Bab 24🔐
PAGI itu Hara bangun awal sebab dia mahu menyambut kedatangan Wonie, anak buah kepada Puan Mina tersebut.
Selepas membersihkan diri, Hara melangkah keluar dari bilik dan mencari kelibat wanita yang digelar ahjumma lee oleh Puan Mina semalam disekitar dapur. Namun hasilnya hampa, mungkin wanita itu belum sampai lagi?
“Eh, Puan. Awalnya bangun. Pakai cantik- cantik nak kemana?” sapa Hara sebaik kelibat Mina kelihatan melangkah turun dari tingkat atas.
Wanita itu mengenakan dress pendek berwarna maroon dengan rambut hitamnya yang panjang didandan cantik. Mina cuma tersenyum bila disapa begitu.
“Ouh, saya ada meeting hari ni dengan pereka fesyen dari London. Katanya nak collab dengan saya. Cik Hara awal bangun hari, ni?” jawab Mina lalu dia melangkah ke dapur sebelum peti sejuk dibuka. Susu kotak dikeluarkan dari situ.
Hara hanya memerhati dari belakang.
“Em.. ter-rajin pula, Puan.” balas Hara sambil tersengih. Mina cuma ketawa kecil.
“Oh ya, Wonie akan sampai jam lapan nanti. Jimin tak kerja hari ni, Jungkook pula.. em tak tahulah. Ahh kalau Cik Hara cari ahjumma lee, dia datang pukul 10 nanti. Em.. Cik Hara pandai masak, kan?” soal Mina. Hara angguk kepalanya.
“Saya pergi dulu Cik Hara.”
“Hati- hati memandu, Puan.” balas Hara seraya melambaikan tapak tangannya. Mina cuma membalas dengan senyuman sebelum kelibatnya hilang dipintu utama rumah tersebut.
Hara melepaskan keluhan kecil sebelum dia mulai mencari perlahan untuk memasak sarapan. Hem.. pagi ni, dia rancang nak buat sandwich telur jela memandangkan nasi sejuk tak ada.
So.. here we go!
Hara mula sibuk membuat sarapan didapur untuk beberapa minit saja. Just simple sandwich.
Ketika itu, telinga Hara menangkap suara air memercik dari arah kolam renang. Hem, Jimin.. atau Jungkook yang dah bangun?
Hara melangkah ke pintu belakang yang terbuka. Disitu tersedia sebuah kolam renang terbuka. Hara bulatkan mata bila dia lihat Jungkook sedang berenang didalam kolam renang, shirtless!
Oh my goat!
“Eh.. Hara..?” tegur Jungkook bila Hara mahu membuka langkah pergi dari situ. Jungkook sedang menongkatkan dagunya ditepi kolam renang tersebut.
“Buat apa kat sini?” soalnya dengan senyuman yang aku tak tahu apa makna disebaliknya.
“Ahh.. I'm just checking. Pelik je bila dengar bunyi air terpecik. He..” jawab Hara. Jungkook tersengih.
“Hara tengah check pool ke, check saya?” nakal saja nada suara Jungkook bila bertanya soalan tersebut buatkan pipi Hara menjadi merah.
Dia menggeleng laju sebelum dia alihkan pandangan dari memandang Jungkook yang sedang tersengih nakal itu. Saat itu juga dia terdengar suara air terpecik sekali lagi dan Jungkook sedang melangkah kearahnya.
“Naughty..” bisik Jungkook tepat ditelinga Hara buatkan gadis itu pusingkan tubuh dan serentak jantungnya berdegup tak berirama bila jarak Jungkook sangat rapat dengan dirinya.
Ya tuhan, abs! Abs!
“Kenapa diam?” soal Jungkook dengan suara husky seraya mencapai tuala mandi dibelakang Hara. Gadis itu jarakkan diri sambil pipinya yang panas dia sentuh.
Dia akui yang Jungkook nampak seksi sekarang! Argh! I'm not asking to get attack today!
“Err.. err..”
“Good morning, hyung!” sapa Jungkook seraya mengangkat tangan kirinya.
Laju Hara dongakkan wajah sebaik mendengar perkataan 'hyung' dan di pintu belakang, Jimin sedang berpeluk tubuh disitu sambil dia pandang Hara dengan pandangan tajam. Hara telan liur.
“I'm doomed.” bisik Hara buatkan Jungkook yang mendengarnya ketawa kecil.
“I'm going to save you..” balas Jungkook, hidung Hara dicuitnya.
“Hyung, chill. Aku yang minta dia ambilkan tuala tadi. Kook lupa nak ambil tadi.” kata Jungkook buatkan Jimin menjeling. Dia melangkah masuk kedalam semula. Hara melepaskan keluhan berat.
Susahlah Jimin ni, nak kata ada hati, tak juga, nak kata jeles, tak juga. Habis tu?!
“Terima kasih..”
“Small matter, sweetie.”
Hara buat- buat tak dengar saja sebelum dia melangkah dengan cepat dari situ untuk mendapatkan pintu utama bila loceng rumah ditekan berulang- ulang kali.
“Noona!” jerit seorang kanak- kanak sebelum dia meluru memeluk Hara.
“Ohh, Wonie..”
“Maaflah, Hara kalau saya susahkan awak. Em, saya memang niat nak hantar dekat rumah mentua saya, but wonie kata dia nakkan Hara. Jadi, ini jelah solusinya. Hara tak sibuk, kan?” soal wanita tersebut. Hara menggeleng kecil sebelum mempelawa wanita itu untuk masuk.
“Saya tak sibuk Puan, cuti semester..” jawab Hara. Wanita tersebut tersenyum. Baru saja dia mahu berkata- kata, terus terdengar bunyi hon kereta.
“Maaflah Hara, saya dah lambat nak ke aiport ni. Ini beg pakaian wonie, kalau ada apa- apa kekurangan, Hara boleh tambahkan saja, nanti saya bayarkan. Maafkan saya, Hara. Saya pergi dulu” katanya lalu menundukkan badan.
“Wonie lambai mama, sayang.” arah Hara dan Wonie cuma menurut saja.
“Papai!”
“Wonie!” sapa Jungkook. Jimin yang berada diruang tamu hanya memandang dari ekor mata.
Huh.. kenapa Mina tak boleh selesa dengan kanak- kanak macam Hara buat? Bisiknya dalam hati.
Huh..
.
[👀]
Hai, sila tekan vote serta beri author komen jika anda sudi.
Thank you❤
[😚]
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro