Bab 22🔐
“HARA, kemas baju kau, kita akan balik ke rumah petang ni.” ucap Jimin sebelum menghempaskan tubuhnya diatas katil. Hara yang sedang disofa itu cuma membalas dengan deheman.
“Saya dah kemas awal dah.. em, Puan Mina.. okay tak? Dia tak keluar bilik sejak semalam. Saya risau.” balas Hara.
“Tak ada apa yang perlu dirisaukan. Dia baik- baik je..” ujar Jimin. Hara mengangguk kecil. Phonenya kembali dibelek.
“Hara- ssi. I wanna make a new rules for both of us when we live together soon.” kata Jimin, lengannya diletakkan diatas dahi. Hara cuma memasang telinga. Dia pandang tubuh Jimin yang sedang berbaring diatas katil itu.
“Satu, aku tak nak tengok muka kau sekitar rumah kalau Mina ada sekali. Dua, jangan masuk bilik sesiapa kecuali bilik kau. Tiga, Jungkook, adik angkat aku akan tinggal dengan kita sementara, jadi jangan menggatal.
Empat, jangan cuba- cuba untuk pikat aku.. Lima, aku takkan jatuh hati pada kau.” bisik Jimin, kedengaran agak sinis dihujung ayat.
“O- okay.. kalau dah itu syaratnya. Apa yang boleh saya buat, kan?” balas Hara, setitis air matanya jatuh membasahi pipinya.
Hidupnya sekarang tak ubah seperti perempuan simpanan buat lelaki itu walaupun hakikatnya Hara adalah isteri kedua yang sah untuk lelaki itu. Huh.. malang. Tersangat malang.
“Kenapa awak tak minta saya tinggal asing je? Kalau duduk serumah, tapi macam orang asing, tak ada bezanya pun..” balas Hara. Jimin lepaskan keluhan berat.
“Mina tak izinkan. Jadi aku terpaksa.. ikut kehendak dia-”
“Macam mana dengan kehendak saya? Saya ni memang tak ada hak ke untuk suarakan kehendak saya ke, hem?” soal Hara mulai dibawa perasaan. Dia alihkan pandangan bila melihat Jimin duduk dibirai katil menghadapnya.
Melihatkan wajah Jimin yang cuma beriak biasa buatkan hati Hara semakin berkecai. Dia tahu Jimin takkan bersimpati tapi.. tak bolehkah kalau sekali lelaki itu menjaga hatinya?
Hei, ini baru hari pertama dia jadi isteri Jimin, tahu tak? Belum berminggu, belum lagi bebulan. Huh..
“Aku dah cakap, aku tak boleh selamatkan kau dari situasi macam ni-”
“Great. Tujuan saya hidup memang untuk dipergunakan, kan?” bisik Hara sebelum dia melangkah ke beg pakaian lalu duduk bersila diatas lantai.
Jimin cuma mampu melihat. Tak ada niat mahu memujuk. Jauh disudut hatinya dia bersimpati, namun ego lelakinya menghalang.
...
Suasana hening tercipta didalam kereta tersebut. Keempat- empat manusia tersebut masing- masing dengan dunia sendiri.
Jimin dan Mina duduk dihadapan, sementara Jungkook dan Hara duduk berdua ditempat duduk dibelakang.
Hara memilih untuk memandang ke luar tingkap dan saat itu terasa lengannya dicuit perlahan. Hara menoleh memandang Jungkook, disitu Jungkook lemparkan senyumab manis sebelum memberikan Hara dua biji coklat foreror rocher.
“Untuk hilang stress.” bisik Jungkook pada Hara. Teragak- agak Hara mahu mengambilnya dan bila tak ada pilihan lain selain mengambilnya.
“Gomawo.” ucap Hara dengan senyuman. Sebiji coklat dibuka dari plastiknya sebelum selamat masuk kedalam mulut.
Jungkook tersenyum. Dia tahu Hara sedang sedih, sebab itulah dia cari cara untuk gembirakan gadis itu walaupun caranya itu tidak akan membuahkan hasil.
“Cik Hara okay tak kat belakang tu?” tanya Mina seraya memandang Hara dari cermin pandang belakang.
“Okay je Puan.” jawab Hara dengan senyuman yang cuba dia maniskan. Jimin cuma memandang dari cermin pandang belakang.
“Hem, jangan layankan sangat Jungkook tu. Dia memang gila- gila sikit” ujar Mina buatkan Jungkook mencebik kecil. Hara ketawa kecil.
“Noona ni..” balas Jungkook namun senyuman pada bibirnya tak lengkang sama sekali.
“Dahlah kook nak tidur kejap. Jangan bising” ucapnya sebelum menyandarkan kepalanya di bahu Hara. Gadis itu mendiamkan diri.
Pandangan tajam Jimin dari cermin pandang belakang Hara biarkan saja. Malas nak ambil hati lagi.
Fuh..
.
[👀]
Hai, sila tekan vote serta komen sikit jika anda sudi.
Thank you❤
[😚]
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro