Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 40🔐

SEBAIK Hara mencelikkan matanya, seluruh ruang penglihatannya dipenuhi dengan wajah Jimin.

Wajah lelaki itu begitu hampir dengan miliknya buatkan Hara dapat rasakan deru nafas Jimin yang menampar pipinya.

“Eung..”

Jimin mengeliat kecil dan serentak lengannya melingkar di pinggang Hara. Gadis itu mendiamkan diri.

Dia ambil kesempatan ini untuk merenung seraut wajah kacak milik Jimin itu. Peluang untuk bersama sang suami jangan dilepaskan.

Bukan senang tau nak dapat pelung macam ni. Huh.

Sedar tak sedar tapak tangan Hara sudah menyentuh pipi Jimin. Bila dia tersedar, laju Hara alihkan tapak tangan seraya menggeleng kecil.

Tak patut Hara, tak patut. Jangan menggatal okay? Bisik Hara pada dirinya sendiri. Perlahan- lahan lengan Jimin dia alihkan dari memeluk pinggang.

Hara bingkas bangun sebelum dia meregangkan badan. Hara melangkah menuju ke balkoni bilik, nafas ditarik sebelum dihembusnya. Argh! Nyamannya!

“Kau tak nak cuba cintakan aku?”

Secara tiba- tiba soalan Jimin semalam berputar di memorinya. Hara melepaskan keluhan kecil.

Cuba cintakan Jimin?

Kalau dia cintakan Jimin.. dia takut dia tersakiti. Jimin ada Mina dan dia hanyalah.. orang ketiga dalam rumah tangga mereka.

Tak berbaloi cintakan suami orang kalau dia tahu yang hasilnya akan tetap sama. Jimin akan tetap bersama dengan Mina akhirnya. Jadi tak ada bezanya.

“Huh..” Hara mengeluh perlahan.

Eih, kenapa tetiba dia nak fikirkan benda merunsingkan tu di pagi hari yang indah ini? Hara mengomel sendiri.

“Morning wifey..” bisik satu suara serak- serak basah sebelum Hara terasa ada  tangan yang melingkar di pinggannya.

Jimin back hug Hara secara tiba- tiba.

“Erk. mo- morning..” balas Hara tergagap.

Jimin berdehem perlahan, dia sembamkan wajahnya pada leher Hara.

Wi- wifey?” soal Hara dengan dahi berkerut, Jimin tak membalas. Dia cuma eratkan pelukan. Jantung Hara sudah berdegup kencang.

“Hem.. my wifey.

“Eum.. sa- saya nak mandi dululah. See ya.

Terus Hara leraikan pelukan Jimin pada pinggangnya sebelum dia meluru masuk kedalam kamar mandi.

Jimin lepaskan keluhan kecil. Hara ni, tak faham ke yang Jimin nak manja- manja dengan dia?

Benda tu seakan rutin pagi yang penting bila dia bersama Mina, jadi Jimin jadi terbiasa..

Hah..

Jimin mula termenung di balkoni bilik seorang diri untuk beberapa minit lamanya.

Fikirannya sesekali melayang pada Mina isteri pertamanya itu. Mulanya dia merasa risau, namun dia yakin Mina boleh jaga diri.

Jadi tak ada apa yang perlu dirisaukan, kan?

Untuk masa dua minggu ni, dia perlu fokus kepada Hara saja. Dia perlu cuba untuk terima Hara dan cintakan gadis itu secara perlahan.

Dah Mina bagi peluang, jadi takkanlah dia nak sia- siakan saja, kan?

Klek!

“Dah siap, awak pergilah mandi.” kata Hara sebaik dia melangkah keluar dari kamar mandi, siap berpakaian sekali.

Bayangkan kalau dia keluar berkemban tadi, masaklah dia layan Jimin yang dia kenal sedikit miang ni.

“Awak kerja, kan?”

“Erm..” balas Jimin dengan deheman saja.

Serentak dia melangkah merapatkan diri dengan Hara lalu berdiri dibelakang Hara yang tika itu sudah tersandar pada bucu meja solek.

Jimin sangkutkan dagunya pada bahu Hara.

W- wae?

“Bila start masuk kelas?”

“Dua hari lagi. Kenapa?” jawab Hara.

Pada pantulan cermin dihadapannya, dia nampak Jimin sedang pout.

Ya ampun, ni ke Jimin yang beku dan kejam yang dia kenal selama ni? Eum.. comel.

Aniya.. ” balas Jimin. Dia cium leher Hara sekilas sebelum melangkah masuk kedalam kamar mandi.

Hara terkebil- kebil.

Habis! Jimin dah buang tebiat!

.

Suka ler tu..

[🙌]
Hai, sila tekan vote serta komen jika anda sudi.
Thank you❤
[🙏]

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro