18
His Sweet Stalker • kth
18-Stalker
Semenjak pemergian mengejut Inspektor Kim tanpa sebarang nota akhir, aku masih setia menunggu kedatangannya semula.
Hari berganti hari. Sudah cukup dua bulan Taehyung menghilang tanpa sebarang jejak. Aku sudah buntu berusaha menjejak arah tuju lelaki itu. Namun, setiap kali aku ingin bertindak, Jungkook menjadi batu penghalang.
Alasan yang acap kali diberikan olehnya. Keselamatan aku harus diutamakan. Aku tidak dibenarkan keluar sesuka hati.
What's wrong with you, Inspektor Jeon?
Aku segera mencapai sweater hitam yang tersangkut di dalam almari. Pintu bilik aku buka dengan berhati-hati.
Malas hendak membuang masa, aku meluru keluar dari rumah. Angka jam yang mencecah pukul 4 pagi tidak menjadi penghalang.
Asalkan aku dapat menghirup udara yang tenang sebentar dan bebas dari kawalan Inspektor Jeon, aku pasti akan berasa lega.
Aku bawa langkah kaki menuju ke taman berdekatan rumah sewa. Aku melabuhkan punggung di kerusi yang terletak di taman.
Rasa takut aku sudah buang sejak kaki sendiri gedik ingin melangkah keluar dari rumah. Angin malam yang sejuk mendorong kelopak mata aku agar ianya tertutup rapat sebentar.
Kesannya, aku mulai hanyut. Rasa mengantuk menguasai diri serta-merta.
----
Seorang lelaki misteri keluar dari tempat persembunyian. Wajah Shin Min Jung yang sedang lena diulit mimpi menyebabkan senyuman bahagian terukir di wajahnya.
Tangannya didesak keinginan untuk mengelus wanita kesayangan hati. Dia hanya mampu mengeluh.
Hujung baju sweater yang dipakai Min Jung digenggamnya mesra.
Mata lelaki itu bercahaya dengan rasa rindu yang menggunung tinggi. Kerana rindu yang menebal, dia paksa juga diri untuk keluar dari tempat rahsianya.
"Jaga diri Shin Min Jung. Aku minta maaf sayang."ucapnya setulus hati.
Rambut wanita itu yang menutupi sebahagian wajah diselak ke belakang telinga.
Setelah dia benar-benar yakin Min Jung tidak sedarkan diri, bibir wanita itu dikucupnya laju.
Si lelaki misteri melontarkan pandangan terakhir kepada wanita idaman hatinya.
---
Jungkook berjalan mundar-mandir di dalam rumah yang diduduki oleh Min Jung dengannya.
Pisau yang berada di dalam genggaman tangan dihunus berkali-kali pada gambar Min Jung dan Kim Taehyung.
Mulut Inspektor muda itu bergerak-gerak menuturkan lafaz berbaur makian dan penuh benci.
"Aku tak kira. Aku akan cederakan Min Jung kerana kau tetap berdegil untuk masuk campur urusan aku, Inspektor Kim. Kau tunggu dia sampai rumah. Aku on untuk lunyaikan perempuan naif tu."ujar Jungkook menggunakan nada sinis.
Dua keping gambar itu direnyuk sehingga ianya menjadi gumpalan kecil. Kertas itu dicampak ke arah tong sampah.
Pisau kecil tersebut dicium oleh Jungkook.
Jam yang bergerak ke angka lima pagi memanaskan lagi hati si penjenayah. Jungkook apa lagi?
Dia pastinya siap sedia untuk melupuskan kesayangan Inspektor Kim itu.
-tbc-
A/N:
Maaf kerana lama menyepi. Saya agak lost untuk menyambung semula cerita ini. Sebab itu, saya ambil masa lama untuk teruskan.
Terima kasih kepada kalian yang sudi memberi komen dan tidak biarkan karya ini sendu. Hehe. ❤
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro