Bab 28🔐
HARA melangkah longlai menuruni anak tangga menuju ke dapur. Jungkook yang berada di ruang tamu dia tak nampak langsung.
Gadis itu mengenakan hoodie tebal yang sedikit oversized namun nampak comel dimata Jungkook.
“Hara..” panggil Jungkook perlahan tapi tak dapat respon dari gadis itu. Jungkook pout. Melihatkan wajah muram Hara buatkan hati lelakinya menjadi tak sedap hati.
Memang Jungkook risau, tapi.. siapalah dia nak risaukan Hara yang bukan miliknya, bukan?
Terlepas juga keluhan kecil dai mulut Jungkook, dia campak kusyen diatas lantai sebelum dia melangkah ke dapur. Dia nampak Hara sedang termenung dihadapan peti sejuk.
“Hara- ssi..” panggil Jungkook lembut serentak menyedarkan Hara dari lamunannya. Gadis itu menoleh sekilas ke Jungkook sebelum dia menutup peti sejuk dan susu kotak dituang ke dalam cawan. Jungkook cuma memerhati.
“Okay tak ni?” soalnya.
“O- okay..” jawab Hara. Dia teguk susu tersebut sekaligus. Pandangannya cuba dilarikan dari memandang ke anak mata Jungkook. Dia tak mahu lelaki itu sedar akan kesedihan yang dialaminya.
“You lied.”
“I'm not.” balas Hara. Dia buka peti sejuk lalu susu kotak dia letakkan semula didalam peti sejuk. Sebaik peti sejuk ditutup, serentak tubuhnya dipeluk dari belakang.
Degupan jantung Hara yang tadinya normal menjadi laju bila Jungkook memeluknya dari belakang. Gadis itu mengetap bibirnya.
“Jangan senyap je.. hati awak akan bertambah sakit kalau awak senyap macam ni.” bisik Jungkook lembut.
“I don't want that..”
Hara mengemam bibir, pelukan erat Jungkook pada pinggangnya buatkan Hara menjadi sebak.
Kenapa.. Jimin tak seperti Jungkook? Kenapa Jimin tak boleh jadi seperti Jungkook?
“Lepaskan saya..”
“Hara, tolong jangan mengelak dari saya..” ucap Jungkook sebelum dia pusingkan tubuh Hara agar berhadapan dengannya. Anak mata Hara yang hampir penuh dengar air mata itu buatkan Jungkook makin berasa sedih.
“Hara.. saya memang tak tahu apa yang Jimin hyung buat pada awak, tapi please.. please kuatkan hati dan diri awak. Saya tahu awak kuat. Tolonglah bertahan..” bisik Jungkook.
Tubuh Hara ditariknya kedalam pelukan buatkan wajah Hara tersembam pada dadanya. Hara menangis kecil.
“Jungkook.. lepaskan saya. Nanti Ji- Jimin nampak..” rayu Hara seraya meronta perlahan. Rontaan yang lemah dan tak berdaya. Jungkook menggeleng perlahan namun dia tak tega melihat Hara dalam keadaan macam tu. Jadi dia memilih untuk melepaskan Hara.
“Hara..”
“Tolong jangan buat macam ni. Ki- kita bukan ada hubungan apa- apa pun. Kalau awak faham, tolong jauhkan diri dari saya. Saya perlukan ruang untu bersendirian.” ucap Hara lalu dia tinggalkan Jungkook di dapur seorang diri.
Di tingkat atas, dia terserempak pula dengan Jimin yang baru keluar dari bilik. Lelaki itu tersedar yang mata Hara sembab seperti lepas menangis.
“Kau kenapa?”
“Ma- mata masuk habuk.” bohong Hara namun Jimin belum cukup bodoh untuk memakan penipuan Hara.
Serentak lengan gadis itu dia tarik masuk kedalam biliknya. Hara tersandar pada pintu bilik dan renungan tajam Jimin buatkan dia kecut perut.
Hara alihkan pandangan.
“Kau buat apa dengan Jungkook?”
“Tak- tak ada apa- apa.” jawab Hara, Jimin menggeleng kecil. Dia tak percaya.
“Hara.. kau milik aku.”
“Kau bukan siapa- siapa untuk Jungkook. Jadi jangan berharap yang kau akan bersama dengan dia.” bisik Jimin dingin. Hara cuma memasang telinga. Jimin menyentuh pipi Hara lalu mengusapnya lembut.
“Lagipun.. kau tak kenal lagi Jungkook tu siapa. He's player.” bisik Jimin. Hara diam, Jimin jarakkan diri sebelum dia melangkah keluar dari bilik gadis itu.
Diluar bilik dia lepaskan satu keluhan berat, dia berpandangan dengan Jungkook. Mereka sama- sama merenung tajam antara satu sama lain.
“Tak sangka hyung..”
“Tch. Hentikan lakonan kau tu dan fokus pada tunang kau. Dia dah cukup terseksa di Busan. Aku tak nak kau seksa wanita aku pula.” perli Jimin buatkan Jungkook tersengih kecil.
Lidahnya menolak pipinya. Tak sangka yang Jimin akan cepat expose dirinya pada Hara.
“Hyung memang dah melampau..”
“Kau bagi dia fakehope. Aku.. cuma tak nak dia jatuh cinta dengan lelaki macam kau.” ucap Jimin. Jungkook ketawa kecil.
“Hyung.. you're already fall for her aren't you?” soal Jungkook buatkan Jimin terdiam.
Jungkook tersengih kecil. Hati Jimin memang senang sangat dibaca.
.
Jungshook tak?
[🙈]
Hai, sila tekan vote serta beri author komen jika anda sudi.
Thank you❤
[🙌]
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro