52
sudah sekian hari, jimin mengelakkan dari dari bertembung dengan hwarin. sekiranya hwarin berada di rumah, dia akan keluar dan sebaliknya.
dan seperti hari ini, hwarin lagi sekali berada di rumah kerana hari cuti. dan irene juga turut berada di rumah kerana keadaan kesihatannya.
irene tidak henti muntah muntah sejak kepergian jimin pagi tadi. tetapi hwarin tidak menghiraukannya. tidak menyibuk tepi kain orang katanya.
jadi dia menghabiskan masa dengan bermalas malasan di bilik memandangkan dia tiada teman keluar pada hari cuti itu.
¤
irene pov
aku dah separuh nyawa tidak henti termuntah muntah selepas keberangkatan jimin sejak pagi tadi. entah sejak semalam aku rasa tak sedap badan.
malah aku perlu tidur berdekatan dengan jimin untuk lena. bau tubuh jimin menghilangkan loya pada tekak aku.
tetapi apabila jimin pergi kerja, aku langsung termuntah teruk.
" jimin, saya rasa saya nak ke klinik lah. badan saya tak sihat. muntah muntah " kata aku pada jimin selepas panggilan aku tadi disambungkan ke nombornya.
" kenapa boleh sakit. tadi okay je. tunggu saya datang ambil awak. kita ke klinik "
perbualan aku dan jimin terganggu apabila aku mendengar suara PAnya yang mengatakan lagi beberapa minit lagi mesyuarat akan bermula.
aku kesal kerana menganggu urusan suami aku sesuka hati.
" jimin, ah tak perlu dah rasanya. tiba-tiba saya rasa okay semula. awak pergi lah hadiri mesyuarat penting tu. "
" chagi.. "
" betul lah my hubby. hehee dahlah saya nak gi tengok cite fav saya. byebye "
" hey jangan lupa makan breakfast kat dapur. saya ada buat untuk awak dan hwarin. ajak dia makan sekali. take care sayang, bye "
aku mematikan panggilan itu terlebih dahulu. aduh aku rasa aku masih terasa loya yang kuat.
lagi sekali aku memuntahkan segala isi perut di tandas.
¤
hwarin yang sedang melepak di ruang tamu kediaman rumah memandang susuk tubuh irene yang sudah siap mahu keluar.sememangnya hubungan mereka dingin dan tidak bertegur sapa antara satu sama lain.
" nak kemana lak pompuan ni? " desis hwarin. ekor matanya masih memandang irene sehinggalah pintu utama rumah ditutupnya.
hwarin melihat keluar perkarangan rumah melalui tingkap, dan dilihatnya irene masuk ke perut kereta seorang lelaki yang menjemputnya.
" wah wah, keluar dengan jantan lain wow. sepatutnya jimin tengok ni "
sempat hwarin mengambil beberapa foto menggunakan telefon pintarnya.
" senang kerja aku haha "
🔫
tbc
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro