Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 23🔐

CIK HARA?

“Hem?” balas Hara yang sedang memasukkan pakaiannya kedalam almari. Mina menolak daun pintu sebelum dia melangkah masuk kedalam bilik Hara, dia ambil tempat di birai katil.

“Kalau Cik Hara perlukan apa- apa, inform je ahjumma lee. Jangan segan- segan tau?” ucap Mina seraya menyelitkan rambutnya yang panjang ke tepi telinganya.

“Ahh, terima kasih ya Puan.” balas Hara. Mina mengangguk perlahan, mereka mendiamkan diri sekali lagi kerana tak ada topik yang boleh dibuka untuk dijadikan topik bualan.

“Em, Hara busy tak seminggu ni?”

“Minggu ni cuti semester, Puan. Kenapa ya?” soal Hara semula. Kali ini dia sudah duduk bersila berhadapan dengan Mina.

“Cik Hara kenal kan budak lelaki nama wonie? Yang selalu minta teman Cik Hara ke taman tu?” soalnya. Hara memandang keatas, berfikir seketika.

“Ouh, Wonie. Kenal sangat Puan. Kenapa eah?”

“Ibu wonie minta Cik Hara jagakan Wonie seminggu ni sebab dia nak keluar negara bersama suami dia. Ada bussiness trip, itupun kalau Cik Hara tak keberatan. Lagipun Wonie macam selesa je dengan Cik Hara.” ujar Mina.

Hara anggukkan kepala tanda dia bersetuju. Mina tersenyum.

“Em.. itu jelah saya nak bagitau. Kalau Cik Hara nak apa- apa, minta dekat ahjumma lee atau dekat Jimin. Okay?” sekali lagi Mina memberitahu sebelum dia bawa langkah kaki keluar dari situ. Hara lepaskan keluhan kecil.

Hara menutup almari sebelum dia memilih untuk melangkah keluar dari bilik. Disitu dia terserempak dengan Jungkook yang turut keluar dari biliknya yang terletak berhadapan dengan bilik Hara sahaja.

Lelaki itu tersenyum.

“Nak kemana?” soalnya lembut sambil rambutnya yang sedikit messy itu dia raup kebelakang.

“Em.. nak ke dapur kejap. Dahaga.” jawab Hara, Jungkook mengangguk kecil sebelum mereka sama- sama melangkah ke dapur. Cawan diatas rak dicapai sebelum jag yang berisi air dituang kedalam cawan.

“Awak masih belajar, kan?” soal Jungkook sebelum melabuhkan punggung diatas kerusi tinggi. Hara yang sedang minum air tersentak.

“Ahh ya, kenapa?”

“Aniya.. patutlah nampak muda semacam. Ambik course apa?”

Account?” jawab Hara. Jungkook tersenyum. Dia angkat punggung lalu serentak dia hampiri Hara yang sedang berdiri dihadapan peti sejuk tersebut.

Hara diamkan diri bila terasa Jungkook sudah berdiri dibelakangnya. Tangan Hara yang sedang membuka peti sejuk terasa disentuh tangan kasar Jungkook.

Then, you're smart girl, aren't you?” bisik Jungkook dan serentak Hara lepaskan pegangan tangan Jungkook pada tangannya. Dia jarakkan diri dari lelaki itu.

“Le- lebih kurang macam tulah..” jawab Hara. Jungkook tersenyum lagi, dia keluarkan satu kotak besar susu coklat dutch lady lalu dituangnya kedalam cawan.

“Baguslah kalau macam tu.” kata Jungkook seraya meneguk sekali susu tersebut.

“Ehem!”

Deheman dari pintu masuk dapur buatkan Jungkook dan Hara serentak memandang empunya suara tersebut. Jimin sedang berdiri dipintu masuk dapur sambil berpeluk tubuh.

“Rancak berbual.” perlinya seraya memandang Jungkook dan Hara selang seli. Namun dia berikan tatapan tak puas hati pada Hara.

You should go to sleep now.” ujar Jimin datar lalu wajah Hara direnungnya tajam. Duh!

I am. Hem.. se- selamat malam.” kata Hara sebelum cepat- cepat dia melangkah keluar dari dapur dan naik ke tingkat atas.

Hyung.. tak rasa ke yang hyung terlalu kasar dengan Hara?” soal Jungkook bila Jimin melabuhkan punggung diatas kerusi disampingnya.

“Itu cara aku layan isteri aku-”

“Tapi hyung tak layan Kak Mina macam tu, pun.” balas Jungkook dengan sengihan. Jimin menjelingnya.

“Mina lain, Hara lain.”

“Ya Kook tahu, tapi Hara pun ada hati. Sama macam Kak Mina.” balas Jungkook tak mahu kalah. Jimin mendengus kasar.

“Diamlah, aku tahu apa aku buat.” kata Jimin lalu meninggalkan Jungkook di dapur bersendirian.

Hem, itulah Jimin. Tak makan nasihat.

.

[👀]
Hai, sila tekan vote serta berikan author komen jika anda sudi. Thank you❤
[😚]

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro