Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

16

His Sweet Stalker • kth

16-Kill

Inspektor Kim cuba menenangkan diri daripada menjadi panik. Hendak diluah, air bertin itu sudah ditelannya sehingga habis.

Sudah terlambat untuk lelaki itu meluahkan kembali racun yang telah ditelannya.

"A-aku kena telefon Min Jung. Aku kena bagi amaran dekat dia."

Kesan racun yang diletak oleh Jeon Jungkook meresap perlahan-lahan ke dalam tubuh badan Kim Taehyung.

Jari-jemarinya tangkas menaip nama wanita kesayangannya itu. Lalu, skrin telefon pintar tersebut dilekatkan ke telinga.

"Aku mohon kau j-jawab panggilan aku, Shin Min Jung. Please."

---

Sesi temuduga yang dijalankan berjalan dengan lancar. Senyuman gembira nyata terpampang jelas di wajah aku.

Aku merenung sampul surat penawaran kerja yang berada di dalam genggaman tangan. Walaupun kerjaku hanya sebagai seorang barista, aku tidak kisah.

Asalkan impian aku tercapai, aku sudah cukup gembira. Bunyi deringan telefon membuatkan aku segera mencapai telefon yang berada di dakam tas tangan.

"Abang T-tae?"

Buang tabiat ke si Inspektor Kim ni telefon aku waktu-waktu pagi macam ni? Susah betul aku nak lihat lelaki ini berkelakuan romantik. Selalunya dingin je memanjang.

"Taehyung, ada apa ya?"

Usai panggilan diangkat, pendengaran telingaku disapa dengan bunyi nafas kasar yang dihembus olehnya.

"T-taehyung, jangan bergurau boleh? Saya dah cuak ni."

Mataku memandang lambaian tangan Inspektor Jeon yang sedang berdiri di hadapan kereta.

Tanganku memberi isyarat agar dia menunggu sebentar. Telingaku setia menanti ungkapan kata-kata daripada Kim Taehyung.

"A-aku nak kau jaga diri. Jangan percayakan siapa-siapa pun. Termasuklah Inspektor Jeon. Tolong, a-aku merayu pada kau. Ugh."

Percakapan Inspektor Kim diselang-selikan bunyi batuk yang begitu kuat. Hatiku terus diserang rasa gundah.

Aku dapat rasakan Inspektor Kim berada dalam bahaya. Kau baik-baik sahaja kan, sayang?

"A-awak jangan takutkan saya. Okay tak ni?"

Bunyi dengusan nafasnya kedengaran tidak stabil. Aku pantas berlari menuju ke arah Inspektor Jeon apabila kata-kata terakhir Taehyung menyapa telingaku.

---
"Tolong a-aku. Telefon ambulans agar cepat sampai di kediaman aku. Aku diracun, M-min Jung."

Serentak dengan itu, telefon pintar yang berada di dalam genggaman Inspektor Kim jatuh ke atas lantai.

Mukanya berkerut menahan kesan racun yang sudah menjalar di dalam saluran darahnya.

"Shin Min J-jung. Inspektor Jeon tu s-syaitan."bisiknya sendirian.

Dadanya terasa sesak. Darah mengalir sedikit dari celah mulutnya. Taehyung tidak dapat bertahan lama kerana kesan racun yang terlalu kuat.

Badan lelaki itu seterusnya melorot jatuh di atas lantai marmar ruang tamu miliknya.

-TBC-

A/N:

Update ringkas tetapi jika berkelapangan saya akan letak bab seterusnya esok.

Terima kasih 💖

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro