Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 53🔐

Okay done, triple update to recover that 'one chapter a day'


SEPANJANG pencarian mencari gaun kahwin yang terbaik buat unnie-nya, Son Naeun.

Hara banyak mengelamun, berulang- ulang kali ditegur, gadis itu masih lagi leka membelek gaun pengantin tapi fikirannya jauh melayang.

“Hara?” panggil Naeun mematikan lamunan Hara. Laju Hara mendongak.

Kakaknya cuma menggelengkan kepalanya, tak habis- habis dengan mengelamun!

“Apa yang berlaku? Unnie tengok Hara dari tadi mengelamun je kerja. Unnie bercakap pun macam bercakap dengan dinding ni haa.” perli Naeun sambil membetulkan gaun pengantin yang dikenakannya.

Hara cuma tersengih. Jambangan bunga yang diletakkan atas meja menunggu dibeleknya.

“Kenapa ni, Hara ada masalah ke dekat rumah? Bergaduh dengan suami? Atau assignment tak siap lagi?” soal Naeun lagi.

“Tak ada apa- apalah” jawab Hara seraya menyandarkan tubuhnya pada kerusi. Keluhan kecil terlepas dari bibirnya.

“Mustahil tak ada apa- apa..”

“Hem..” Hara mengeluh lagi. Dia mengangkat punggung sebelum merapati kakaknya yang sedang berdiri dihadapan full mirror sambil membelek gaun pengantin yang dikenakannya.

“Hara nak tanya boleh?”

“Tanya apa?”

“Em.. unnie dah berkawan lama dengan Mina, kan? Dah berapa lama agaknya?” soal Hara. Naeun cuma mengangguk dari pantulan cermin.

“Hem.. kira- kira hampir 3 tahun lah macam tu. Unnie jadi model pakaian dia sementara unnie tunggu tawaran kerja dekat Jepun. Dia yang approach unnie dulu.” kata Naeun. Hara mengangguk kecil.

“Kira lama jugaklah,kan?”

“Kenapa Hara tanya?”

“Sepanjang unnie kenal dia, unnie ada nampak dia sakit tak? Ke unnie ada nampak dia telan ubat ke?” soal Hara. Naeun diam sejenak. Dia pandang pantulan dirinya dari cermin. Berfikir sejenak.

“Tak ada rasanya. Kenapa tanya?”

“Tak ada, Hara saja je tanya.” balas Hara disambut gelengan dari Naeun. Hara cuma tersengih, gaun pengantin kakaknya dia belek di bahagian pinggang.

“Hara ni, unnie perhatikan, makin berisi.” ujar Naeun unnie buatkan Hara cepat- cepat menyentuh pipinya.

“Hah? Makin berisi? Hara dah gemuk ke?”

“Taklah, pipi Hara makin tembam. Makan apa sampai berisi macam ni?” soal Naeun, sebuah tiara kecil yang disediakan sebagai aksesori sampingan dicapai lalu diletakkan atas kepala.

Hara pula sudah leka membelek dirinya didalam cermin. Hei, dia rasa dia tak berisi sangat pun. Macam tu je..

“Mungkin sebab Hara makan banyak kot. Yalah, sejak akhir- akhir ni Hara suka makan banyak. Selera tak kena dengan masa!” jawab Hara, cuba mahu menyedapkan hatinya sendiri.

“Iyeke..”

“Ya kot.”

“Hara dah buat benda tu berapa kali?” soal Naeun buatkan Hara terjeda seketika.

“Kenapa tanya!” soal Hara semula. Pantang dia kalau topik itu dibuka. Malu tahu malu!

Unnie cuma nak tahu je. Dasar Hara otak kotor.” perli Naeun sebelum dia melangkah masuk kedalam fitting room. Hara mencebikkan bibirnya.

'Hara makin berisi ke?' Desis Hara dalam hati, pipinya dia sentuh. Dari pandangan Hara, dia nampak macam biasa saja.

Tak nampak tanda- tanda makin berisi ke apa.

Deringan dari telefon pintarnya buatkan Hara cepat- cepat mendapat telefonnya yang terletak diatas sofa menunggu tadi.

Panggilan dari Jimin.

Hara menggesel butang hijau sebelum telefon pintar dilekapkan pada telinga.

Sayang..

“Hem?”

Belum balik lagi ke?” soal Jimin di hujung talian.

“Belum lagi, kenapa?”

Hem.. sayang dah makan ke?” soalnya dengan nada suara yang lembut yang dapat menenangkan hati Hara buat seketika.

“Belum, kejap lagi Hara makan dengan unnie. Kenapa call ni?”

Tak ada apa- apa, sayang. Aku cuma rindu nak dengar suara kau. Jangan lambat makan tau, nanti- (Jimin oppaaa)” ucapan Jimin tergendala bila satu suara perempuan mencelah.

Hara mendiamkan diri.

“Awak dekat mana ni?”

Dekat pejabatlah sayang, yang tadi tu sepupu aku. Dia kerja sini (Mana ada, oppa tipu!) Diamlah! Hara sayang, aku tutup dulu eah? Nanti kita jumpa kat rumah. Bye.” ujar Jimin.

Belum sempat Hara mahu membalas, Jimin sudah matikan panggilan.

“Huh..”

.

Hem?

[🙌]
Hai, sila tekan vote serta komen jika anda sudi.
Thank you❤
[💓]

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro