48; Chocolate chips muffin
Gambar dan resepi oleh: Ariana Sofia Ahmad (Dapur ryyna)
Bahan-bahan:
3 biji telur (Gred b)2 cawan tepung gandum3/4 cawan serbuk koko2sk baking powder1sk soda bikarbornat1 sudu besar ovallete3/4 cawan gula3/4 cawan susu pekat manis3/4 cawan air panas1 cawan minyak masak1 1/2cawan chocolate chip1sk esen vanila
Cara-cara:
- Mula-mula pukul telur sehinga sebati dan kembang. Bila telur dah kembang masukkan ovallete dan pukul lagi sehingga sebati.
- Masukkan pula esen vanila dan gula. Pukul sehingga sebati dan adunan menjadi licin. Masukkan susu pekat manis dan pukul sebati.
- Masukkan baking powder, soda bikarbonat, tepung gandum dan serbuk koko yang telah di ayak. Kacau dan pukul sebati. Adunan ni memang sedikit likat. Masukkan minyak masak dan kacau sebati.
- Masukkan air panas dan kacau sebati. Rehatkan adunan selama 5-10 minit supaya sejuk. Akhir sekali masukkan chocolate chip dan kacau sebati.
- Masukkan adunan ke dalam bekas 3/4 sahaja (jangan penuh cup). Taburkan pula chocolate chip di atas. Bakar selama 30-35 minit dengan suhu 170°c. Bergantung pada oven masing-masing.
P/S - Dapat 20-22 biji cup sederhana besar.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro