Bab 19🔐
HARA memandang pantulan dirinya dicermin.
Dia gementar sebenarnya, beberapa minit lagi dia akan sah menjadi isteri kedua kepada Park Jimin. Huh.. tak ada apa yang perlu dibanggakan.
Menjadi isteri kedua kepada seorang lelaki bukankah menyakitkan? Hara mengeluh perlahan.
Dahlah, semalam dia kena cuci telinga oleh bakal ibu mentuanya. Dia perlu buat benda ni dan jangan buat benda tu bila dah kahwin nanti.
Hem, yalah Hara. Kau dilahirkan dalam didunia ni memang perlu ikut semua telunjuk orang ke?
“Cik Hara?” panggilan Mina bila melihat Hara yang langsung tak sedar akan kehadirannya didalam bilik solek tersebut.
Bahu madunya itu dia sentuh perlahan dan serentak segala khayalan Hara terbang begitu saja.
“Ahh, P- puan?”
“Jangan fikirkan sangat pasal benda ni, Cik Hara. Saya yakin semuanya akan baik- baik sahaja.” lembut Mina berkata seraya menarik tapak tangan Hara lalu mengusapnya perlahan. Mina tundukkan wajah.
“Puan, to- tolong jangan menangis. Saya minta maaf kalau saya ada sakitkan hati Puan.” ucap Hara, dia gelabah sebaik melihat Mina tersenguk- senguk menangis.
Hara jadi serba salah.
“Tak.. bukan salah Cik Hara.. saya cuma happy yang Jimin akan bersama dengan wanita yang lebih baik dari saya.” ucap Mina buatkan Hara menjadi sebak. Namun dia kuatkan saja dirinya sebelum bahu Mina dia tepuk perlahan.
“Puan..”
“Tolong buat yang terbaik, Cik Hara. Saya yakin awak boleh bahagiakan Jimin, bila saya tak ada nanti.” ucapnya.
“Puan..”
Hara mendiamkan diri. Dia tak faham sebenarnya, kenapa Mina begitu baik dan rela melihat suaminya kahwin lain walaupun dia tahu yang dia takkan mampu menahan rasa sakitnya?
“Sa- saya tak janji.”
“Cik Hara memang tak boleh berjanji, ianya datang dari dalam hati. Kalau Cik Hara sudi, jadilah isteri yang terbaik untuk suami saya. Cik Hara akan bahagia.. begitu juga saya..”
Mina mendongakkan wajah. Hara mengetap bibir, pandangan mata wanita itu buatkan Hara menjadi resah. Ianya menganduni pelbagai makna.. dan Hara tak mampu mentafsirnya dengan kata- kata.
...
“Park Jimin, adakah anda sudi menerima Hara sebagai isteri, menjaga dan menemaninya hingga ke tua nanti?” soal lelaki tua tersebut.
Hara tidak mendengar jawapan seterusnya dari Jimin kerana otaknya sedang berputar wajah sedih Mina tadi.
“Cik Hara?” soal lelaki tua tersebut. Hara angkat wajah, tak sedar yang lelaki itu sudah menyoalnya dengan soalan yang sama tapi dia tidak dengar sama sekali.
“S- saya setuju.” jawab Hara kalut bila sedar yang Jimin merenung tajam. Hei, nak kena cucuk ke mata?
Mata Hara meliar memandang ke para tetamu yang datang. Namun kelibat Puan Mina tidak kelihatan sampai sekali. Hara sudah resah, jangan dia buat benda bukan- bukan sudah!
Disudut lain pula, Mina sedang berdiri di balkoni di dewan makan tersebut. Dia cuma tak nak breakdown masa majlis menyatukan Jimin dah Hara didewan yang lain. Dia tak nak Jimin risau. Hem..
“Noona buat apa kat sini?” soal seorang lelaki yang merupakan adik angkat kepada Jimin. Jeon Jungkook.
“Em? noona tengah ambil angin ni.” bohong Mina. Jungkook ketawa kecil, dia menyandarkan tubuhnya pada palang besi sebelum matanya turut sama memandang lurus kehadapan.
“Noona tak payah nak tipu Jungkooklah.” balas lelaki itu. Mina mencebik sebelum dia tundukkan wajah. Kukunya dia belek.
“Kenapa noona relakan saja Jimin hyung kalau tahu akan sakit macam ni?” soalnya. Mina menggeleng perlahan.
“Asalkan Jimin bahagia-”
“Kalau Jimin hyung tak bahagia?”
Mina mendiamkan diri. Dia mengeluh perlahan. Wajah Jungkook yang nampak innocent itu dia pandang sayu sebelum Mina menggeleng perlahan.
“He will.”
“Puan!” panggil Hara dan serentak dia berdiri berhadapan dengan Mina. Hara tercungap- cungap. Mina cuma tersenyum kecil. Kini gadis dihadapannya itu sudah betul- betul sah menjadi madu dan isteri kedua suaminya.
“Puan okay tak?”
“Mestilah okay.” jawab Mina, entah kenapa kelibat Jimin yang berada disamping Hara buatkan Mina secara tiba-tiba berasa sebak. Dia berlari keluar dari ruangan tersebut diikuti dengan Jimin.
“Mina!”
“Huh..”
Hara mengeluh perlahan. Sendu betul wedding dia ni, kan?
“Awak, Son Hara bukan?” soal lelaki yang bersama dengan Mina tadi. Hara mengangguk perlahan, mereka sama- sama jalan beriringan ke ruangan tengah.
“Saya Jeon Jungkook, adik Jimin. I mean, adik angkat.” katanya.
“Em, nak menari tak dengan saya?” soalnya dan tanpa sempat Hara mahu menolak, pinggang sudah dipaut oleh lelaki itu.
“Tapi saya tak-”
“Ikut je rentak saya..” bisiknya dan tubuh aku perlahan- lahan mengikuti rentaknya.
“Welcome to Park family.” bisiknya.
Huh.. jangan buat hati aku dup dap dup dap boleh tak?
.
[👀]
Hai, sila berikan author vote serta komen sikit jika anda sudi. Thank you❤
[😚]
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro