Bab 1🔐
❝I'm your wife❞
_______________
PARK Jimin mengurut keningnya perlahan. Dia tak tahu hendak menasihati isterinya bagaimana lagi.
Berita yang dia terima dari assistance isterinya yang mengatakan bahawa Mina sudah melamar seorang gadis untuk dijadikan isterinya buatkan lelaki itu jadi lemah satu badan. Jimin menghempaskan tubuhnya diatas sofa diruang tamu.
Dia geram, kenapa Mina tak pernah faham bahawa dia hanya mahu Mina seorang saja yang menjadi isteri kepada dirinya? Dia tidak mahu ada kedua dan ketiga.
Dia tidak pernah terfikir untuk menduakan Bae Mina isterinya itu. Dia tidak pernah terfikir walaupun sekali.
“Jimin?” panggilan lembut dari Mina tidak mendapat respon dari lelaki itu. Mina tarik senyum tipis sebelum menuruni anak tangga lalu melabuhkan punggung disamping Jimin.
“Awak banyak kerja eah hari ni?” soal Mina sebelum merehatkan kepalanya didada Jimin. Lelaki itu masih kekal mendiamkan diri. Mina tarik senyum nipis.
“Kenapa buat keputusan tanpa berbincang dengan saya?” tanya Jimin datar. Mina senyap. Dia jarakkan diri dari Jimin sebelum wajah kacak Jimin dia renung dari dahi hingga ke bibir.
“Kalau saya berbincang dengan awak, belum tentu awak setuju dengan cadangan saya-”
“Macam mana saya nak setuju sayang? Kalau cadangan awak merosakkan status perkahwinan kita?” celah Jimin. Berkerut wajahnya menahan marah yang membuak- buak.
“Saya cintakan awak, Mina. Sangat- sangat” ayat keramat itu diucap Jimin dengan penuh rasa cinta dan emosi.
Mina cuma tersenyum. Jarinya bermain dengan dada Jimin yang masih berlapik dengan kemeja kerjanya.
“Saya tahu, Jimin. Saya cintakan awak juga. Tapi cinta kita semata tak cukup. Keluarga awak perlukan zuriat untuk menjadi penerus bagi keturunan keluarga Park. Saya tak mampu beri. Mama awak pun dah bising. Jadi sebagai konklusinya-”
“Awak lamarkan saya seorang gadis?” tanya Jimin. Mina mengangguk.
“Saya buat macam ni sebab saya cintakan awak, Jimin. Lagipun perempuan yang saya lamar ni muda, dia cantik. Nama dia Son Hara. Percayalah Jimin, dia gadis yang baik.” bersungguh- sungguh Mina mahu mengenalkan Hara, bakal madunya itu kepada Jimin.
Lelaki itu mengetap bibir. Dia jarakkan diri dari Mina sebelum mengangkat punggung.
“Saya tak kisah apa pun pandangan awak pada dia. Dia cantik pun takkan dapat kalahkan kecantikan yang isteri saya miliki. Apapun yang awak buat, saya takkan kahwini dia” tegas Jimin berkata sebelum kakinya dibawa untuk melangkah ke tingkat atas.
“Kalau awak tak nak kahwin dengan dia..” Mina mengetap bibirnya.
“..ceraikan saya.”
Automatik kaki Jimin berhenti melangkah. Ayat itu buatkan tubuh Jimin menggeletar. Dia menoleh memandang Mina yang sedang duduk diatas sofa seraya menundukkan wajah.
“Tolong buat semua ni demi saya, Jimin” kata Mina separuh merayu. Dengan mata yang berair. Jimin menggepal tapak tangan.
“Baiklah, kalau itu yang awak nak. Tapi jangan salahkan saya kalau awak sakit hati.” kata Jimin sebelum meluru naik ke tingkat atas.
Mina sudah menangis diatas sofa. Salahkah pilihan dia nak bahagiakan Jimin dan semua orang?
Salahkah?
.
Hai syg😗 happy new year!
Ini fanfic kedua Park Jimin dari author. Author nak try genre sad+romance.
But, don't expect too much romantic scene from this fanfic, ye?
Muah😚
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro