
HP [17]
Support by voting 🔥
Kletang! Kletang!
Bunyi besi yang tertarik, bergeser sesama besi mengisi ruangan yang diduduki oleh Miyoung. Tangan gadis itu sudah berlumuran darah setelah mencuba melepaskan diri dari digari.
Awalnya ianya hanya melecet sahaja, tetapi kewarasan Miyoung terhakis setelah lama ditinggalkan oleh Sehun dalam keadaan lapar, dahaga, dan sukar untuk tidur.
Walaupun gari tersebut diikat pada katil, Miyoung tak dapat untuk berbaring diatasnya kerana panjang besinya pendek. Miyoung hanya dapat bersandar, bukan berbaring.
Tangan gadis itu terangkat sampai lenguh kerana darah tak dapat mengalir ke sana. Sudahlah dia perlu membuang air.
Miyoung penat untuk menangis. Tangannya sangat sakit sekarang. Dia ingin pergi dengan segera sebelum Sehun kembali tetapi tidak berjaya.
Miyoung ingin menghubungi Kai. Barangkali lelaki itu boleh membantunya dari jauh seperti membelikan tiket kapal terbang untuknya buat kali terakhir. Miyoung akan pergi dari Korea secepat mungkin.
Miyoung takut dengan hukuman Sehun. Dia tak mahu dirinya menjadi seperti mangsa-mangsa Sehun. Tapi Miyoung buntu sekarang.
Miyoung berhenti dari memaksa tangannya untuk terlepas dari gari. Kulitnya menggelupas, menampakkan daging merah yang segar.
Dalam keadaan tertunduk, Miyoung tertidur. Penat dan sakitnya saling terhubung, membuatkan tubuhnya melemah.
Sementara itu, di bilik sebelah, Sehun bersilang dada menatap aksi Miyoung yang cuba melarikan diri itu. Sudut bbirnya terangkat naik.
Betul apa katanya. Gadis itu memang tak akan diam sahaja menuruti perintahnya seperti dulu.
Gadis kecilnya dah berubah menjadi si nakal yang paling dibenci dulu. Padahal dulu Miyoung sendiri yang mengomel agar Sehun berhenti berulah dan fokus pada pelajaran.
Sehun turuti. Walau dalam diam-diam masih meneguk arak dan rokok. Dan sekarang bila Sehun minta hal yang sama, Miyoung tak mahu pula. Sehun berdecit perlahan.
Dasar perempuan. Mahunya mereka sahaja yang didengari.
Sehun menoleh pada kotak first-aid yang sudah tersedia di sebelahnya. Ubat-ubat dan alatan kecemasan di dalamya sudah penuh dengan yang baru. Memang dia sudah bersiap-siap kalau-kalau Miyoung nekad mencederakan diri sendiri sejak datang ke sini.
Sehun berganjak keluar dari biliknya, menatap pintu bilik Miyoung buat sejenak. Kemudian kakinya melangkah pergi, keluar dari rumah.
Biarlah Miyoung berehat sebentar. Ada hal yang perlu dia uruskan terlebih dahulu.
---
Sehun fokus membersihkan luka Miyoung. Dengan berhati-hati dia menyentuh gadis itu. Miyoung sudah dipindahkan keatas katil.
Melihat darah dan kulit Miyoung yang menggelupas, membuat Sehun meringis. Dia pula yang sakit melihat keadaan Miyoung seperti itu.
Pergelangan tangan gadis itu dibalut dengan kain kasa.
Setelahnya, Sehun menatap Miyoung yang masih tertidur dengan nyenyak. Dia mengusap rambut Miyoung dengan penuh sayang dan menyatukan jari-jemarinya dengan jari Miyoung.
Luka pada tangan Miyoung dikucup, lembut.
"Jangan terluka lagi, peaches. Hati aku yang sakit bila kau yang terluka," ujar Sehun. Tangan Miyoung diusap berkali-kali, seolah-olah ianya benda yang berharga.
Balik dari membawa barang Miyoung ke rumah ini, Sehun mendatangi gadis itu. Melihat keadaan Miyoung yang tertidur dalam keadaan tak selesa, membuat Sehun kasihan. Pasti leher gadis itu tak selesa.
Ditambah dengan tangannya yang terluka. Sehun tak jangka lukanya lebih teruk dari yang dia lihat di CCTV. Gadis ini benar-benar bodoh.
Mana ada orang yang boleh lepas dari gari seperti di filem-filem. Miyoung cuma membuang masa dan hanya menambah kesakitan sahaja.
Sehun pastikan Miyoung tak akan menonton filem-filem aksi yang mengarut itu lagi. Dia tak mahu peachesnya dipengaruhi media bodoh. Calon ibu dari anak-anaknya perlu cerdas.
"Be nice, dan aku takkan bertindak kasar, peach. Aku cuma nak kau di sisi aku, tak lebih. Salah ke aku buat macam ni?" Ujar Sehun. Pipi tembam Miyoung dicubit perlahan.
Kemudian tangannya beralih pada tengkuk gadis itu. Meraba-raba tulang leher Miyoung yang terlihat jelas. Membuat Sehun tercabar untuk menggigitnya.
"I love you so much. I can't think rationally. Peach, I miss you so much! Kenapa pergi tanpa khabar dulu? Kalau kau beritahu apa salah aku dulu, aku takkan ulang lagi hiks. Apa salah aku peaches?"
Sehun mengeluarkan air matanya, tersedu-sedan di sebelah Miyoung. Tangan Miyoung dipegang semakin erat.
"Aku tahu aku kasar dulu. Tapi kau tahu kan cara aku mencintai berbeza. Aku cuma takut kau direbut orang lain sebab aku tak sempurna. Hiks. Kau terlalu sempurna bagi lelaki di luar sana dan aku. Aku tak nak berkongsi dengan sesiapa..."
"Aku hampir masuk hospital sakit jiwa sebab kau pergi, peaches. Semua orang tak peduli pada aku hiks. Mereka cakap aku pembawa malang. Sebab itu kau pun pergi...hiks... hiks..."
Sehun menunduk, menutup mukanya pada lengan sendiri. Dia menangis tak henti, sehinggalah satu usapan pada kepala dan kepalan pada tangan yang semakin erat mengejutkannya.
Sehun mendongak, melihat Miyoung yang memandangnya dengan mata yang merah.
Nampakny gadis itu sudah bangun dan mendengar keluhannya.
"Pumpkin..."
Anak mata Sehun bergetar, mendengar nama panggilan yang selalu Miyoung sebutkan padanya dulu. Air mata Sehun semakin banyak bertakung.
"Pumpkin. Saya tak tahu yang awak jadi macam tu lepas saya pergi."
"Peaches nak tahu macam mana. Peaches tak sayang pumpkin..." Sehun menggeleng kecil, seperti anak kecil yang merajuk pada ibunya.
Miyoung bangkit, menangkup pipi Sehun yang masih mengalirkan air matanya. Air mata lelaki itu dilap dengan ibu jarinya.
"Maaf. Maafkan saya."
Sehun menggeleng perlahan.
"Peaches tak salah. Pumpkin yang salah sebab jadi anak pembawa malang. Pumpkin yang kena minta maaf."
"Pumpkin...!" Miyoung memeluk kepala Sehun sehingga menempel pada perutnya.
Kepala Sehun diusap berkali-kali. Penuh rasa bersalah. Sehun terus melingkarkan tangannya pada perut Miyoung.
Lelaki itu tersenyum sinis, mendengar Miyoung menyalahkan dirinya sendiri hanya kerana lakonan kecilnya ini. Sehun perasan Miyoung sudah pun terjaga sejak dia mencium jari-jemari gadis itu dek kerana respon tubuh Miyoung yang tiba-tiba menegang.
Bebola mata Miyoung juga bergerak-gerak, berpura-pura masih tertidur.
Kerana itu, Sehun juga berpura-pura meluahkan isi hatinya, ingin membuat Miyoung luluh. Dia sampai perlu menahan diri darinya berkerdip agar air matanya turun.
Padahal Sehun adalah orang yang paling susah untuk menangis. Untuk Miyoung, segalanya dia mampu lakukan tanpa bantahan.
Dengan setitik air mata dan cerita palsu, gadis itu terus masuk perangkap. Sehun mengeratkan pelukan, menghirup bau Miyoung yang membuatnya nyaman.
Nanti mungkin Sehun perlu memikirkan cara membuat Miyoung kembali sayang kepadanya dengan ikhlas, dan bukan kerana kasihan.
To be continued
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro