
Bab 34🔐
HARA melambaikan tapak tangannya pada Rowon yang sudah berlari masuk kedalam kereta. Hari ini, Rowon terpaksa pulang ke pangkuan keluarga kerana segala urusan ibunya diluar sana sudah selesai.
Bussiness trip Puan ni pun tak sampai seminggu sebenarnya. Jadi, bila dah selesai hal disana, dia terus pulang sebab bimbang Rowon buat hal.
Alaaaa baru nak ajak jalan- jalan ;(
“Maafkan saya Cik Hara kalau- kalau Rowon ada buat hal atau terkasar dengan Hara. Saya selaku ibu dia memohon maaf bagi pihak Rowon sendiri. Maaf kalau menyusahkan.” kata wanita itu, tapak tangan Hara dia tepuk perlahan.
Hara menggeleng kecil tanda tak ada apa- apa.
“Eh taklah Puan, Rowon ni budak baik. Dia selalu buat apa yang saya minta dan patuh. Tak nakal pun Puan..” kata Hara jujur. Hei, Rowon tak buat salah apa- apa pun, kan?
Wanita itu tersenyum bila mendengar Hara berkata begitu.
“Cik Hara ni memang baiklah orangnya. Patutlah Jimin tertarik nak ambil jadi isteri. Betul, kan?” puji wanita itu tepat- tepat ketika Jimin melangkah keluar dari rumah dan berdiri disamping Hara.
Kedua belah tapak tangannya dimasukkan kedalam poket seluar. Huh, nampak keangkuhannya disitu.
“Haih, saya doakan Cik Hara cepat- cepat mengandung. Lagipun keluarga Park ni dah lama menunggu. Ha, Jimin patut usaha. Lagipun Mina tak ada sekarang ni, kan? Peluang yang cerah untuk kamu berdua tu!” katanya sambil menepuk- nepuk bahu Hara.
Jimin hanya tersenyum kecil, tak ada balasan ataupun jawapan dia berikan pada wanita itu.
Sementara Hara pula sudah merah padam mukanya. Hish, tahu tak topik tu sensitif untuk Hara? Mana dia nak sembunyi muka ni? Malu tau malu!
“Em.. saya balik dululah Cik Hara. Sekali lagi saya ucapkan terima kasih sebab jagakan Rowon untuk saya sementara saya ke luar negara. Kalau ada masa saya akan bawa Rowon kesini lagi. Selamat tinggal.” katanya seraya melangkah ke kereta.
Sempat Rowon dan dia melambaikan tapak tangan bila kereta mula bergerak keluar dari halaman rumah. Hara membalasnya dengan lambaian tangan juga.
Masing- masing mendiamkan diri bila kereta wanita itu menghilang dari pandangan. Hara diamkan diri, dia kekok. Tersangat kekok!
“Tak nak masuk ke?” soal Jimin dingin. Huh! Dingin dia dah datang balik!
Cepat- cepat Hara melangkah masuk kedalam rumah, meninggalkan Jimin dihadapan pintu seorang diri.
Sekarang baru dia sedar yang dia betul- betul tinggal berdua dengan Jimin! Berdua!
Bermaksud akan banyak kehanatan yang Jimin bakal lakukan. Yalah, masa tinggal berdua ni, macam- macam perkara boleh berlaku.
Hem.. what i mean is.. Hara memandang Jimin dari ekor mata. Lelaki itu sudah melabuhkan punggung diatas sofa sambil menonton televisyen.
“Err.. a- awak tak kerja hari ni?” Hara memberanikan diri untuk menyoal. Yalah, pelik jugalah bila jarum pendek dah nak ke angka sembilan, tapi Jimin masih rilek je.
Anak mata Jimin yang bertaut dengan miliknya buatkan Hara secara tak sengaja mengemam bibir.
“Aku masuk pejabat lambat hari ni.” jawabnya. Sekali lagi, dia jawab dengan dingin.
Mata lelaki itu kembali menatap skrin televisyen. Jimin meraup rambutnya yang agak messy buatkan Hara terasa kena attack. Jimin menongkat wajahnya dengan tangan.
“Ergh! Hara.. kau masih ada kerja nak dibuat dari tengok mamat dingin tu. Buat apa? Oh, cuci pinggan” bisik Hara pada dirinya sendirinya. Dia cuma mahu larikan bayangan Jimin dari kepalanya.
“Ahjumma Lee! Biar Hara yang buat!”
“Hara..” panggilan Jimin serentak buatkan Hara yang baru mahu melangkah masuk ke dapur itu terhenti. Hara jongket kening.
“Ani.. tak ada apa- apa..” kata Jimin buatkan Hara terkebil- kebil.
“Oh..” Hara kembali ke dapur.
Sementara Jimin pula kembali mencuri pandang ke pintu dapur. Satu keluhan kecil dia lepaskan. Dia keluarkan dua tiket masuk ke taman tema dari poket seluarnya.
Hatinya berbelah bahagi. Patutkah..? Jimin menggeleng kecil.
Tanpa banyak tanda tanya lagi, dia koyakkan tiket tersebut sebelum dia masukkan semula kedalam poket seluarnya.
It's not that important, right?
.
Assalamulaikum, sha cuma nak cakap yg sha akan update one chapter a day.
Tapi sha tak janji.
Maaf, kalau mengecewakan.❤🙏
[🙈]
Hai, sila tekan vote serta beri author komen jika anda sudi.
Thank you❤
[💓]
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro