya. Dahyun dan Jeno memandang Yuta pelik. Dahyun yang tersedar apa yang dimaksudkan oleh Yuta itu terus menarik semula tangannya daripada pegangan Jeno.

"Tak- yang ni salah faham-"

"Tak apa, saya pandai simpan rahsia." Yuta mengelipkan sebelah matanya pada mereka berdua dan terus masuk ke dalam bilik, meninggalkan Jeno dan Dahyun yang masih terkejut di luar.

Mereka berdua memandang antara satu sama lain kekok.

"Aku- aku masuk bilik dulu." Dahyun terus melarikan diri untuk masuk ke dalam bilik secepat mungkin. Dia sudah tidak tahan untuk duduk berduaan dengan Jeno.

Dia sudah tidak kuat untuk berhadapan dengan lelaki itu. Setiap kali pegangan mereka terlepas, pasti Jeno akan memegangnya semula. Kalau boleh jantungnya mahu luluh disitu!

Dahyun melepaskan nafas lega sebaik sahaja dia masuk ke dalam bilik. Perlahan-lahan bibirnya mengukirkan senyuman.

--

"Hyung tak tidur lagi?" Jeno yang baru sahaja masuk ke dalam bilik itu menegur Yuta yang sedang duduk bersandar sambil bermain dengan telefonnya.

Yuta mengangkat wajahnya sekilas dan kembali memandang telefonnya. Dia menggeleng.

"Kau buat apa dengan Dahyun?" soal Yuta, tetapi pada kali ini kedengaran lebih serius. Jeno terdiam, dia pun merasakan fikirannya sememangnya tidak waras tadi.

"Kau sukakan Heejin. Mengaku jelah Jeno." kata Yuta. Dia meletakkan telefonnya dan memandang kearah Jeno. Pada kali ini, dia tidak menafikannya.

Dia memang sudah cintakan Lee Heejin tetapi dia tidak berani untuk meluahkannya. Dia menjadi semakin takut selepas mengetahui kewujudan Choi Bomin dalam hidup Heejin. Dia terlalu terkesan dengan apa yang dilakulan oleh Ahreum dulu padanya.

"Tapi kenapa kau buat macam tu pada Dahyun." Jeno tersentak. Dia melarikan pandangannya daripada Yuta. Adakah dia hanya berasa tercabar dengan kata-kata gadis itu tadi?

Fikirannya bercelaru. Soalan Yuta itu dibiarkan tidak dijawab. Dia hanya termenung dan mendiamkan diri.

"Kau jangan bagi dia harapan, kalau kau tak sukakan dia." kata Yuta sebelum dia berbaring disebelah Donghyun yang sudah lena dibuai mimpi.

Lee Jeno kau dah gila agaknya.

--

"Jangan tinggalkan apa-apa pun dekat sini!" kata Mr. Park sebelum meninggalkan rumah itu. Dia perlu menguruskan pelajar di tempat penginapan utama.

"Jeno jangan terlupa bawa kayu-kayu tu." Dahyun mengingatkan Jeno, dia melirikkan matnaya pada kotak yang dipenuhi dengan kayu yang sudah diasingkan. Jeno hanya mengangguk.

Kelima-lima mereka menunggu di luar rumah sementara menunggu Yuta memeriksa sekitar rumah itu supaya tiada barang yang tertinggal.

"Haesoo, kau punya." Yuta menghulurkan seutas rantai pada Haesoo. Membuntang mata Haesoo melihat rantai yang ada pada pegangan Yuta itu. Dia terus memegang lehernya. Memang tiada pada lehernya.

"Aku tak pernah nampak rantai ni pun Haesoo." Min mencelah. Dia memerhati rantai yang sudah beralih tangan itu. Dahyun membantu Haesoo memakaikan semula rantai itu.

"Ada orang bagi." jawab Haesoo, dia tersenyum kecil dan terus melangkah pergi sebaik sahaja Yuta siap mengunci pintu. Jelas sekali dia mahu melarikan diri supaya tidak mahu disoal dengan lebih banyak.

Daripada awal, mereka sudah diarahkan oleh Mr.Park untuk menunggu di dalam bas terlebih dahulu. Bagus juga mereka memilih untuk duduk di rumah lama itu, mereka dapat menjadi lebih rapat abtara satu sama lain dan tidak perlu berhimpit dengan orang ramai.

"Nak aku tolong bawa ke? soal Jeno kepada Dahyun. Terus gadis itu menggeleng laju. Tidak mahu dia menyusahkan Jeno. Lelaki itu sudah penuh tangan, memegang begnya sendiri dan kotak yang mengandungi kayu itu.

"Hati-hati, ada lopak air dekat depan tu." kata Jeno. Dahyun tersenyum kecil dan mengangguk. Dia pun tidak tahu dengan diri sendiri. Setiap tindakan kecil Jeno yang dilakukan untuknya selalu membuatkannya tersenyum.

"Dahyun, Dahyun." sekali lagi Jeno memanggilnya. Dahyun menoleh kearah Jeno dan mengangkat kening. Tanpa berkata apa-apa, lelaki itu hanya tersenyum kecil dan menarik tangan Dahyun. Dia memegang erat tangan gadis itu.

Dahyun terkejut. Dia memandang Jeno berkelip-kelip, memerhatikan lelaki itu yang sedang membetulkan kotak pada pegangannya dan sebelah lagi sedang memegang tangannya. Kenapa lelaki ini terlalu manis?

Jeno benar-benar melayannya seperti Heejin. Adakah dia patut kecewa atau gembira sekarang?

--

"Jumpa nanti Dahyun." Min dan Haesoo melambai kearah Dahyun. Mereka berdua duduk di tempat duduk hadapan, jadi mereka dapat keluar terlebih dahulu.

Dahyun membalas lambaian mereka dan bangun daripada duduknya setelah tempat duduk depannya sudah kosong. Jeno mengikutinya daripada belakang.

Semasa Dahyun mahu menuruni tangga bas itu, tanpa sedar kakinya tersadung. Badannya sudah terdorong ke hadapan. Hampir sahaja dia mahu jatuh, tetapi Jeno terlebih dahulu melingkarkan tangannya pada pinggang gadis itu dan cepat menarik tubuh itu daripada jatuh.

Belakang tubuh Dahyun melanggar dada Jeno. Dahyun masih terkejut. Hampir sahaja dia mencederakan dirinya sendiri tadi. Dahyun menoleh kearah Jeno. Semakin terkejut dirinya apabils mendapati wajahnya hanya beberapa inci dengan Jeno. Dengan laju dia memandang ke hadapan semula dan turun daripada bas.

Jeno tertawa kecil dengan tindakan Dahyun. Jelas sekali wajah gadis itu sudah membahang kemerahan. Tiba-tiba dia suka melihat wajah Dahyun yang membahang itu. Dia mahu melihat wajah itu dengan lebih kerap. Dahyun nampak comel.

"Dahyun-"

"Kim Dahyun, aku dah lambat ni." Serentak mereka berdua menoleh kearah suara garau itu. Senyuman pada bibir Jeno mulai pudar. Chani sedang menunggu diatas motornya tidak jauh daripada mereka.

"Aku pergi dulu Jeno." Dahyun melambaikan tangannya pada Jeno sebelum berlari anak mendekati Chani.

Jeno memerhatikan mereka berdua daripada jauh. dalam diam. Chani memberikan helmet kepada Dahyun dan Chani menolongnya memasangkannya.

Tiba-tiba hatinya berasa kecewa dan marah dalam satu masa yang sama apabila melihat Dahyun yang kelihatan rapat dengan lelaki itu. Padahal dia hanya menganggap Dahyun itu sebagai kawannya.

Apa hubungan Chani dengan Dahyun?

Atau mungkin, dia perlahan-lahan mulai selesa dengan gadis itu? Perwatakan gadis itu yang sangat terbuka dan personalitinya yang mampu membuatnya tidak ragu-ragu untuk bercakap tentang dirinya. Keyakinan diri pada Dahyun itu membuatkannya tertarik pada gadis itu.

"Jeno, kau buat apa lagi dekat sini?" Jeno mengalihkan pandangannya kearah suara itu. Senyumannya kembali terukir.

"Tak ada apa. Kau lapar tak Heejin?" Jeno berjalan mendekati Heejin yang sudah menunggunya itu. Heejin mengangguk. Jeno terus memeluk bahu gadis itu dan mendorongnya ke hadapan.

"Kau belanja."

nah lagi satu update

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro