5
Her Sweet Stalker | KTH
05
---
05-The Real Identity of Mr Kim
Aku memaksa diri untuk jadi berani. Secebis kekuatan yang berbaki hanya sedikit aku jadikan sebagai pembakar semangat untuk beranikan diri.
Entah. Walaupun Encik Kim itu hanya jiran baruku, pendedahan identiti wajahnya yang sebenar membuatkan aku tidak senang duduk.
Aku ternanti-nantikan wajah Encik Kim yang sebenar. Namun, aku tetap berasa takut. Jauh di sudut hati.
"S-saya buka ya? Saya harap Encik Kim kacak lah. Kalau tak, saya cabut lari dulu."
Aku sempat berjenaka untuk menghilangkan rasa gusar di hati. Dengan kiraan satu hingga tiga, aku membuka kelopak mata.
"T-tak mungkin!"aku sudah terjerit kecil. Chopstick yang berada di atas meja aku tolak kasar.
Sukar bagiku untuk menerima realiti yang sedang tertayang percuma di depan mata.
Dia mirip Kim Taehyung. Lelaki yang sentiasa terpahat namanya di dalam hati aku sehingga saat ini.
---
Shin Min Jung bergelut untuk melepaskan diri. Pergelangan tangan kirinya digenggam erat oleh Encik Kim.
Nafas yang dihembus lelaki itu kedengaran tidak stabil di telinga Min Jung. Tetapi, gadis itu sudah keliru. Jiwanya menjadi kacau-bilau.
"Encik Kim b-bukan Kim Taehyung kan? J-jawab soalan saya. Saya mohon semua ini hanya mimpi."rayu Min Jung.
Air matanya sudah mula membasahi kedua-dua belah pipi Min Jung. Encik Kim melepaskan genggaman tangannya ke atas pergelangan tangan Min Jung.
"K-kalau aku kata aku Kim Taehyung yang kau cinta separuh mati? Kau dapat terima kepulangan aku Min Jung?"
Min Jung pantas bangun menjauhi Kim Taehyung. Dia berundur ke belakang. Belum sempat dia melarikan diri, bahunya ditolak ke dinding.
Dahinya bersatu pula dengan lelaki yang digelarnya Encik Kim itu.
"S-semua ni hanya mimpi. S-saya dah gila. Lepaskan saya Encik Kim!"bentak Min Jung dalam nada keras.
Air matanya sudah kering. Matanya meneliti setiap inci wajah milik lelaki itu. Bermula dari mata, hidung, tahi lalat yang sememangnya mirip dengan Inspektor Kim dan bibir merah menggoda yang sentiasa dirinduinya itu.
"D-dia dah mati. Dia mirip awak, Encik Kim. Saya dah tak betul kan?"
Kim Taehyung merengus perlahan. Matanya memandang tepat ke arah anak mata bundar milik Min Jung.
"Aku minta maaf. Hakikatnya, aku Inspektor Kim yang kau rindui. Mungkin dengan ini, kau dapat kenal aku, sayang."
Min Jung memandang lelaki itu dengan raut wajah keliru. Hidung mereka berdua saling bertemu. Nafas yang dihela Kim Taehyung singgah di permukaan kulit Min Jung.
"S-saya bencikan awak, Kim Taehyung. Teramat benci. L-lepaskan saya."
Amaran Min Jung tidak berkesan di hati Kim Taehyung. Bibirnya mendarat di permukaan bibir gadis itu.
Segala rindu yang terkumpul diluahkannya melalui sentuhan yang mengejutkan itu.
Kim Taehyung sudah muncul semula. Janjinya untuk menuntut tempat di hati Shin Min Jung kembali.
-TBC-
A/N:
Bab yang makin panas.
Lagi panas bab selepas ini.
Mohon sediakan kipas.
Inspektor Kim sudah membuat kambek.
🚻
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro