Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

35; Oreo Truffles

Gambar dan resepi oleh: Siti Juhaiza Jere


Bahan-bahan:

400g oreo crushed
120g biskut oat (sis guna yang ada kekacang)
120g pure unsalted butter
1 cawan coklat compound dicairkan (untuk salut dan hias)

Cara-cara:

1. Campurkan oreo crushed dengan biskut oat yang telah dihancurkan.

2. Masukkan butter yang telah dibiar lama pada suhu bilik ke dalam campuran oreo dan biskut. Boleh guna senduk. Guna blender kering lagi senang.

3. Bila dah jadi seperti doh, bulat-bulatkan. Guna sukatan yang sama. Kang bulat tak sama tak comel pula. 

4. Simpan dalam peti sejuk selama 20 minit.

5. Cairkan coklat compound. Celupkan bulat-bulat tadi ke dalam coklat. Hiasan atas boleh guna oreo crushed, color rice atau apa-apa yang anda suka.  Sejukkan sebentar dalam peti ais selama 10 minit.

6. Keluarkan dari peti ais dan simpan dalam bekas.

Nota:
- Oreo crushed boleh diganti dengan biskut oreo biasa. Cuma perlu hancurkan.

- Pure butter boleh diganti dengan cream cheese satu pack. Rasa lebih lemak manis. Cuma kurang tahan lama dan perlu sentiasa simpan dalam peti ais. Berbanding guna butter, boleh je letak pada suhu bilik.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro