Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 29🔐

NOONA..

Panggilan Rowon buatkan Hara yang sedang mengelamun tersentak. Kanak- kanak lelaki itu memandang Hara sambil terkebil- kebil.

“Ohh, wonie. Kenapa?” soal Hara, tubuh kanak- kanak itu dia tarik rapat dengannya. Tangan kecil Rowon menyentuh pipi Hara yang basah itu.

“Kenapa noona menangis? Sebab wonie ni nakal ke?” soal Rowon dengan polosnya. Laju Hara menggeleng buatkan Rowon tersenyum.

Noona dengan Jimin ahjussi gaduh ke? Maaflah kalau Jimin ahjussi marahkan noona sebab wonie..” ucapnya perlahan. Hara menggeleng laju, pipi kanak- kanak itu dia tekup.

Aniya, Wonie tak salah pun sayang. Jimin ahjussi tu memang macam tu. Mood dia gila- gila sikit.” ucap Hara. Sengaja dia tekankan perkataan ahjussi tu sebab dia masih sakit hati dengan perangai Jimin.

Ha padanlah tu! Dah tua pun masih tak bagus lagi perangai tu.

Good morning, sweetie..” sapa Jungkook sebelum dia melabuhkan punggung diatas sofa disamping Hara. Gadis itu langsung tak membalas. Rowon cuma tersenyum sebelum dia kembali ke tempat mainnya.

Jungkook memandang Hara dari ekor mata. Dia tongkatkan wajah dengan tangannya. Tapak tangan Hara dia cuit perlahan.

“Jungkook, berhenti mainkan perasaan saya.” ucap Hara secara tiba- tiba. Jungkook terdiam. Sejurus kemudian lelaki itu tersenyum lebar.

“Saya tak mainkan perasaan awak pun, Hara..”

“Jimin cakap awak player.

Really? Dan awak percayakan dia?” soal Jungkook. Suaranya rendah dan kedengaran sangat menggoda. Hara jarakkan diri dari Jungkook.

Lelaki itu ketawa kecil. Dia sandarkan tubuh pada sofa sebelum lengannya dia letakkan pada dahi.

Bunyi deringan telefon pintar milik Jungkook serentak buatkan mata Hara menatap ke skrin telefon lelaki itu. Disitu, gambar seorang gadis menjadi penghias wallpaper telefon lelaki itu.

“Ouh.. she's my fiancé” ucap Jungkook dengan tenang.

Hara terdiam. Perasaannya bercampur baur. Jungkook gesel butang merah sebelum dia pandang wajah Hara yang mulai berubah. Jungkook rapatkan dirinya dengan Hara, pipi gadis itu dia usap perlahan.

“Ja- jadi apa maksud awak.. that we can try?” soal Hara. Dia betul- betul tak sangka. Jungkook lebih menyakitkan hati dari Jimin.

Melihatkan senyuman yang terbit dibibir Jungkook buatkan hati Hara makin bertambah sakit.

Let me correct it. What I mean is you can try, not we.” bisik Jungkook dan serentak Hara memukul dada Jungkook geram.

Sekarang barulah dia tahu bahawa Jungkook yang dia kenal selama ini bukanlah lelaki yang serius nak selamatkan dia dari situasi ni. Jungkook cuma.. tambah mengeruhkan lagi.

“Apa yang Jimin hyung bagitau awak tu semuanya betul. I'm a player and what player do is.. patahkan hati perempuan lemah macam awak.” bisik Jungkook buatkan Hara terkedu. Tubuh Jungkook ditolaknya.

“Awak dengan Jimin memang ditakdirkan wujud untuk sakitkan hati saya ke apa hah?!” tengking Hara sebelum dia berlari naik ke tingkat atas.

Jungkook mengeluh perlahan. Dia berpandangan dengan Rowon. Kanak- kanak itu menggelengkan kepalanya, mata bulatnya memaparkan kekecewaan pada Jungkook.

“Wonie..”

“Kenapa abang sakitkan hati noona?” soalnya. Jungkook terdiam. Rowon menggeleng kecil lalu dia melangkah naik ke tingkat atas untuk mendapatkan Hara.

Jungkook meraup rambutnya. Satu keluhan berat dia lepaskan menandakan dia mula sedar.

Pengakuan dia tak membawa apa- apa makna. Pengakuan dia cuma menambah kesedihan yang dialami Hara.

Jungkook tak pernah rasa semenyesal ini. Ini kali pertama dia rasa kecewa dengan dirinya walhal dia sudah pernah patahkan banyak hati wanita namun dia tak pernah rasa sekesal ini.

Jungkook, kau dah kenapa?

“Jimin hyung.. aku mengalah. Hara.. Hara milik kau seorang..” bisik Jungkook.

.

[🙈]
Hai, sila tekan vote serta komen jika anda sudi.
Thank you❤
[👀]

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro