Bab 17🔐
SEMINGGU Hara busy nak prepare wedding dengan Jimin. Seminggu tu jugalah dia rasa hidupnya sedang dikongkong. Tak boleh buat itulah, tak boleh buat inilah.
Hei, fikir Hara ni budak- budak ke nak kena arah itu dan ini?
“Cik Hara tak nak cuba heels ni?” soal salah seorang salesgirl selepas aku ditarik ke ruangan kasut tumit tinggi yang memang sudah di design khas untuk aku.
Rekaan yang luar biasa dan tentu harganya bukan biasa- biasa juga. Hara cuma mampu menurut bila dia mendapat jelingan dari Jimin yang sedari tadi asyik membelek telefon pintarnya. Seramlah, Jimin oi!
Cepat- cepat Hara melangkah mendapatkan salesgirl tersebut lalu memasang heels pada kakinya.
“Nampak cantik untuk Cik Hara.” puji gadis itu lalu Hara dipimpin ke cermin full body untuk meneliti penampilannya disitu. Em, not bad.
“Cik Hara nak tambah apa- apa ke?”
“Ani-”
“Dekat mana ruangan untuk nightgown?” soal Jimin secara tiba- tiba. Gadis itu menunjukkan arah dimana ruangan untuk nightgown itu berada. Jimin menyerahkan telefon pintarnya pada gadis itu dan memintanya untuk mencari nightgown yang sama seperti didalam gambar.
Gadis itu berlalu meninggalkan Hara dan Jimin berdua.
Bila Jimin pandang kearahnya, laju Hara alihkan pandangan. Kasut tumit tinggi yang dihiasi manik- manik putih itu dia belek. Eum.. cantikkan, Hara? Soalnya pada dirinya sendiri.
Baru je Hara mahu pusingkan tubuh kebelakang, dia terpelesot kerana terkejut dengan jarak Jimin yang tiba- tiba saja berada dekat dengan tubuhnya. Refleks lengan Jimin melingkar di pinggang gadis itu.
Hara sudah kelu. Tapak tangannya yang melekap didada lelaki itu dia alihkan. Anak mata Jimin yang menikam anak matanya buatkan Hara kalut sendiri.
“Huh.. cuai.” perlinya seraya meleraikan pelukan. Hara cuma cebikkan bibir, dia melangkah ke sofa sebelum melabuhkan punggung diatas sofa. Kasut tumit tinggi dia lepaskan dari kakinya. Hah.. rasa legalah pula.
“Tolong jangan cuba untuk tarik perhatian aku, I'm not going to fall for it.” ucap Jimin. Hara hanya cebikkan bibir, dia dongakkan wajah sebelum dia berpandangan dengan Jimin yang sedang berpeluk tubuh.
“Saya tak sengajalah.” balas Hara. Jimin cuma membalas dengan pandangan yang dingin dan tajam. Baru saja Jimin mahu membalas, salesgirl yang tadi datang sambil membawa beberapa helai nightgown berlainan warna dan jenis fabrik.
“Ini dia, Encik” ucap gadis itu sebelum meninggalkan Jimin dan Hara berdua sekali lagi. Jimin mencapai sehelai nightgown sebelum membeleknya.
“Come here.” arah Jimin. Hara cuma menurut sebelum dia melangkah menghampiri Jimin dan berdiri dihadapan lelaki itu.
Jimin meletakkan nightgown satin berwarna peach itu dihadapan Hara. Tujuannya adalah mahu melihat Hara memakainya tanpa mengenakannya.
“Untuk apa?”
“Kita kahwin ni dengan satu niat je, aku perlukan anak. Jadi kau perlu nampak menarik dihadapan aku supaya aku ada hati nak bersama dengan kau.” ucapnya lalu sehelai lagi nightgown berwarna maroon ditayangkan dihadapan tubuh Hara.
Ew, apa aku dengar ni?
“Kita perlu keikhlasan hati untuk bersama bukan hanya nafsu dan niat semata.” balas Hara. Jimin menjelingnya.
“Aku lelaki, dan lelaki sukakan wanita yang cantik dan berpenampilan menarik. Tapi untuk kes kau, cinta dan kasih sayang aku perlu tolak tepi.” ucap Jimin dingin. Hara mengetap bibir.
“I'm not your doll.” balas Hara. Cara Jimin melayannya sudah menyakitkan. Hei ini belum kahwin lagi tahu tak? Kalau dah kahwin nanti, hish! Mahu putus nyawa dia melayan kerenah.
“Aku tak gelar kau macam tu pun..”
Hara menarik nightgown yang Jimin sedang pegang sebelum dia tarik tali leher Jimin buatkan jaraknya dengan lelaki itu menjadi rapat.
“Saya mungkin taklah secantik dan seseksi Puan Mina, tapi saya ada cara sendiri untuk goda awak..” bisiknya. Jimin tersengih sinis, serentak dia lingkarkan lengannya pada pinggang Hara. Kali ini Hara jadi kalut.
“Walaupun kau ada cara tersendiri, kau takkan mampu gantikan posisi Mina dalam hati aku. Note that.” bisik Jimin serentak pelukan pada pinggang bakal isterinya itu dia lepaskan.
Hara terdiam, urgh! Menyakitkan hati betul!
.
[👀]
Hai, sila berikan saya bintang kuning serta komen jika anda sudi. Thank you❤
[😚]
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro