56
irene pov
bunyi enjin kereta di luar sangat aku kenali. dan ya itu adalah kereta kepunyaan jimin.
aku yang duduk di sofa termenung tadi langsung terus mematikan suis televisyen yang terpasang tanpa bunyi itu. aku tidak lagi menghiraukan hiburan yang lain lagi.
yang aku tahu, aku cumalah mahu memeluk tubuh suami aku yang sudah aku rindui semenjak beberapa hari ni.
aku mahu memohon ampun segala silap yang telah aku lakukan padanya.
aku berlari anak ke muka pintu bagi menyambut kepulangannya dengan riak wajah ceria.
¤
reader pov
" maafkan saya jimin, saya tahu saya salah. saya keluar dengan suho tanpa kebenaran, berkawan semula dengan dia dan buatkan dia masih lagi berhar- " ungkapan irene menjadi terhenti selepas jimin memegang kedua bahu isterinya agar menghadapnya.
" ji-min hik "
kaki wanita itu mulai lemah seakan tidak lagi berpijak di lantai melihat renungan suaminya yang sukar digambarkan.
irene tadi lagi mengikut suaminya dari muka pintu dengan permohonan maaf yang dikatakan tanpa henti sehinggakan mereka sudah tiba di dalam ruangan bilik tidur utama itu.
bilik mereka berdua.
" jimin, saya.. saya rindukan awak. awak boleh pukul saya, saya memang isteri yang derhaka. " irene memegang tangan jimin dan menyuruh agar dirinya dipukul.
dia lebih lagi tersiksa melihat suaminya hanya berdiam diri tidak berkutik.
" sayang, aku cintakan kau. " bisik jimin sebelum merangkul tubuh isterinya dengan erat dan meraup lembut bibir irene.
irene turut merangkul pantas selepas mendengar kata kata suaminya itu, tangisan yang mengalir di pipi tidak diseka sebaliknya membiarkan bibirnya diraup oleh jimin.
sungguh dia merindui kepulangan suaminya.
¤
tekanan dan masalah dari orang sekeliling membuat hwarin menjadi kelam kabut.
hanya dalam sebulan, hwarin tidak dapat mengawal urusan syarikat hanya seorang diri. selama ini dia dibantu oleh jungkook, tetapi jungkook telah menghilangkan diri semenjak hwarin menolak dirinya.
hwarin selalu ke kelab malam sejak akhir akhir ini dan pulang dalam keadaan yang mabuk. dirinya tidak lagi terurus.
malah hwarin menjadi baran lebih lebih lagi mendengar umpatan pekerja bawahannya.
" dia ni sememangnya tak layak untuk encik jeon yang lagikan kacak dan baik. patutlah kehidupan pun menyedihkan "
" aku dengar, dia ni perampas suami orang. tapi tak berjaya. huhu kesian, tak laku ler tu "
¤
" er maaf pn hwarin, harini ada lagi satu client tarik diri dari projek syarikat kita. " kata PAnya dengan takut, mahu mengamuk teruk wanita itu nanti.
" APA!! KAU TAK RETI BUAT KERJA ATAU APA SEBENARNYA!! "
" maaf puan. mereka beritahu lewat "
" KAU KELUAR SEKARANG, AKU TAK MAHU TENGOK WAJAH KAU. BERAMBUS! "
" baik puan "
¤
hwarin pov
aku menepis segala kertas kerja di ruangan pejabat. habis segala hancur musnah. dan syarikat ini bakal jatuh hanya dalam sekelip mata.
sialan.
aku tertekan. aku dah penat dengan semua ni. lebih baik aku tutup terus syarikat bodoh ni dan mati.
itu yang dunia mahukan sebenarnya. untuk aku lupus dalam dunia ni.
aku keluar dari ruangan pejabat dan menuju ke suatu tempat yang tidak asing lagi.
aku nekad. harini juga aku akan tamatkan riwayat aku. dan hidup bahagia dengan taehyung.
arghhh
¤
jimin pov
aku ralit memerhati pengunjung di kelab malam yang keluar masuk. malam ni aku akan berjumpa dengan seorang client syarikat aku.
memandangkan client ini sangat sukar untuk mengaturkan pertemuan dengannya. akhirnya kami memutuskan untuk berjumpa di sini.
telah aku maklumkan pada irene akan kehadiran aku disini.
tetapi ada sesuatu yang menarik perhatian aku,
perlakuan wanita itu
hwarin.
🔫
tbc
dah nak tamat dah cite ni, stay tune next chap.
sebenarnya apa yang readers harapkan untuk ending? mana tau saya boleh tunaikan hajat korang.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro