01
"Jeno! dah lama ke tunggu saya." Gadis itu mencapai tangan Jeno apabila dia sudah berada disebelahnya. Tangannya memegang erat tangan Jeno, teman lelakinya.
"Saya baru datang Ahreum." Jeno tersenyum manis sehinggakan menunjukkan eyesmilenya. Dia berjalan beriringan dengan teman wanitanya sehingga masuk ke dalam kawasan sekolah.
Sebaik sahaja mereka masuk ke dalam kawasan sekolah, mula banyak mata-mata yang memerhatikan merek berdua. Kebanyakan daripada mereka bercakap tentang mereka.
Pasangan yang sempurna! Ahreum yang sememangnya mempunyai rupa paras yang cantik dan Jeno yang sememangnya kacak dan hensem.
Lagi-lagi apabila dia tersenyum, eyesmilenya saja mampu membuatkan pelajar lain cair dengannya. Ditambah lagi dengan perwatakan Jeno yang sangat baik dan merupakan atlet sekolah! Dia memang pelajar kegilaan ramai.
Semuanya berjalan lancar dan bahagia bagi Jeno sehinggalah mereka putus.
--
"Jeno tunggu saya!" Ahreum berlari anak mendekati Jeno yang sedang berjalan laju, agaknya dia tidak menyedari kehadiran Ahreum di dalam kedai tadi.
Tetapi dia tidak berhenti, Jeno meneruskan langkahnya tanpa mempedulikan Ahreum yang sedang mengejarnya.
"Yah Lee Jeno! tak dengar saya panggil ke?" Ahreum tertawa kecil apabila dia dapat mencapai pergelangan tangan lelaki itu. Baru sahaja dia mahu mengeratkan pegangan tangannya, Jeno terlebih dahulu menolak tangannya lembut.
Ahreum terkejut, kenapa Jeno menarik tangannya semula. Ahreum mengangkat wajahnya untuk memandang Jeno. Wajah lelaki itu merah, seperti sedang menahan amarah yang bergelora di dada. Jeno menghembuskan nafas kasar.
"Kita putus Ahreum." kata Jeno perlahan dan meneruskan langkahnya semula. Ahreum terkilan. Kenapa Jeno tiba-tiba memutuskan hubungan dengannya?
Tanpa teragak-agak Ahreum kembali mengejar Jeno. Kakinya laju berlari dan memeluk Jeno daripada belakang, menghalang lelaki itu untuk berlalu pergi.
"Lee Jeno jangan tinggalkan saya..." Ahreum bersuara sebak. Air matanya sudah mula bertakung. Jeno mengangkat wajahnya dan memejamkan matanya. Nafasnya ditarik dalam, dia sungguh marah sekarang. Sedaya upaya dia cuba mengawal amarah itu. Dia sudah hampir lemah dengan pujukan gadis itu.
Jeno memegang tangan Ahreum yang sedang melingkari pinggangnya dan perlahan-lahan melepaskannya. Dia memusingkan tubuhnya untuk menghadap Ahreum. Wajah Ahreum yang sudah penuh dengan air mata itu dipandang.
"Jangan seksa aku macam ini Ahreum. Aku lepaskan kau dan kau boleh teruskan hubungan dengan Hyungwon." Jeno berkata perlahan. Dia berpaling ke tepi, tidak mahu menghadap wajah Ahreum. Ahreum tersentak dengan kata-kata yang keluar daripada mulut Jeno.
"Je-Jeno awak dah tahu...?" Ahreum mengangkat wajahnya yang penuh dengan tangisan tadi, memandang Jeno dengan terkejut.
"Tch, dah tahu...?" Jeno tertawa kecil. Dia terkejut dengan jawapan Ahreum.
"Disebabkan aku dah tahu, aku boleh pergi dari hidup kau." kata Jeno mendatar dan menjeling Ahreum tajam sebelum dia melangkah pergi daripada situ.
Pada kali ini, Ahreum hanya membiarkan Jeno menjauh daripadanya, dia tidak menghalang. Anak matanya menghantar pemergian lelaki itu. Tangannya digenggam erat.
--
Matanya merenung kearah tasik itu, walaupun hanya ada beberapa tiang lampu yang menerangi kawasan itu, perkara itu tidak membuatkannya takut.
Dia sudah biasa dengan tempat ini, tempat untuk dia menenangkan perasaannya.
Jeno memejam rapat matanya, cuba membuang kenangan bahagianya bersama Ahreum, gadis yang pernah dicintainya dan pernah membuatkan hari-harinya bahagia. Namun sekarang tidak lagi. Semua itu sudah menjadi kenangan, dia perlu melupakan Ahreum.
Tanpa dia sedar, air matanya mulai menuruni melalui pipinya. Kenangannya bersama gadis itu tetap berputar-putar dan muncul. Walaupun sekuat mana dia cuba membuang kenangan itu, perkara itu tetap wujud di dalam ingatannya.
Makin lama, makin banyak air mata yang berjuraian jatuh. Di saat dia memutuskan hubungannya dengan Ahreum, semuanya bagaikan mimpi baginya, tidak disangka dia yang akan memutuskan hubungannya dengan gadis itu.
Semuanya jelas di dalam ingatannya. Ahreum yang sedang berpegangan tangan dan berpeluk di hadapannya bersama lelaki lain. Dia cuba menyembunyikan diri supaya tidak disedari oleh Ahreum. Hatinya bagai ditoreh-toreh.
Sekuat hati dia mahu menjerit dan melepaskan geram di dalam hatinya, tetapi mulutnya cukup berat untuk melepaskan semua itu. Sekali lagi dia menahan diri.
Tangisan itu mula kedengaran pada kawasan tasik yang kosong itu. Wajahnya diletakkan pada kakinya. Tangannya memeluk erat kakinya dan merapatkan pada dadanya. Tangisan yang sering ditahan, akhirnya jatuh jua.
Tanpa disedari Jeno, ada satu figura yang sudah lama memerhatikannya daripada jauh. Dia mengeluh sebelum perlahan-lahan dia mendekati lelaki itu dan meletakkan tin minuman berperisa epal di sebelahnya.
Kemudian, dengan berhati-hati dia meninggalkan Jeno yang masih menangis itu supaya tidak menganggunya dan Jeno tidak akan sedar akan kedatangannya.
--
"Kau dah putus dengan Ahreum?" Jaemin bertanya terkejut. Dia memandang wajah rakan baiknya yang sudah pucat itu. Jaemin tidak percaya.
Semasa dia melangkah masuk ke dalam kawasan sekolah, dia terus mendengar khabar angin tentang hubungan Jeno dan Ahreum yang sudah putus.
Dia terus berlari ke kelas Jeno sebaik sahaja waktu rehat tiba dan menarik lelaki itu keluar daripada kelas. Namun semuanya benar.
Jaemin terdiam apabila melihat Jeno sudah mengangguk dengan persoalannya tadi. Dia tidak menyangka Jeno dan Ahreum akan putus padahal Jeno sangat menyayangi gadis itu. Seperti merekalah pasangan paling bahagia.
"Ehem." Jaemin berdehem, membaiki suasana yang sudah hening itu. Dia memandang Jeno yang sedang termenung itu. Mahu sahaja dia bertanya sebab mereka putus, tetapi rasanya dia akan menerukkan lagi keadaan.
"Woi asal tinggal kitorang tadi!" Jaemin dan Jeno mengangkat wajah memandang kearah suara jeritan itu. Haechan, Renjun dan Yangyang sedang berjalan kearah mereka bersama Lee Heejin, adik kembar Haechan.
Mereka berempat datang mendekati Jeno dan Jaemin yang sedang duduk di bawah pokok itu.
"Nah aku belanja kau." Heejin meletakkan roti dan satu tin air minuman epal di hadapan Jeno. Jeno merenung tin air minuman itu sebelum mengangkat wajahnya untuk memandang Heejin yang baru melabuhkan punggung disebelahnya.
Heejin tersenyum manis kearahnya. Perlahan-lahan Jeno membalas senyuman gadis itu.
Heejin ke yang memberikan air ini padanya semalam?
Hai! kepada sesiapa yang confused, permulaan cerita ni banyak berkait dengan Say Yes dan ending I Love You pun akan diterangkan dalam ni.
Jadi pada sesiapa yang tak baca lagi, korang kena baca dulu untuk mengelakkan kekeliruan 😂
Pada awal-awal chapter, memang akan ada untuk flashback empat tahun lepas ( masa diorang sekolah ). Kan banyak scene Jeno dalam Say Yes dan I Love You tergantung, jadi chapter awal ni akan terangkan semua tu.
goodnight! ( harap-harap tak kena writer block ;-; )
✓ resonance series book three.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro