◆64
[Taehyung]
"Good then. Now, sapa nak tolong kau, tae? Dah takde sapa dah. Semua tak percayakan kau. Kenapa semua benda macam ni jadi dekat aku? Kenapa aku tak dapat rasa langsung perasaan bahagia dalam hidup aku? " monolog aku sambil mengetuk pen di atas meja.
Serius aku rasa macam nak bunuh diri je. Tapi, aku tak la sebodoh tu. Aku ingat lagi apa omma aku cakap, "setiap masalah, mesti ada penyelesaian. Cuma cepat atau lambat je"
Tapi, aku perlukan seseorang untuk tolong aku untuk buktikan yang aku tak bersalah. Aku dianiaya. Tolonglah percaya aku.
"Hye ma boy~"
Ha sudah. Sapa pulak? Lantas aku menoleh belakang.
Oh, minah ni.
"Kau nak apa datang sini? Nak aku tampar sampai lebam pipi kau pulak? " soal aku bengang. Kalau tak kerana betina ni, mesti aku dah bahagia dengan yerin.
"Alah, jangan la marah ii. Tak hensem la" ujarnya dengan nada gedik. Dia berjalan ke arah aku.
Aku pandang dia atas bawah.
"Ea, kau memang takda baju yang tak terdedah sana sini ke? Kau sendiri tahu kan sini tadika. Pikir elok ke budak ii tengok? " soal aku dingin. Serius perempuan ni memang.
"Kalau ade, lama dah i pakai tau" ujarnya dan mencuit bahu aku. Aku menepis tangannya kasar.
"Kau memang takde maruah sebagai seorang perempuan? " tanya aku membuatkan dia terdiam. Tapi, tak lama.
"Dah terang ii u nampak i pakai macam ni, soalan tu jugak u nak tanya? "
Geli siak ber i u bagai.
Aku hanya abaikan dia. Biarlah dia ada maruah ke takde ke, bukan kacau hidup aku.
"Eh pehal kau datang sini? " soal aku bila rasa tertanya-tanya tujuan dia datang sini. Takkan semata-mata nak jumpa aku?
"I nak jumpa u lah. Alah tu pun tak tahu~" jawabnya dengan gedik. Dia mengusap bahu aku lembut. Dengan pantasnya, aku menepis.
Apa masalah betina ni?!
"Get off ur dirty hand from me! " jerkah aku geram.
"Wae~?" dia memuncungkan bibirnya. Gedik tau tak gedik?!
Yerin sorang je boleh buat camtu dekat aku. Eh?
"Tak payah nak gedik dengan aku! Kau keluar sekarang! " laung aku dengan marahnya.
"Kalau i taknak? "
Eh eh betina ni. Besar gemuk besar gemuk je aku tengok.
"Just get out. " halau aku dan mengabaikan dia. Mata aku,aku fokuskan pada skrin laptop.
Kemudian,aku rasa ada tangan yang mengusap pipi. Dengan pantasnya aku menepis. Takkan nak biar?
"Garang lah u ni."
"Kau faham tak perkataan keluar? " soal aku betul ii dingin. Kemudian,aku acah sibuk dengan laptop.
"Tapi, i nak--"
[End taehyung pov. ]
"Tapi, i nak--"
Hara terhenti dari bercakap. Matanya tertancap pada bayangan yerin dan jiwon yang sedang berjalan beriringan di luar.
Dengan drastiknya, hara menolak badan taehyung sehingga tersandar di kerusi. Kemudian, dia bertindak duduk atas riba taehyung sambil tangannya melingkar di leher taehyung.
"Just, stay still" bisik hara di telinga taehyung.
Kedengaran seperti benda jatuh menyentuh lantai. Mata Taehyung Tertancap pada yerin yang terkaku. Sambil matanya sudah berair.
Dengan kasar, taehyung menolak badan hara. Yeoja itu jatuh terduduk atas lantai. Dia merengek kecil.
Taehyung berlari ke arah yerin yang kaku di depan pintu.
"No no, rin im n--"
Pak!
Satu tamparan kuat hinggap di pipi taehyung. Taehyung mengetap bibir sambil memejamkan matanya.
"U know, u are the bad guy ever, i ever meet" ujar yerin dengan suara bergetar.
"Kalau awak dah ada hati dengan orang lain, kenapa mesti terhegeh-hegeh dekat saya haritu? "
"Tak. Ni semua sala--"
"And, kalau nak berasmara dana bukan dekat sini, pergi cari tempat lain. "
Taehyung menarik tangan yerin.
"Kalini, please. Percayakan s--"
Yerin menarik tangannya kasar dari pegangan taehyung.
"Muka awak ni, layak ke dipercaya?"
Taehyung mengeluh berat.
"Bagi saya pelu--"
"Heol. Peluang? Kau just rosakkan kebahagian adik aku la. " balas jiwon yang kini berdiri bersebelahan yerin.
"Aku tak cakap dengan kau la! " bengang taehyung dan bertindak menarik kolar jiwon.
Yerin menolak kasar tangan taehyung dari menarik kolar jiwon. Taehyung terdorong sikit ke belakang.
"Seriusly. I hate u very much. I hate u forever. I found a better much person than u" tutur yerin seraya menggenggam tangan jiwon. Dia mengangkat tangannya yang bercantuk dengan jiwon ke udara.
"See? So, stop bothering me. Im with him "amaran yerin dan meninggalkan taehyung yang terkaku, terkedu dengan apa yang dihambur yerin.
Hatinya betul-betul berkecai kalini. Air mata yang bakal mengalir ditahan. Dia menarik nafas dan lepas.
"Gwenchana tae, gwenchana" taehyung memujuk dirinya.
"Fighting! " laung taehyung perlahan cuba menyemangatkan dirinya. Dia tersenyum nipis.
•••
Rahee mengeliat kecil. Kemudian, dia menutup buku latihan anak muridnya. Pen diletak atas meja.
"Pehal la aku ngantuk sangat ni? " gumam rahee sendiri. Dia mengurut lehernya perlahan.
"Lapar lah. Em..nak ajak yerin, dia mengajar sekarang. Alone la aku harini" keluh rahee dan berdiri. Beg diambil lalu disandang di bahu.
Rahee menolak pintu ke tepi. Dia berjalan dengan tenang sementara matanya sibuk menilik jam di tangan.
"Alah.. Tak sempat jugak aku nak makan dekat cafe tu. Makan ramen je lah aku nampaknya" monolog rahee sambil berjalan keluar dari kawasan tadika. Dia terasa malas nak naik kereta.
Jimat minyak gais.
Jalan punya jalan, rahee telah pun sampai di depan pintu 7E. Dia menolak pintu tersebut. Kakinya melangkah ke arah bahagian makanan ringan dan juga ramen.
"Ambil ramen, seaweed, dengan.. " sedang ralit rahee mencari makanan, pergerakannya terbantut seketika.
"Ok ni duit kau. Aku dah double kan amount dia tu. Disebabkan kau berjaya buat yerin hampir benci taehyung, thats y aku kotakan janji aku"
Tergamam rahee seketika.
"Tu.. Bukan suara.. "
Rahee melangkah perlahan ke arah suara tersebut. Takut ii mereka perasan akan kehadirannya. Dia menjengukkan sikit kepalanya.
"Hahaaha of coz."
Melopong mulut rahee apabila melihat gerangan tersebut.
"Jiwon.. " gumam rahee perlahan.
"Duit untuk harini? Aku sucess jugak kot "
"Nanti aku ba--"
Tiba-tiba, ramen cup yang dipegang rahee terlepas secara tak sengaja. Cepat ii rahee ambil ramen cup itu. Dan berura-ura untuk beredar.
"Yah"
Rahee terhenti dari berjalan. Dia menggelengkan kepalanya dan terus melangkah laju.
Tiba-tiba tangannya ditarik kasar membuatkan badannya terpusing menghadap figura itu.
Jiwon.
"Kau buat apa sini? " soal jiwon dingin. Pergelangan Tangan rahee masih digenggam kuat.
Rahee cuba meloloskan tangannya dari jiwon,tapi tak berdaya. Kemudian, dia merengus geram.
"Suka hati aku la. Bukan 7E ni kau punya" balas rahee geram.
"Bukan time sekarang, waktu mengajar ke? Pehal kau datang 7E sekarang? " soal jiwon sambil mengangkat keningnya.
"Eh eh, suka suki aku la. Tak kacau hidup kau pun" balas rahee selamba. Dia masih bergelut untuk leraikan tangannya yang digenggam jiwon. Sakit kot.
"Kau.. Ada dengar apa ii ke? " soal jiwon menyentakkan rahee.
"A-ani" jawab rahee seraya melarikan pandangan nya.
"Jungmal? " soal jiwon sambil mendekatkan mukanya dengan rahee. Kening diangkat sebelah.
"Be-betul lah. Aku tak dengar a-apa pun. Aku.. Just nak cari ra..men. " jawab rahee gelabah seraya menjauhkan mukanya dari jiwon.
"So, hand this" arah jiwon seraya menghulur 2 paket besar ramen kepada rahee.
Membulat mata rahee. Banyak duh.
"Aku taknak la sam--"
"Shhh. Dont talk too much. Ambik ni then bayar. " pintas jiwon dan memaksa rahee memegang 2 paket ramen. Kemudian, dia menolak belakang rahee.
"Cikgu! Cikgu myu! "
Tersentak lamunan rahee akibat suara kuat anak muridnya.
"Eo, wae wae? "
"Eun dah siap ni. Cikgu cepatlah tanda" jawab eun seraya menghulur buku latihannya.
"Eo, araso yo. " balas rahee seraya membuka pen merahnya.
"Haih. Mian tae. Aku tak percayakan kau tadi" monolog rahee sambil menanda buku.
"Its ok. Aku akan tolong kau dalam diam. Aku nak tengok betapa bersungguhnya kau tanpa bantuan orang" getus hati rahee. Dia tersenyum nipis.
"Cikgu! Senyum-senyum teringatkan cikgu lee jiwon ea? "
"Aip aip, jangan nak merapu ea hoseok! "
"Betul la, kan jimin? "
Jimin yang sibuk membuat jet guna kertas itu hanya mengangguk laju.
Auch kiut la pulak 💞
Rahee hanya menggeleng.
"Pehal la jiwon tu jugak? Cuba ship aku dengan pakcik cleaner ke, guard ke, ha jebon pun ok."
•••
"Aku nak explain, dia taknak dengar. Then? Aku nak buat apa? " gumam taehyung perlahan.
Tiba-tiba ada tangan yang menghulurkan setin air. Dia mendongak.
"Ra, kau buat apa dekat sini? " soal taehyung hairan. Dia memandang sekeliling taman.
"Explain. Explain the truth is better" ujar rahee dan meletak air tin disebelah taehyung. Kemudian dia beredar.
Taehyung terkebil-kebil. Dia memandang rahee yang berlalu pergi.
"I.. Dont get it"
•••
"Aku dah bagi kau masa sampai sebulan, takkan 2000 won je kau boleh bayar?! " jerkah mafia tu seraya menyepak kayu berdekatan.
"Mian-mianhae. Aku dah cuba cari. Tu je aku dapat bagi" jawab tuan lee resah. Kolar tuan lee ditarik kasar.
"Kau, kalau tak boleh bayar, tak payah pinjam sampai 590 ribu! " laung mafia itu dan menumbuk kuat muka tuan lee.
Tersungkur dibuatnya tuan lee akibat tumbukan padu.
"Sekarang, kau memang kena mampos! " jerkah mafia itu sambil pistol diacukan pada kepala tuan lee.
"Jan-jankaman"
"Kau nak cakap apa lagi?! "
"A-aku boleh bayar.. Lebih dari tu"
Mafia itu tergelak sinis diikuti anak ii buahnya.
"Tch, 590 ribu tak boleh bayar, kau nak bayar lebih dari tu? Hahahahaha! Kau nyanyuk ke orang tua? "
"Bukan dari aku. Dari anak aku. "
"Tch. Anak kau? Dia tu ada apa? Kerja pun dekat tadika" ejek mafia tu dan terburai ketawanya .
"Dia.. Dapat harta mendiang isteri aku sepenuhnya. Kau tak berminat?"
Terhenti tawa mafia tu.
"Kau serius ke? " soal mafia tu serius.
"Isteri aku tu, pengaruh terbesar china dulu, dia pernah terkenal kan dulu. Kau sendiri tahu. "
"Be-berapa anak kau dapat harta tu?"
"Sepenuhnya. 1.5 juta won sebagai tanggungan hidup dia. Dan 2 jongkong emas. "
"Dekat mana aku boleh cari anak kau?! "
"Sabar.. Sabar. Kalau kau tak bunuh aku, aku akan bagi anak aku dekat kau"
"Ye ye, aku lepaskan kau! Anak kau ada dekat mana? "
"Macam mudah sangat kalau aku bagitahu. Apa kata guna kesungguhan kau? "
"Ok! Tapi, kau jangan merana kalau jadi apa ii dekat anak kau"
"Aku tak kesah. Dia, bukan anak kandung aku"
To be continued..
Tuan lee dah tunjuk belang 😎 apa nasib jiwon?
Anyway, nak tanya,
bias korang dalam bts and gfriend?
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro