37 : Meant To Be (END)
Pagi ini, aku bangun lebih awal dari biasa.
Aku menoleh ke kanan, kelihatan Jungkook masih lena dibuai mimpi.
"Saranghae" Aku mengusap rambutnya lembut supaya dia tidak terjaga.
"Aku taknak kau bersedih lagi, cukuplah dengan apa yang kau dah lalui selama ni" Kataku sebelum beredar ke bilik mandi.
***
[ jungkook pov ]
Aku terjaga apabila terdengar bunyi pancuran dari bilik mandi.
"Kenapa Nayeon tak kejutkan aku ?" Soalan itu terabai tanpa jawapan.
Pintu bilik mandi terkuak. Nayeon keluar sambil memakai bathrobe membaluti badannya.
"Jungkook dah bangun ?" Tanyanya sambil tersenyum manis.
Oh tuhan..
Tolonglah ku sampaikan, pesan ini padanya, agar dapat rubawa~ kini, aku jatuh--
Pft acacah Afgan la hengko.
"Awalnya kau bangun harini" Kataku sambil duduk bersila menghadapnya.
"Mestilah, banyak lagi barang yang belum di packing untuk hari ni..." Balasnya perlahan.
[ nayeon pov ]
Tiba tiba, aku dapat rasakan deruan nafas lembut di leherku.
Seseorang memelukku dari belakang.
"Tak boleh ke kalau kau jangan pergi.." Kata Jungkook separa berbisik di telingaku.
"Kalau boleh.. aku pun tak nak pergi, tapi.. tak mungkin"
Jungkook membenamkan kepalanya dileherku. Dia cium leherku dalam.
"Aku akan rindukan semua tentang kau"
Jungkook memeluk pinggangku erat.
"Aku pun.. semestinya.."
Aku memegang tangannya yang sedang merangkul pinggangku.
"Boleh tak aku nak minta satu permintaan ?"
"Apa dia ?" Aku memusingkan kepalaku.
"Panggil aku oppa untuk hari ni je.. Aku teringin sangat nak dengar.."
Mataku membulat memandang Jungkook.
"Oppa ? Ei aku tak suka la.. lagipun kau ok je kan aku panggil kau Jungkook ?"
"Hm.." Jungkook tersenyum tipis.
Mukanya kelihatan kecewa.
"Takpelah.."
"Ada orang tu tengah kecewa~"
"Mana ada.."
Dia melepaskan pelukannya.
"Dah la, aku nak pi mandi daripada layan kau"
"Jungkook.."
"Apa lag-"
CHUP !
Jungkook memegang pipi kanannya yang baru dicium olehku.
Aku tersenyum manis.
"Oppa~"
***
Sepanjang perjalanan ke airport, kami senyap.
Langsung tidak berkata apa-apa.
Aku memandang ke arah Jungkook yang sedang khusyuk merenung ke luar tingkap.
"Cik Nayeon, kita dah sampai" Kata driver appa.
"Ah, nae.." Jawabku.
Appa tidak dapat turut serta menghantarku kerana urusannya yang banyak di pejabat.
"Jungkook, jom turun"
Jungkook masih lagi pegun di tempatnya, tidak berganjak.
Aku melihat tangan Jungkook yang sedang menggenggam sesuatu.
Loket itu...
"Jungkook.." Aku memanggilnya lagi.
"Eoh, ye ye jom turun" Jungkook segera membuka pintu kereta di bahagian tempat duduknya.
Loket yang dipegangnya disimpan semula ke dalam poket.
Mungkin tak jelas, tapi..
Aku masih nampak yang..
Jungkook mengelap air mata menggunakan tangan kirinya.
***
-Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon-
"Driver appa dah uruskan semuanya, sekarang kita tinggal tunggu flight aku, 30 minit lagi.." Kataku kepada Jungkook.
"Ok, kita tunggu sini ?"
guruguruguru~
Ow shiteu. Time time gini la perut buat hal.
"Ya ya kita tunggu sin-"
"Kenapa ? Kau lapar ea ?" Tanya Jungkook.
"S-sikit."
HAHAHAHA asal gementar sia.
"Jom, kita pi makan kat kafe dulu. Setahu aku dekat dekat airport ni ada kafe"
Jungkook memimpin tanganku untuk dibawa bersama.
"J-jungkook.." Pipiku terasa panas secara tiba tiba.
"Hm ?"
Jungkook memandangku pelik. Aku tunduk, nak cover muka la pelagi.
"L-lepas.."
Tiba tiba, Jungkook mengangkat daguku. Kami bertentang mata.
"Hey, kenapa blushing teruk sangat ni ? Macam tak biasa.." Jungkook tersenyum.
"A-aku.."
"Nak aku buat selalu ke lepas ni baru kau rasa biasa ?" Jungkook tergelak sendiri.
"Eish tak kelakar !"
Melihat Jungkook yang tak habis habis gelak,
Aku juga turut tertawa bersamanya.
"Dah, kkaja. Nanti lapar" Jungkook membawaku ke kafe berdekatan.
Tapi kalaulah lepasni kau memang boleh buat selalu kat aku..
***
"Jajang ! Here your favourite red velvet cheesecake honey~"
"Uwahh~!"
Jungkook meletakkan dua potong kek di atas meja kami. Memang favourite aku jela, mana ada kek lain 🌚
"Thanks Jungkook, you really know how to choose it"
"Aip, kata nak panggil oppa.." Jungkook mencebik.
"Hehe, yelah oppa tercinta 💕"
"Thats sound nicer"
Jungkook tersenyum. Aku terus menyuakan kek tersebut kedalam mulutku menggunakan garfu.
"Kau.. taknak suap aku ke ?" Katanya perlahan.
"Kau ni manjanya lahai nak aku suapkan"
"Ala please.."
"Malas" Aku tidak menghiraukan Jungkook. Hew padan muka.
Baru aku perasan, Jungkook memerhatiku lama. Haih, apa lagi la yang dia nak.
"Nak apa ?"
"Ei makan dahlah comot, orang kiss nanti baru tau"
"Urmm.." Aku segera mengelap mulutku menggunakan tangan. Aku menunduk.
Asal aku kuat malu sangat harini ?
"Aik, blushing lagi ke ?"
"Senyap,"
Tiba tiba, Jungkook mencubit pipiku menyebabkan aku terus memandangnya.
"Sakitlah !" Mukaku berkerut.
"Siapa suruh awak comel sangat.." Kata Jungkook tanpa memandangku, sebaliknya memandang ke arah lain.
Kelihatan pipinya pula merona merah.
Tak sedar diri.
"Acah la pfft" Aku tergelak kecil.
"J-janganlah tegur.." Jungkook menggosok belakang lehernya.
"Takpelah, lepasni aku bukan dapat tengok kau lagi pu-" Aku menekup mulutku.
Semalam, aku dan Jungkook dah janji jangan sebut pasal perpindahan aku hari ni.
Mata Jungkook menjadi sayu.
Alamak, cemana ni ?!
"C-cuaca harini cerah kan ?" Aku segera menukar topik lalu mengalihkan pandangan ke arah tingkap.
pale kau la cerah, gelap je aku tengok HAHA 🐷
"Tapi harini cuaca mendung la.." Balasnya tertawa sedikit.
"Hehe.." Aku tersenyum simpul.
Kami tertawa bersama sama, menghabiskan masa di kafe sementara menunggu waktu 30 minit.
Waktu terakhir kami.
Our last precious 30 minutes..
***
Aku tenung dia.
Dia tenung aku.
Kami tak cakap apa apa dari tadi.
"Dahlah, jangan ditenung patung tu lama sangat, hidup nanti kang baru tau" Kata Jungkook sambil memegang bahuku.
"Comel la.. kau tak nak payung aku ke.."
"Taknak"
"Pfft kejam"
"PERHATIAN KEPADA PENUMPANG PENUMPANG PENERBANGAN C.L 201 JAM 1045 KE LOS ANGELAS, SILA MENUNGGU DI GATE C5"
"Nayeon, tu flight kau kan ?" Tanya Jungkook.
"Eh, yelah. Aku nak pi ambik barang aku jap"
Tiba tiba, Jungkook tahan tangan aku. Aku menoleh.
"Kau.. nak blah cemtu je ke ?"
Tak.. mestilah tak..
"Kau nak aku buat apa ?"
"Aku.. nak minta maaf.."
"Hm ? What for ?"
"Everything.. everything that i did to you. Banyak salah aku kat kau selama ni. Aku buat kau kena tuduh meniru, aku dah calarkan nama baik kau.. Aku buat semua tu untuk kebaikan kau.. but lastly, aku yang tak boleh accept.. kau kena berpisah dengan aku.."
Jungkook menunduk. Aku memeluknya erat. Aku sembam kepala kat dada dia.
Sasa af 💕💕
"Aku faham semua tu. Aku pun rasa benda sama macam kau. Tapi, walau apapun.. aku harap kau bahagia dengan cikgu Yeri.. masa aku takde.."
Air mataku jatuh. Aku turut rasakan bahuku mulai basah.
Jungkook menangis..
Aku cuba tahan air mata aku. Aku merenggangkan pelukan sambil pandang Jungkook.
"Hey, janganlah nangis. Kau tak kasi aku nangis tapi kau pulak yang nangis.." Aku mengesat air matanya.
"Mianhae.."
"No, aku yang patut cakap thanks kat kau, aku rasa bahagia sangat time aku bersama dengan kau. Walaupun sekejap, aku memang srs happy gila. Kita kongsi benda best, sedih, semua sama sama. Tapi lepasni dah tak leh.. Jangan lupakan aku tau"
Dia menunduk.
Aku teringat sesuatu.
"Oh ya, satu hal lagi.."
Aku membuka rantai loket yang Jungkook bagi dulu. Aku ambil tapak tangan dia, letak atas tu.
"Ni.. aku nak kau simpan.. aku tak boleh nak pakai lagi.."
Jungkook pandang aku. Tangannya mengenggam tanganku dan loket ini.
"Jangan.. tolong jaga loket ni sampai bila bila"
Jungkook merangkul pinggangku. Dia cium bibir aku passionately tapi sweet. Aku membalas ciumannya.
Sumpah, ciuman paling lama pernah kami lakukan.
Dan aku pasti akan ingat.
Perlahan lahan, air mataku menitis lagi. Tak sangka aku akan tinggalkan dia.
"PERHATIAN KEPADA PARA PENUMPANG C.L 201, SILA MENUNGGU DI BALAI PELEPASAN GATE C5 SEKARANG"
Jungkook meleraikan ciuman.
"Jaga diri.. hope kau dapat future lebih baik kat sana"
"Hmm, kau pun.."
"Nampaknya, kita kena berpisah"
"Ya, aku tahu"
Jungkook menarik nafas dalam.
"Right now..
..WE OFFICIALY BREAK UP"
***
[ jungkook pov ]
Aku termenung, memandang ke arah luar tingkap kereta.
Nayeon cakap, jangan tunggu dia sampai flight berlepas. Dia suruh aku pergi dulu.
Dia taknak aku sedih lagi..
"I will miss you.." kataku perlahan.
Aku teringat patung yang Nayeon minta tadi. Kat kedai anak patung mesti ada yang serupa..
"Cik driver, nanti singgah kedai anak patung boleh ? Saya nak beli sesuatu.."
"Baik, cik Jungkook"
Driver appa Song membuka radio. Halah, bukan ada channel lagu best pun.
"Berita terkini, baru je beberapa minit lepas, pesawat C.L 201 yang berlepas ke Los Angelas meletup akibat minyak pesawat yang salah. Seramai 250--"
Aku tergamam.
Tu bukan flight Nayeon ke ?!
"Cik driver, kuatkan radio !!"
"Pesawat C.L 201 terhempas di padang besar Incheon--"
N-n-nayeon.. T-tak m-mungkin..
"Cik driver, patah balik !!!! PATAH BALIK !!!!"
Aku memegang loketku erat.
"EHHH PATAH BALIK LAHHHHH !!!"
"Cik Jungkook, BREAK NI TAK BERFUNGSI !!"
Aku melihat kakinya yang menekan pedal break berkali kali, tapi tetap tak berkesan. Mataku membulat.
Kelihatan sebuah lori treler besar betul betul dihadapan kami.
TET TET !!!!!!!!
"Song Nayeon, kita memang ditakdirkan bersama. Tunggu aku huh 😳"
BAM !!
- THE END -
MEANT TO BE WITH YOU TILL DIE
👫💑
🙈💕💕
housemate dah tamat gais 👏👏
berpuas hati dengan ending ? Pfft hahaha cruel af. srsly ni chap paling panjang, nak dekat 1.5k words wuhu.
berserabut sikit , tak best sangat. hahaha mian.
thanks for vote, thanks for feedback. mian ada feedback korang yg aku tk sempat balas af huhu
tysm jugak kat designer poster ff ni, orang yg bagi idea, orang yg support, fuh mmg membantu gegila ah kalau tak dah lama aku delete ff ni.
korang pun, thanks jgk sbb baca sampai habis. Pft dahlah aku update lambat hahahah 5 bulan baru habis update pft soreyy.
As a present..
nak special chapter ..?
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro