
CHAPTER 4
Selepas mendaftar, Woozi dan Jaehyrin mengikut Mr. Jang ke kelas. Ken dan Hongbin sudah kembali ke kelas. Semasa Jaehyrin dan Woozi berjalan, mereka berselisihan(?) dengan seseorang. Woozi memandang orang itu dengan senyuman sinis. Orang itu mengamati wajah Woozi seketika dan orang itu berhenti sekejap. Woozi sudah jauh darinya.
" Bukankah dia.... Lee Ji Hoon? "
***
" Hari ni kita ada dua orang pelajar baru. Harap kamu semua boleh terima mereka di kelas ni dan tidak menimbulkan masalah. "
Kata mr. Jang serius. Pelajar didalam kelas itu hanya angguk tanda memahami. Mr. Jang memandang kearah pintu.
" Silakan masuk. " Jaehyrin dan Woozi masuk dengan selamba. Mereka berdiri dihadapan semua pelajar² yang asing bagi mereka berdua.
" Perkenalkan diri kamu berdua. " Arah Mr. Jang.
" Lee Jaehyrin imnida. " Sangat ringkas. Jaehyrin malas nak intro panjang². Penat mulut je.
" Ai? Ringkas nya.. tak bagitahu kamu dari mana? Busan? Daegu? " Soal Mr. Jang. Jaehyrin merenung Mr. Jang. Satu keluhan dihembus perlahan.
" Perlu ke? " Soal Jaehyrin dengan tenang. Melawan nampak. Mr. Jang memandang Jaehyrin.
" Tak perlu kalau tak nak.. ok, kamu.. " Mr. Jang terpaksa mengalah. Jaehyrin smirk. Kalah kau.. desis hati Jaehyrin.
" Lee Ji Hoon imnida.. panggil Woozi.. " Kata Woozi dengan senyuman manis dilemparkan. Tidak seperti Jaehyrin, buat muka malas.
• SKIP • ( mlas nk buat pjg² )
Woozi dan Jaehyrin duduk di belakang sekali berdekatan tingkap. Jaehyrin sebelah kiri. Woozi sebelah kanan. Masa rehat, Jaehyrin keluar dari kelas. Woozi mengikutnya dari belakang.
" Yah! Jaehyrin ahh! Tunggu la.. " Panggil Woozi. Jaehyrin memaling ke belakang.
" Cepatlah! Aigoo.. aku tengah lapar gila ni.. jangan sampai aku makan kau hidup² dekat sini. " Ugut Jaehyrin sambil memasukkan tangan ke poketnya. Woozi tersengih².
" Sorey, bro.. jangan la makan aku.. nanti siapa kau nak buli lepas ni? dah la jom.. " Woozi merangkul bahu Jaehyrin mesra. Jaehyrin hanya mengikut. Tanpa disedarinya, ada seseorang memerhati Jaehyrin dari jauh.
***
Jungkook menghampiri Yoongi yang sedang termenung. Mereka berdua berada diatas bangunan tingkat 3. Memang tempat itu ahli BTS selalu lepak. Jhope, Jimin, Jin dan Rapmon pergi ke kantin beli makanan.
" Hyung... nah.. " Jungkook memberi sekotak air. Yoongi mengambil air itu dan diminumnya. Jungkook membuka rotinya dan mengigit secebis. Dikunyah² sampai lumat dan ditelan.
" Hyung.. kenapa hyung asyik diam je? " Soal Jungkook memecahkan kesunyian. Yoongi memandang Jungkook yang disebelahnya.
" Saja.. kenapa ? Tak boleh? " jawab Yoongi.
" Aniya.. maksud kookie, hyung selalu tak macam ni.. kenapa? Ada sesuatu berlaku ke? Kongsilah.. mana tau Kookie boleh tolong ke.. " Jungkook menawarkan diri. Yoongi memandang Jungkook lagi. Dan mengeluh kecil.
" Hyung rasa nak minum darah manusia lagi.. " Kata² Yoongi membuat Jungkook terkejut. Jungkook menolak bahu Yoongi perlahan.
" Hyung gila ke? Kan kita dah janji tak minum lagi.. darah haiwan pun cukup la.. Ini kan darah manusia? Hyung jangan main². Habis identiti kita terbongkar.. " Kata Jungkook. Yoongi tergelak dengan kecuakkan Jungkook.
" Ntahlah.. bukan hyung nak.. tapi nafsu hyung yang nak.. nafsu nak minum darah manusia.. sebab tadi.. hyung terlanggar seseorang.. entahlah.. bila hyung terlanggar dia tadi kan, bau darah dia kuat.. pastu macam manis.. memang manis... Sikit lagi hyung nak gigit dia, tapi hyung dapat kawal.. lagipun masa tu ramai orang.. " Cerita Yoongi. Jungkook mengamati cerita Yoongi.
• FLASHBACK •
| YOONGI POV |
Aku berjalan pulang dari tandas.. Aku terdengar ada bunyi bising dekat luar pejabat guru.. Aku malas nak ambil tahu, aku terus jalan melepasi mereka. Tiba² aku terlanggar seseorang. Pelajar lelaki. Saat badannya terkena bahu aku, aku terasa seperti tergoda dengan satu bau.. Bau darah.. Darah manusia.. Aku memandangnya. Dia memandang aku dengan wajahnya yang tegang. Aku memandang leher putihnya. Aku ingin menghampiri lehernya untuk gigit. Tapi aku cuba menahan dengan berdiri kaku. Jeball, pergi dari sini.. sebelum aku bertindak.. desis aku dalam hati. Nak juga aku cakap, tapi aku takut dia akan salah faham dan aneh dengan aku.
" Lain kali jalan tu tengok²! "
Katanya dengan kasar dan terus berlalu dari situ. Aku juga sedikit lega tapi aku rasa bersalah pula bila terlanggar dia.. Tiba² ada seseorang melepasi aku. Dengan senyuman sinis dilemparkan kearah aku. Aku seperti kenal dia, tapi aku lupa.. Ahh.. biarlah.. aku terus berlalu dari situ.
| END POV |
• END FLASHBACK •
" Macam tu la ceritanya.. " Kata Yoongi selepas menceritanya dengan Jungkook. Jungkook angguk tanda mengerti.
" Baguslah hyung dapat kawal.. kalau tak, habislah.. " Jungkook tersengih.
" Btw tadikan ada pelajar masuk kat kelas kitaorang.. dua orang namja.. tapi sorang tu, aku tengok macam perempuan mukanya. Badan dia kecil macam perempuan. Nama dia Lee Jaehyrin.. nama pun nama perempuan. " Kata Jungkook lagi. Yoongi mendengarnya sambil minum air kotak yang tinggal separuh itu.
" Satu lagi? Cakap tadi ada dua orang.. " Soal Yoongi. Jungkook sedikit serba salah nak bagitahu Yoongi.
" Satu orang lagi tu.. Kookie rasa kita kenal dia.. kenal sngat.. " Ujar Jungkook. Yoongi seakan tertarik dengan kata² Jungkook. Dipandangnya anak mata Jungkook.
" Siapa? " Soal Yoongi ingin tahu. Straw itu masih lagi melekat dibibirnya. Dihirup air itu. Jungkook mengaru kepalanya yang tidak gatal.
" Lee Ji Hoon. " Kata Jungkook membuat Yoongi tersembur air yang dia minum tadi. Jungkook terkejut dengan reaksi Yoongi.
" Mworago? Ji Hoon? Woozi? " Jungkook angguk mengiyakannya. Yoongi mengeluh. Kotak air yang berada ditangannya tadi diletakkan ditepi.
" Woozi.. kau muncul balik? Kenapa kau muncul lagi? " Bisik hati Yoongi. Dia menunduk. Jungkook disebelah hanya memandang. Yoongi mengangkat mukanya dan memandang ke blok sebelah. Tiba² matanya terpaku kearah dua orang manusia.
| YOONGI POV |
Aku memandang dua orang manusia yang sedang berbual. Salah sorang dari mereka berdua adalah WOOZI! Sebelah Woozi tu pula, orang aku langgar tadi.. Seolma.. takkan ...
| END POV |
• SKIP •
Mrs. Florence sedang mengajar mata pelajaran Matematik. Sesetengah antara penghuni kelas 5-2 itu ada yang fokus, ada yang tidur. Jaehyrin hanya memandang bosan dan kosong dihadapan. Budak disebelahnya ni pula terlebih rajin. Fokus sangat dengan pembelajaran Mrs Florence. Jaehyrin sebenarnya mengantuk .. Apa yang Mrs. Florence ajar, satu pun tak masuk kat kepala otaknya. Jaehyrin membaringkan kepalanya atas meja dan memejamkan mata. Tiba² Jaehyrin seperti terkena renjatan elektrik. Pehanya dikepit² rapat. Jaehyrin mengetap bibir bawahnya.
" Aduhh.. aku nak buang air pula.. haishhh.. kacau betul la. " Rungut Jaehyrin kecil. Woozi pula yang dari tadi sedar dengan keadaan diri Jaehyrin. Woozi tergelak kecil dan perlahan² mendekati Jaehyrin. Dia berbisik kecil.
" Kalau dah tak tahan, pergi jelah tandas. Kang banjir kat sini, aku tak nak tolong. " Jaehyrin menjegilkan matanya. Woozi hanya tersengih menampakkan giginya. Jaehyrin bangun dan berjalan kedepan.
" Weii, jangan lupa. Masuk tandas lelaki.. jangan masuk tandas perempuan.. naya kau.. ehhe.. kau tu ' lelaki '.. kekkekee.. " Sempat lagi Woozi menyakat Jaehyrin. Tetapi secara berbisik. Jaehyrin berdecit dan memberi jelingan maut kepada Woozi. Jaehyrin menghampiri Mrs. Florence.
" Mrs.. can I go to toilet? " Kata Jaehyrin perlahan. Mrs. Florence hanya tersenyum dan angguk. Jaehyrin tundukkan kepalanya tanda terima kasih dan terus keluar dari kelas. Woozi disitu hanya mengelengkan kepalanya dan tersenyum kecil.
" Kyeopta.. " Bisik hati Woozi. Jungkook yang berada jauh sedikit dari tempat duduk Woozi hanya memandang Woozi atas bawah. Jauh mereka hanya langkah satu meja.
" Memang sah. Dia Ji Hoon.. Lee Ji Hoon. " Bisik hati Jungkook kecil..
***
Jaehyrin berlari ke tandas. Dia tercari² tandas tapi tak jumpa. Jaehyrin mengetap bibirnya.
| JAEHYRIN POV |
Aku memegang peha aku. Aigoo, aku dah tak tahan. Kang banjir dekat sini, naya aku. Erghhh.. Tandas ni pun langsung aku tak nampak. Ada halimunan ke apa? Heishhh.. Tandas oh tandas.. mana lah kau? Aku perlukan kau sangat²!! Kau je lah boleh tolong aku sekarang T^T
Sedang aku berjalan, tiba² aku ternampak papan tanda toilet. Man / Girl. Aigoo.. aku teringat pula cakap Woozi tadi. Masuk tandas lelaki.. gila ke? Tandas perempuan? Aku takut pula nanti ada pelajar perempuan jerit nampak aku. Budak lelaki masuk tandas perempuan. Ehh wait, aku perempuan! Bukan lelaki. Tapi pakaian aku macam lelaki. Heishhh.. lantak la! Daripada aku membebel, baik aku pergi masuk tandas perempuan and buang apa yang patut. Dah dekat hujung² ni. Errghhh..
| END POV |
Jaehyrin terus masuk ke tandas perempuan dan terlihat ada beberapa pintu tertutup. Ada orang la tu. Mata Jaehyrin terlihat satu pintu tandas yang terbuka. Terus Jaehyrin pecut kedalam tandas itu dan tutup.
Selepas 5 minit kemudian, Jaehyrin berasa sedikit lega. Dia mengepamkan(?) tandas itu. Tiba² kedengaran ada beberapa pelajar perempuan berbual diluar. Jaehyrin malas nak ambil tahu apa yang dorang bualkan. Jaehyrin membuka pintu tandas dan automatik pelajar perempuan disitu memandangnya. Sorang gemuk, sorang lagi kurus.
" Apa? " Soal Jaehyrin sambil mengangkat keningnya. Dan... ARRRGGGHHHHHH!!! Dua orang pelajar itu menjerit. Jaehyrin menutup telinganya. Pelajar tersebut terus berlari keluar meninggalkan Jaehyrin keseorang disitu.
" Hishh.. menjerit mengalahkan pontianak je. " Jaehyrin membebel sendiriian sambil membuka pili air. Dibasuhnya muka dan tangan. Dia meneliti wajahnya sekejap sambil membetulkan baju kotnya. Selepas puas dengan penampilan dirinya, dia keluar dari tandas itu.
Jaehyrin keluar dan kelihatan tiada orang diluar. Hanya dia seorang sahaja. Dia terus berjalan seperti biasa.
" Harap² jelah bebudak tadi tak hebohkan.. errghhh.. aku ni pun satu, bukan main selamba badak sumbu lagi aku keluar dari tandas. Dah la baju aku ni baju pelajar lelaki. Aigoo.. pabo².. ahh lantak lah, kisah apa aku.. yang penting aku dah lepaskan hajat aku.. ehheh.. " Jaehyrin membuka loket yang berada di lehernya dan menekan punat kecil loket itu. Serta merta loket itu terbuka dan kelihatan ada gambar didalamnya.
" Omma.. Appa.. " Jaehyrin tersenyum kecil. Sedang Jaehyrin mengomel sendiri. Tiba² dia terlanggar seseorang lagi. Tanpa dia sedar, loket yang dia pegang tadi terjatuh. Jaehyrin memandang orang itu dan mendengus.
" Mianhae.. " Kata orang itu dengan nada lembut. Jaehyrin meneliti wajah lelaki itu. Pucat. Bibir merah. Rambut? Tch anak orang putih ke apa? Ehhh, kejap².. bukn dia ke yang langgar aku tadi pagi? Tch.. dia lagi. Bisik Jaehyrin dalam hati. Lelaki yang didepannya terus terdiam.
" Takpa.. lain kali tengok² kalau jalan tu. " Tegur Jaehyrin dengan nada dingin. Dia malas nak gaduh. Kang naik nama pula dekat pejabat guru. Tiba² lelaki itu menapak perlahan kearahnya. Setapak demi setapak. Wajahnya serius. Matanya melihat tajam leher Jaehyrin. Jaehyrin mengerutkan dahinya. Dia belum berganjak dari tempat dia berdiri.
" Neo wae? ( kau kenapa? ) " soal Jaehyrin. Lelaki itu tidak membalas. Perlahan² wajah lelaki itu menuruni ke bawah sedikit. Iaitu leher Jaehyrin. Jaehyrin semakin pelik dengan lelaki itu. Semakin lama, semakin dekat bibir lelaki itu dileher Jaehyrin dan.....
- TBC -
★Teaser chapter 5
" Ini awak punya kan? "
" Boleh tak kita jadi kawan? "
" Please Jaehyrin! Jangan kawan dengan dia! "
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro