Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

14

His Sweet Stalker | kth

14-Devil

Ketukan kuat di pintu menyebabkan perlakuan kasar Kim Taehyung kepadaku terhenti mengejut.

Bibirnya termengah-mengah menyedut nafas. Manakala, kedua-dua tangannya masih melekat di pipiku.

"Mesti Inspektor Jeon kau cari. Mari, aku serahkan kau balik dekat dia. Jangan datang rumah aku lagi, Shin Min Jung. Dengar cakap aku."tegas Taehyung.

Bibirku dicium sepantas kilat sebelum tangannya menarik aku agar kami segera menuju ke muka pintu.

---
"Inspektor Kim, maaf mengganggu. Ada nampak kelibat Shin Min Jung tak? Saya tengah cari dia ni."soal Jungkook. Mata lelaki itu berfokus kepada riak wajah serius yang dipamerkan oleh seniornya itu.

Jungkook sangat yakin Min Jung menyelinap masuk ke dalam rumah kekasih hatinya itu. Dia bukan bodoh.

Dia sedar akan hubungan rahsia yang masih terjalin antara Taehyung dan Min Jung.

"Nah, kau ambik Min Jung. Pastikan budak ni dah tak lari masuk rumah aku. Ketatkan kawalan keselamatan kau. Takkan Min Jung lari kau baru nak sedar. Lain kali fokus sikit, faham?"

Taehyung menolak lembut bahu wanita itu ke arah Jungkook. Sempat lelaki itu menjeling sekilas wajah Min Jung. Lalu, pintu rumahnya terus ditutup rapat tanpa sebarang ucapan selamat tinggal.

Jungkook menoleh kepala memandang Min Jung yang sudah memberi reaksi kecewa dan hampa dengan sikap dingin Taehyung.

Tangannya memaut erat bahu Min Jung.

---

"Balik bilik dan rehat ya, Cik Shin. Aku tak nak kau letih pula. Lusa dah mula kerja kan?"

Aku tiada keinginan untuk mengeluarkan suara. Hanya anggukan kepala aku beri sebagai jawapan kepada pertanyaan Inspektor Jeon.

"Cik Shin, rehat tau. Jangan buat aku risau lagi. Please, dengar arahan Inspektor Kim ya."jelasnya lagi.

Aku mengetap bibir. Sebuah senyuman kecil dilemparkan oleh aku.

"B-baiklah. Saya nak sambung tidur semula. Maaf susahkan awak, Inspektor Jeon."

Jungkook menganggukkan kepala dan lelaki itu beredar masuk ke dalam biliknya.

Fuh, nampak gayanya aku perlu jauhkan diri daripada pergi ke rumah Taehyung buat sementara waktu.

Nanti Inspektor Kim mengamuk, siapa yang susah?

Aku juga nanti akhirnya.

---
Jungkook mengunci pintu bilik. Tubuhnya segera disandarkan di belakang pintu. Kedengaran suara keluhan halus meletus keluar dari bibirnya.

"Aku gagal lagi. Aku gagal untuk halang Min Jung daripada bertemu jantan keparat tu. Selepas ini, aku takkan terbabas lagi."

Beberapa kali juga telapak tangannya ditekap di muka. Jungkook meraup wajahnya kasar. Tingkah laku Min Jung yang kadangkalanya tidak terkawal menjejaskan sedikit rancangan yang sudah diatur kemas olehnya.

"Inspektor Jeon pasti menang. Kau tunggu dan lihat, Inspektor Kim Taehyung."

Pisau lipat yang tersisip di betisnya diambil keluar. Kemudian, Jungkook menapak ke arah dinding biliknya yang ditampal beberapa keping gambar seorang wanita.

Wanita yang sentiasa tersenyum riang. Wanita yang sentiasa menduduki tempat khas di dalam hati Taehyung.

Di hati Kim Taehyung bukannya Jeon Jungkook.

Pisau lipat tersebut dihayunkannya secara bebas sebelum tangannya memacakkan pisau tepat di gambar polaroid yang terhias gambar Shin Min Jung.

Jungkook melepaskan ketawa berbaur mengejek dan sinis bunyinya. Pisau itu ditikam pula tepat di atas gambar Inspektor Kim selepas itu.

"What should i do to your beloved Inspektor, Shin Min Jung? Nyawa-nyawa ikan atau lesap terus?"

Muka Jungkook terasa membahang panasnya. Matanya menjeling tajam dua gambar manusia yang menyebabkan hatinya masih belum puas untuk melunaskan dendam kesumat di hati.

-TBC-

A/N:

Bab kali ni sudah terselit babak suspens.

Bab seterusnya?

Komen bebanyak. Jika tergerak hati, saya akan update pada esok/lusa.


"Jarang update tapi alhamdulillah, sekuel lelaki upahan ini dapat ranking #5 in fanfiction. Thanks guys❤"

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro