3
Her Sweet Stalker • KTH
03-Usikan manja
Aku menunduk hormat kepada jiran baruku sebelum kakiku cepat-cepat beredar daripada kawasan perumahannya.
Jujur aku ingin katakan. Lelaki yang merangkap jiran baruku ini perangainya memang aneh.
Kalau boleh, dia nak tenung aku sampai tembus agaknya. Sudahlah muka bertutup bagai.
Jika dia ada niat tidak baik, merana aku nanti.
"Cepatnya lari. Macam takut je."ujar jiran baruku.
Fuh, bijak betul jiran baru aku ni. Pandai dia meneka perasaan yang melanda diriku ketika itu.
---
"Fuh, cuak gile aku tadi. Meremang bulu roma aku. Menyesal pula pergi rumah dia."aku bisik kepada diri sendiri.
Hati aku berdegup kencang. Perlahan-lahan, aku tarik tangan ke dada. Aku tepuk dada untuk menenangkan diri yang sudah tidak keruan.
---
Ting.
Loceng rumah Min Jung berbunyi. Hampir wanita itu menjerit terkejut.
Tidak sampai beberapa minit dia mahu tenangkan diri, ada orang pula menekan loceng rumahnya.
Pintu dibukanya sedikit. Perasaannya makin berdebar hebat tatkala anak matanya melihat ke bawah lantai.
Satu tangkai bunga ros merah diletakkan di atas sebuah kotak yang dibalut cantik.
Min Jung memandang ke kiri dan ke kanan. Tiada langsung kelibat manusia yang berada di luar pintu rumahnya.
"Hadiah untuk aku. Dari T?"
Dia meneliti nota kecil yang dilekatkan di atas kotak hadiah tersebut. Hanya ada satu petunjuk. Itupun huruf 'T' yang ditulis menggunakan dakwat warna hitam.
Pintu rumah dia tutup dengan pantas. Mata Min Jung asyik merenung hadiah pemberian lelaki misteri yang tidak dikenalinya ini.
"Nak kata Taehyung yang bagi? Tak mungkin. S-siapa ni?"
Hidungnya menangkap bau haruman masakan yang menyelinap masuk ke dalam rumahnya.
Salah Min Jung juga. Dia terlupa untuk menutup tingkap dapurnya. Apabila teringatkan hari yang sudah beransur ke malam, wanita itu bergerak pantas ke dapur.
Hajatnya ingin menutup tingkap dan mencari dari mana bauan masakan itu muncul.
Namun, benda lain pula yang dia dapat pada hari itu.
"Encik K-kim."sebut Min Jung dalam nada separuh berbisik.
Tingkap dapurnya saling bertentangan dengan tingkap dapur Mr Kim.
Pipinya mula membahang panas ketika situasi yang tidak dijangkanya berlaku tanpa amaran.
Susuk tubuh badan Encik Kim yang tidak berbaju sedang berdiri membelakanginya. Rambut lelaki itu yang sentiasa tersorok di sebalik hoodie hitam menjamu pandangan mata Min Jung untuk pertama kalinya.
Rambut Encik Kim yang messy. Diwarnakan pula dengan warna kelabu gelap cukup meruntun jiwa Min Jung.
"A-aku tengok apa ni..ya tuhan."
Lelaki itu nampaknya sedang sibuk mencari sesuatu di dalam kabinet almari.
Min Jung memerhati dalam diam perlakuan jiran barunya itu. Pada mulanya, dia sudah ingin menutup tingkap.
Tangannya berhenti separuh jalan. Matanya tidak berkedip memandang Encik Kim yang kebetulannya dalam proses membuka mask hitam yang dipakainya.
"Cepatlah pandang belakang. Cepatlah Encik Kim. Aku tak sabar nak tengok muka kau."
Sempat Min Jung membebel halus. Dia menanti penuh sabar untuk melihat wajah sebenar Encik Kim.
Mask hitam itu diletakkan di atas meja. Terasa dirinya sedang diperhatikan, lelaki misteri bernama Encik Kim menoleh sedikit ke arah kanan.
Separuh mukanya sengaja dibiarkan terdedah untuk tatapan Min Jung. Memang itu adalah niat asalnya.
"Kau lapar sangat ke Min Jung sampai tak henti-henti renung aku macam nak telan je?"
Min Jung tidak menjawab soalan Encik Kim. Dia berundur setapak sebelum dia bawa diri ke bilik.
"Muka dia..iras Kim Taehyung. Aku dah g-gila. Aku dah tak betul!"
Kedua-dua telapak tangannya diletakkan di atas kepala. Badannya menggigil teruk akibat insiden yang baru disaksikannya sebentar tadi.
"Aku kena ingat. Aku hanya bermimpi. Ini s-semua adalah mimpi. Wake up, Shin Min Jung."
-TBC-
A/N:
Saya bermurah hati nak bagi korang dua update.
Semoga menyukainya. ^_^
Plot story ni baru nak panas enjin. Nanti bertemulah Min Jung dengan Inspektor Tae.
Tak gitu?
---
Kasi likes dan komen eh?
Saya nantikan. 🎈
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro