Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 49🔐

AKU call kau ni.. sebab aku rindu nak dengar suara kau..”

“Aku call kau ni.. sebab aku rindu nak dengar suara kau..”

Ucapan Jimin seakan masih terngiang- ngiang ditelinga Hara. Ketika dia tengah siapkan assignment pun, fikirannya melayang pada Jimin.

Masak makan malam pun, suara Jimin masih terasa berbisik- bisik ditelinga.

Ya ampun Hara, boleh tak lupakan dia buat sementara? Dia cakap macam tu untuk tease kau je.. em. Ya, tease kau je, Jimin kan naughty.

Dia tak rindu tu Hara, dia tak rindu, bisik Hara pada dirinya sendiri. Baju yang selesai dilipatnya itu dia masukkan dalam raga.

Ada ke patut dia rindu nak dengar suara aku, je? Em.. dia tak rindu orang dia ke? Hara menggelengkan kepalanya. Tak baik fikir bukan- bukan.

Ketukan pada pintu rumah buatkan Hara bergegas melangkah ke pintu rumah lalu membukanya. Tak tahulah kenapa, dia rasa happy pula.

“A-anyeong.” sapa Hara, briefcase hitam milik Jimin diambil bila Jimin hulurkan kepadanya. Senyuman Jimin buatkan hati Hara berdebar- debar.

“Em, annyeong wife.” balasnya.

Jimin melangkah masuk kedalam rumah sambil melonggarkan tali leher dan dua butang baju kemejanya.

“Em.. saya dah masak makan malam. Kalau awak tak nak makan, saya boleh simpan untuk esok-”

“Tak apa, tunggu aku mandi dulu lepas tu kita makan sama- sama.” jawab Jimin.

Hara mengangguk kecil, pandangan Jimin melekat pada wajah Hara buatkan gadis itu gelabah antara nak balas pandangan dia atau-

“Hara..”

“Em?”

Seriously, aku rindu kau.”

Sekali lagi, ucapan itu buatkan hati Hara berdegup kencang. Susah payah dia kawal riak wajah untuk tak menampakkan yang dia terharu.

Encik suami rindukan kita! Sukanya!

“Tapi baru beberapa jam kita tak jumpa. Takkan dah rindu, kot?” balas Hara. Sengaja mahu cover debaran dihati.

I don't know.. kalau diperhatikan.. bukannya ada yang menarik pun dekat kau ni. Tapi tiba- tiba aku rasa rindu pula dekat kau. So that's why I miss you.” bisik Jimin sebelum dia kenyitkan mata.

Hidung Hara dia cuit kecil sebelum dia melangkah naik ke tingkat atas, meninggalkan Hara terpinga- pinga sendirian. Seketika kemudian, terbit senyuman kecil pada bibirnya.

Haih, macam ni ke rasanya disayangi suami sendiri? Gembira dia tu, tak dapat nak ungkap dengan kata- kata.

Hara meletakkan briefcase Jimin didalam bilik kerja Jimin sebelum dia melangkah masuk kedalam dapur untuk menyediakan meja makan.

Senyuman pada bibirnya masih tak luput. Dia cuma terlalu gembira. Jimin si beku tu dan cair! Sedar tak sedar, lama dia tersengih sendiri dihadapan meja makan tu.

Hara menggeleng kecil, dia menuang segelas air untuk menenangkan dirinya.

“Hara..”

Uhuk! Uhuk!

Serentak Hara tersedar bila dia lihat Jimin tanpa memakai baju dan hanya tuala yang melilit di pinggangnya sedang melangkah masuk ke dapur.

“Kenapa tak pakai baju lagi?!” jerit Hara dengan tekaknya yang masih perit. Pandangannya dialihkan dari melihat aset Jimin.

“Belum mandi lagi, aku nak minum air, hauss.” jawab Jimin dengan sengihan. Eih, ketara sangat menipunya disitu!

“Hey, kenapa tutup mata? Aku tak bogel pun.” terdengar suara Jimin berbisik dibelakang Hara diselangi dengan tawa nakalnya.

Sebiji strawberry didalam mangkuk yang baru dipotong Hara dicapai lalu dimasukkan kedalam mulut.

“Te- tepilah Jimin..”

Tubuh Hara dipusingkan agar berhadapan dengan Jimin. Makin merah muka Hara bila melihat tubuh Jimin. Dia pejamkan matanya lagi.

“Jangan nakal boleh tak?”

“Nakal? Hem.. nak tengok aku jadi lebih nakal ke?” bisik Jimin, bibir Hara dipagutnya lembut.

Lengannya melingkar yang di pinggang Hara dia makin eratkan lagi.

Jimin leraikan ciuman, Hara palingkan wajah. Malu, tersangat malu.

“Nak ikut mandi sekali?” tanya Jimin, nakal saja nadanya.

“Pergilah mandi!” Hara memukul lengan Jimin perlahan buatkan lelaki itu ketawa.

Jimin capai lagi sebiji strawberry sebelum dia melangkah naik ke tingkat atas.

Hara pula, dadanya yang berombak dia sentuh. Fuh!

Aura Jimin sekarang ni, lain matciam!

.

Sha update hari ni untuk cover chapter hari khamis yg tak ter- update.

Maaf, enjoy your reading❤

Warning for next chapter, prepare your heart cause I may break it again.(😋)

[🙌]
Hai, sila tekan vote serta komen jika anda sudi.
Thank you❤
[💓]

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro