Bab 12🔐
“CIK HARA?”
panggilan dari Mina buatkan Hara yang sedang termenung tersentak. Mina yang sedang tersenyum membuatkan hatinya yang sedang gusar menjadi tenang.
“Unnie cik Hara dah ceritakan semuanya kepada saya. Pasal benda tu.. Cik Hara jangan risaulah, saya akan pastikan suami saya tak tinggalkan Cik Hara.” bersungguh- sungguh Mina berkata seraya tapak tangan Hara yang berada diatas meja dia sentuh.
“Bukan itu maksud saya Puan, saya bukan nak paksa suami Puan untuk terima saya jauh sekali nak jauhkan Puan dari suami Puan. Saya cuma risau..” Hara tundukkan wajah. Semalaman dia berfikir tentang perkara itu.
“.. tentang nasib saya selepas saya mengandungkan anak suami Puan..” kata Hara perlahan. Mina tersenyum kecil.
“Cik Hara janganlah fikirkan sangat pasal benda tu. Saya akan pastikan yang suami saya tak lepaskan Cik Hara. Em, sebagai solusinya, Cik Hara pikatlah suami saya, buat dia jatuh cinta dengan Cik Hara. Dengan cara itu, saya yakin Jimin takkan lepaskan Cik Hara.” terang Mina. Hara mengeluh perlahan.
Apa dia ingat buat orang jatuh cinta ni semudah 1, 2, 3 ke? Dahlah Jimin tu tengok muka Hara pun dia tak sudi, ini lagi buat lelaki itu jatuh cinta pada dia? Uwaw sungguh tinggi angan- angan anda, Son Hara, desis Hara dalam hatinya. Huf.
“Cik Hara jangan fikirkan sangat, eah? Em.. esok kita jalan berdua pergi butik pakaian pengantin. Cik Hara cakap je Cik Hara nak theme apa, saya akan minta wedding planner buatkan. Tak payah segan- segan ya Cik Hara?” katanya lembut.
Hara sudah ketap bibir, niatnya mahu menolak tawaran berkahwin dengan Jimin itu dia terpaksa batalkan. Hara jadi tak sampai hati dengan kesungguhan Mina mahu menjadikan dia isteri kepada suaminya sendiri. Mahu kepada diri.
Kenapa Mina begitu tabah? Dia tak sakit hati ke? Kalau orang lain, bermati- matian tak nak suami dia kahwin lain. But this? Mina.. memang betul- betul perlukan dia.
“Cik Hara nak theme apa?” soalnya, Hara terkebil- kebil.
Tema? Tema waktu kahwin? Eum.. Hara sukakan jungle, sebab Hara ni lasak sikit. Tapi.. takkan nak kahwin dalam hutan pulak, kan? Huish!
“Erk.. sa- saya tak tahu. Saya ikut Puan jelah.” jawab Hara seraya menggosok lengannya. Mina senyum.
“Em.. masa saya kahwin dengan Jimin dulu, tema kami Cinderalla. Sampai dia sendiri sarungkan saya kasut tumit tinggi. Kalau Cik Hara nak tahu, Jimin tu romantik tau. Kalau Cik Hara pandai ambil hati dia, Jimin mesti jatuh cinta dengan Cik Hara.” kata Mina. Hara hanya memasang telinga.
Puan tahu tak yang suami Puan dengan saya ni tak sebulu? Eish, mahu je dia cakap macam tu. Tapi.. tapi.. dia kenalah jaga hati orang, kan?
“Cik Hara ikut tema saya, nak?”
“Banyak tak prop dia, Puan? Kalau banyak, saya rasa bayaran dia pun mahal, kan?” soal Hara kekok. Mina tersenyum.
“Kalau pasal harga tu, Cik Hara tak payah risau, suami saya yang tanggung semuanya.”
Terus terbeliak mata Hara jadinya. Jimin yang tanggung? Minta simpang! Lelaki itu takkan semudah itu hambur duit untuk perempuan rendah taraf ni. Mesti dia cakap macam itu untuk sedapkan hati Mina saja.
Huh.. tak boleh ke kalau aku kahwin dengan Minhyuk je? Puh! Jauh berangan!
“Sa- saya nak bincang dengan Encik Jiminlah kalau macam tu. Takut dia.. terlebih bayar pulak.” kata Hara, Mina angguk kecil. Setuju dengan cadangan Hara.
“Baiklah kalau macam tu, lagipun Cik Hara dan suami saya boleh berkenal- kenalan, kan?” kata Mina sebelum jus apel disedutnya menggunakan straw. Hara cuma senyum kelat.
Huh.. berkenalanlah sangat.
.
Wujud ke perempuan macam Mina dalam dunia ni😞?
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro