Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 47🔐

KETIKA Hara sedang elok menyemak buku- buku yang perlu dibawa esok. Balik je dari dinner tu, terus dia pecut cari buku.

Satu je sebab dia buat macam tu, dia nak elakkan diri dari Jimin. Bukan apa, Jimin ni.. boleh menganggu jiwa raga aku.

Dalam kereta tadi je aku rasa macam nak putus nafas, huh! Kenapa Jimin makin nakal ni?!

Sedar tak sedar, Jimin melangkah masuk kedalam bilik setelah menukar baju ke baju tidur satin berwarna kelabu.

“Hara..” panggilnya.

“Hem?” jawab Hara sambil membelakangnya Jimin. Dia mula menyelak lembaran buku-buku account.

Duh, berminggu dah dia tak masuk kelas, hampir lupa segalanya.

“Jom tidur.” ajak Jimin tanpa segan silu. Hara yang sedang menyelak buku itu terhenti seketika. Air liurnya ditelan, kesat.

“Err.. awak ti- tidurlah dulu.” balas Hara.

Gelabah dia cuba capai buku-buku nota yang berada diatas meja bila dia dengar derap kaki melangkah kearahnya.

Argh! Bertenang Hara, bertenang!

“Buat apa?” bisik Jimin, serentak sepasang tangan melingkar di pinggang Hara, buatkan perbuatan Hara terjeda seketika.

“Er.. tengah cari buku ni.”

“Tak boleh buat esok, ke?” bisik Jimin lagi dan terasa telinga Hara sedikit sejuk bila Jimin meniupnya. Mampuih!

This naughty side of him.. that I can't resist.

Emm besok saya dah nak masuk kelas dah.

Bangun awal esok, sambung cari buku, kalau tidur lambat tak elok..” bisik Jimin lagi.

Stop bisik- bisik boleh tak, Jeman? Aku anti ni, tak suka- ehem. I mean, i like it, but you doing it too much, whispering in seductive way? It's too much for my ear!! Hara berperang dengan dirinya sendiri.

Son Hara..

“Apa awak nak ni?” soal Hara, nada suara sedikit gementara bila Jimin makin eratkan pelukan.

Terasa bahagian baju dibahu Hara sedikit terlorot dan saat itu terasa bibir hangat Jimin bersentuhan dengan kulit bahu Hara. Makin gelabah Hara jadinya.

“Ke- kejap.” Hara jarakkan dirinya dari Jimin, wajahnya dipalingnya kearahnya lain.

Dia tak mahu bertentangan empat mata dengan Jimin kerana dia malu.

Apa yang aku nampak pada Jimin sekarang ni, Jimin makin berani bertindak semahunya pada aku selepas dia confess dekat dalam kereta tadi.

Hara.. cuma tak selesa. Macam ni sikap sebenar Jimin bila dah sayangkan seseorang? Kalau ya, it's will be hard for me.

Hey, nak kemana?” soalnya dan serentak lengan Hara ditariknya lembut. Hara menggeleng perlahan, sengihan kekok diberikan pada Jimin.

“Boleh tak.. jangan elakkan diri dari aku lagi? Jangan buat macam aku tak ada. Lepas aku dah confess dekat kau tadi, kenapa kau masih bersikap nak tak nak? Aku dah mula selesa dengan kau.. kenapa..”

“A-ani, saya bukan nak palaukan awak. Saya cuma.. saya cuma malu. Perubahan awak terlalu drastik. Saya-”

“Kau sayangkan aku tak?” soal Jimin. Hara mengangguk laju, Jimin tersenyum kecil. Tapak tangannya menyentuh pipi gadis itu lembut.

“Jangan elakkan diri dari aku lagi, please?” pintanya sebelum menarik Hara kedalam pelukan. Hara juga membalasnya.

Pelukan Jimin erat seakan tak mahu melepaskan Hara dan Hara sedar akan perkara itu.

Dia suka jika Jimin seperti ini. Tak kasar, tak dingin. Dia sukakan Jimin yang ni.

Tapi.. semuanya akan kekal ke?

.

Maaf sebab tak update kelmarin😥.

Banyak benda nak fikir, serabut otak. Oh- abaikan.

Huehuehue.

[🙌]
Hai, sila tekan vote serta komen jika anda sudi.
Thank you❤
[💓]

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro