Bab 5🔐
HARA mundar- mandir di ruang tamu rumahnya. Kuku jarinya dia gigit, panggilan dengan bakal suaminya buatkan dia menjadi resah. Eh? Bakal suami? Dia belum lagi bagi kata putus, kan? So, anggap jelah abang ipar. Erk.
Bunyi loceng rumah ditekan berulang- ulang kali buatkan Hara cepat-cepat melangkah menuju ke pintu. Dia membuka pintu dan serentak dia berpandangan empat mata dengan seorang lelaki yang nampak dingin perwatakannya. Mereka berpandangan seketika.
“Mana isteri aku?” soalnya, dingin. Tersangat dingin. Hara memberi ruang untuk lelaki itu masuk sebelum dia membawa Jimin ke tingkat atas. Tempat dimana Mina, isterinya itu sedang berada.
Dengan pantas Jimin meluru mendapatkan Mina yang sedang terbaring diatas katil sambil berselimut tebal serta tuala kecil pada dahinya.
“Sayang, macam mana boleh jadi macam ni?”
“Saya okaylah, Jimin. Demam sikit je. Hara dah bagi saya makan ubat. No need to worry about me.” kata Mina lirih, Jimin merengus perlahan. Hara yang berada di pintu bilik dijelingnya sekilas.
“Kan saya dah cakap, jangan pergi. Kenapa degil sangat!”
“Hey, saya okaylah. Cuma demam sikit, awak tak payahlah risau, Jimin.” bisik Mina sebelum pipi Jimin ditekupnya. Jimin menyentuh tapak tangan Mina.
“Macam mana saya tak risau? Kalau sayang sakit, saya pun sakit!” kata Jimin. Mina cuma tersenyum. Pandangannya dialihkan pada Hara yang sedang menggaru- garu lehernya yang tak gatal sambil matanya melirik pada jam di pergelangan tangannya.
“Jom balik, sayang. Kita pergi klinik.” ajak Jimin sebelum selimut yang membaluti tubuh Mina dia singkap. Namun gelengan yang diberikan Mina buatkan dahi Jimin berkerut.
“Saya tak nak balik, saya nak tinggal sini kejap.”
“Sayang, ini bukan tempat kita.”
“Jimin, tak boleh ke kita stay sini sekejap? Lagipun awak tak tengok lagi kan bakal isteri awak ni? Tu, awak berkenal- kenalan dengan Hara dululah. Saya nak rehat” kata Mina seraya menarik selimut lalu berselubung semula. Entahlah, dia rasa selesa sangat.
“Sayang.. we have to go.”
“No, you have to know Hara first, before we go.” kata Mina didalam selimut. Jimin mendiamkan diri, dipandangnya Hara yang sudah tidak ada dihadapan pintu bilik tersebut. Dah turunlah tu.
“Okay, lepas tu kita balik” kata Jimin sebelum meluru keluar dari bilik dan mendapatkan Hara yang berada diruang tamu. Gadis itu menoleh sekilas sebelum begnya dicapai.
“Encik nak balik, dah?”
“Tak.” jawab Jimin sepatah sebelum melabuhkan punggung diatas sofa diruang tamu tersebut. Hara mengetap bibir, dia melirik pandang pada jam didinding.
“Bila Encik nak balik? Saya ada kelas pagi ni” kata Hara perlahan. Bila mendapat pandangan tajam dari Jimin, cepat- cepat dia alihkan pandangan lalu menggosok lengannya. Kekok.
“Mina tak nak balik kalau aku tak berkenalan dengan kau.” kata Jimin. Again, ayat Jimin sangat dingin. Tadi bukannya main lembut cakap saya awak dengan Puan Mina, aku pulak hendak tak hendak je dia buat.
“Kau terima ke lamaran tak rasmi aku dari isteri aku?” soal Jimin, kening Hara terjongket.
“Tak, belum lagi. Kalau Encik tak nak, saya tak paksa. Encik boleh cari orang lain dan maafkan saya, saya kena pergi dah ni-”
“Pergilah.”
“Hahh, suka hati Enciklah. Kalau Encik nak balik nanti, jangan lupa kunci pintu. Bye!” kata Hara sebelum melangkah keluar dari rumah tersebut. Jimin cuma memerhati dengan pandangan redup. Dia mengeluh perlahan.
...
“Hara, mari duduk sini.” panggil Minhyuk sebaik aku memasuki pintu utama dewan kuliah tersebut. Mahu tak mahu aku mengambil tempat disampingnya bila dia menarik kerusi untuk aku duduk.
“Kenapa lambat?” soalnya.
“Oh, ada tebuan masuk dalam rumah, tulah saya lambat ni.” jawab aku lalu ketawa kecil bila melihat reaksi dia. Ya ampun, kalau dia fikir aku cakap betul- betul aku tak tahu nak buat apa lagi.
“Serius ni?” soalnya sambil senyum. Tahu yang aku sedang bermain dengannya. Hara ketap bibir, ya tuhan, senyuman dia tu. Fuh! Mencairkan hati aku yang sedia cair ni!
“Main- main jelah awak ni..” jawab Hara sambil mengeluarkan buku notanya. Minhyuk tersenyum kecil, dia tongkatkan dagunya sambil menyelak lembaran buku nota yang dimiliknya.
“Dr. Karl ada cakap apa- apa ke waktu kelas hari tu? Sayakan ada emergency, jadi tak tahu apa- apa.”
“Ohh ya, saya lupa nak bagitau yang kita ni partner, saya book awak dulu masa kelas tu. Jadi, senang kalau kita nak berbincang. Yalah, awak saya tengok, mana rapat dengan student lain.” terang Minhyuk seraya mengeluarkan kertas kerja yang perlu dilakukan.
“Ahh, terima kasih..”
“Ahh, ibu awak ada kat rumah hari ni? Saya nak melawat dia.” kata Minhyuk.
“Ibu tak ada kat rumah 2 minggu ni, dia ikut kakak saya pergi Jepun” jawab Hara sambil tersenyum. Nak melawat ibu mentua dia.. dan bercakap pasal rumah kan.. serentak dia teringat pasal rumahnya yang mempunyai penghuni lain.
Em, dua orang tu dah balik ke?
.
Heuh😥.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro